Ads Top

Disqus Shortname

Ahad, 2 November 2014

Ada Apa Dengan Pen Tekan

Pen Tekan Blog: Hai.... Ini adalah entry pertama aku dalam Pen Tekan
Blog ni. Aku pun jadi seperti orang lain juga. Ada blog sendiri.

Pada pendapat aku. Blog ini seolah-olah ladang ataupun tanah. Siapa
yang tak suka kalau ada tanah sendiri. Macam-macam kita boleh buat.
Tapi jangan sampai benda yang kita buat itu salah dari segi
undang-undang. Ada tanah boleh tanam pokok ganja. Kalau blog pula
boleh copy paste entry orang lain. Siapa tak marah.

Aku ini pun masih belajar lagi dalam dunia maya ataupun dunia
blogging. Masih belum kenal sepenuhnya apa itu SEO, backlink dan
macam-macam lagi la. Pening juga aku nak ingatkan satu-satu.

Aku pun nak jadi seperti orang lain. Teringin juga jadi orang
terhebat. Macam Redmummy, Paultan.org, i love islam, oh bulan, roti
kaya, Denaihati dan banyak lagi la. Mereka ni memang popular. Siapa
yang tak kenal mereka agak mustahil bagi mereka yang berinteraksi
dengan dunia maya.

Pen Tekan Blog: http://pentekan.blogspot.com

Pernah aku mendengar dari segi pendapatan dari blog mereka amat luar
biasa. Pendapatan mereka dijana oleh iklan-iklan banner yang terdapat
dalam blog mereka. Pendapatan mereka mencecah hingga ribuan ringgit.
Siapa yang tak mahu pendapatan sebegitu.

Dengan ini aku memulakan dalam dunia blogging post pertama aku. Aku
namakan blog ini sebagai Pen Tekan blog. Kenapa aku namakan blog
sebagai Pen Tekan blog. Kerana pen tekan adalah nama ringkas dan mudah
di ingati. Kebanyakkan di antara kita mengguna pen tekan dari
menggunakan pen yang ada penutupnya. Kerana ia mudah di bawa kemana
dan mudah di gunakan.

Maka lahirlah blog yang berjudul Pen Tekan Blog. Tentang isi kandungan
yang akan di paparkan dalam blog ini adalah berkisarkan tentang
hal-hal semasa yang terdapat dalam masyarakat kita ini.

Sekian sampai di sini untuk entry pertama aku. Aku masih tercari-cari
idea untuk di kongsi dalam blog ini.

Sekian kata suara hati.

1 ulasan:

  1. Syabas!! Insyaallah satu hari nanti blog ni akan jadi buah mulut.....Amin.....

    lee5201.blogspot.com

    BalasPadam