Ads Top

Disqus Shortname

Isnin, 9 Mac 2015

Terlalu Rindu Kepada Si Dia

<

PEN TEKAN BLOG  | Sehingga Pagi ini (9/3/15)  genablah seminggu aku merantau ke jb mencari pekerjaan untuk menyara dua orang anak aku. Dalam mencari rezeki aku terpaksa korban perhatian kepada anak aku dengan meninggalkan anak aku kepada orang tua aku untuk menjaganya.

Terasa berat hati aku untuk meninggalkan dua orang anak aku kepada orang tua aku. Tetapi keadaan yang memaksa aku berbuat demikian. Aku tinggal mereka bukanlah aku tidak sayang mereka. Tapi demi mencari rezeki di bandar.

Walaupun baru satu minggu aku tinggal mereka, aku dah rasa macam dah lama sangat. Rindu semakin menebal dalam hati. Rindu yang bukan kepalang lagi.

Namun untuk hilang rasa rindu aku tengok gambar mereka yang aku snap guna handphone aku. Kadang-kadang aku rasa terlalu sedih sangat mengenangkan apakah nasib anak aku di masa hadapan.

Anak sulung aku selalu mintak aku belikan bag galas untuk dia. Namun apakan daya aku bukan lah orang yang berduit yang mampu belikan apa yang di minta. Tapi aku berjanji aku akan tunaikan permintaan dia.

Rindu pada anak-anak aku mengalahkan dari aku rindu pada isteri aku. Aku tak pernah merasa rindu pada isteri aku. Sebab dia sendiri tak pernah rasa rindu anak-anak dia. Aku pun tak tahu kat mana isteri aku menghilang. Tak pernah dapat khabar berita tentang dia.

Aku bagi peluang kat isteri aku selama tiga bulan untuk menyesali perbuatannya dan kembali kepada anak-anak dia. Aku mahu dia datang ke rumah mak aku di kampung untuk meminta maaf secara bersemuka dan hati terbuka. Namun tempoh tiga bulan hampir tamat pada hujung bulan tiga ini. Aku terpaksa ke pejabat agama untuk menyelesaikan masalah kami ini.

Namun dalam hati aku mempunyai seribu kerisauan. Aku takut dia membuat tuntuntan dalam hak penjagaan anak. Dalam kes mahkamah ibu mempunyai hak yang lebih untuk menjaga anak dari bapa.

Kalau lah dia dapat hak penjagaan anak aku. Aku tak tahu apakah kesudahan aku dengan anak-anak aku. Adakah mereka masih ingat akan aku. Tapi untuk masa sekarang mereka dalam jagaan aku. Aku masih ingatkan mereka tentang umi dia. Aku tak mahu yang mereka lupakan umi mereka walaupun umi mereka bersalah.

Anak adalah harta yang paling bernilai dan tak ternilai kalau berbandingkan dengan wang ringgit. Mereka adalah anugerah dari Allah Yang Maha Esa. Mendidik anak adalah satu cabaran paling besar dalam alam berumah tangga. Silap  mencorak musnah masa hadapan. Mencorak anak untuk menjadi insan berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Kita memerlukan bahan-bahan yang baik untuk mencoraknya. Seperti doa, agama, didikan, dan kesabaran.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan