Ads Top

Disqus Shortname

Isnin, 2 Februari 2015

Peristiwa Bulan Januari

-------- Original Message --------
Subject: Peristiwa Bulan Januari
From: azhar <pentekanblog@gmail.com>
To: pentekanblig.azha@blogger.com
CC:

Salam blogger.... Ermm dah lama tak update blog ni. Rasa rindu lak kat blog ni. Bukan apa banyak urusan yang kena buat dulu. Banyak hal yang berlaku pada bulan ni. Termasuk la emak saya masuk hospital, rumah tenggelam banjir, hal rumah tangga yang kian bergoyang dan hampir roboh.

Sekarang ni saya tinggal di kampung saya yang terletak di kampung Merchong, Pekan, Pahang. Malas dah nak berhijrah. Anak tak ada orang nak jaga. Nak suruh mak jaga. Dia pun orang jaga. Macamana nak jaga anak saya. Mak saya tu masih belum sihat. Nak harap isteri saya. Tah la saya pun tahu apa dah jadi dengan dia. Malas nak ambik tahu hal dia. Dia jenis tak bertanggungjawab. Dia lupa yang dia tu dah berkahwin. Tapi nak hidup macam orang belum kahwin.

Sebab tu saya ambil keputusan saya nak jaga anak saya. walaupun dalam keadaan susah dan kekurangan. Kalau harap dia mungkin anak saya akan kebuluran.

Sekarang ni saya masih mencari kerja untuk menyara anak-anak saya. Kat kampung memang susah nak cari kerja. Maklum la kat kampung apa yang ada. Hanya sawah dan bendang saja. Buat sawah pun bukannya boleh dapat hasil tiap-tiap bulan. Lain la kalau kat kedah yang terkenal dengan jelapang padi. Dapat sekali hasil dah boleh makan untuk setahun. Sebab kat kedah mereka tanam padi setahun dua kali.

Kat kampung saya tak boleh tanam dua kali. Tak ada saliran yang baik. Mintak tolong wakil rakyat pun tak berani nak buat keputusan. Dah macam anak tiri di negeri sendiri.

Sementara nak dapat kerja saya dengan adik saya pergi mengail ikan buat makan sekeluarga. Walaupun tak banyak boleh la untuk makan sekali dua. Ikan yang dikail pun bukan la ikan laut. Ikan haruan, puyu tu yang buat saya sekeluarga makan. Ikan haruan pun bukan murah. Kalau tak percaya pergi ushar harga kat pasar besar. Kalau harga tak cecah RM 25 sekilo jangan tanya. Tapi kat kampung saya harga ikan haruan terlau murah. Boleh dapat harga RM 8 sekilo. Tak percaya kan. Yela siapa nak beli dah semua orang dah boleh tangkap sendiri.


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan