Ads Top

Ahad, 4 Januari 2015

Suami Hodoh 'Diceraikan' Isteri

PEN TEKAN BLOG | Dunia sudah terbalik, itulah yang terjadi di Patna, India apabila kuasa 'cerai' beralih tangan kepada golongan wanita.

Wanita dari Bihar di India dilaporkan akan meninggalkan suami masing-masing dek kerana pasangan mereka 'hodoh' dan tidak 'sepadan', lapor Agensi.

Sejak sebulan lalu, sekurang-kurangnya tiga pasangan pengantin perempuan telah meninggalkan suami mereka ekoran 'kehodohan' pasangan masing-masing.

Sementara pada 9 Disember tahun lalu, seorang pengantin perempuan dari Daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana hodoh, hanya selepas lima hari berkahwin.

"Saya bersetuju mengahwini suami yang tidak pernah dilihat wajahnya demi menggembirakan ibu bapa, tetapi sebaik sampai di rumah mentua selepas berkahwin dan melihat wajah suami secara dekat, saya rasa benci dan jijik.

"Dia terlalu hodoh. Akhirnya, saya memutuskan untuk meninggalkannya. Saya tidak akan kembali kepadanya walau apa pun yang berlaku," kata wanita itu kepada polis di Patna.

Sementara kejadian sama dilaporkan di ibu negeri wilayah itu, Gardanibag iaitu awal bulan ini di mana pengantin perempuan melarikan diri daripada rumah mentua sehari selepas berkahwin.

Saintis tempatan percaya kejadian seperti ini berlaku kerana kehendak generasi muda (wanita Bihar) terlalu mencari kesempurnaan.


-

Sabtu, 3 Januari 2015

[GAMBAR] 6 Gambar Bentuk Pokok Pelik Dan Unik

PEN TEKAN BLOG | Gambar diatas adalah antara pokok-pokok pelik didunia. Ini membuktikan kekuasan Allah swt.

-

Terima 15 jahitan angkara suami

PEN TEKAN BLOG | Gara-gara menegur suami yang baharu pulang rumah dalam keadaan mabuk, seorang isteri terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selepas dipukul dengan pinggan kaca di pangsapuri Krystal Heights, Gelugor di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun dikatakan sedang tidur dan menyedari suaminya pulang dalam keadaan mabuk selepas menjerit dan membaling barang.

Menurut sumber, mangsa hanya membiarkan perbuatan suaminya itu namun selepas keadaan tenang, dia cuba menegur perbuatan itu.

"Sebaik keadaan reda, mangsa menegur perbuatan suaminya itu namun suspek yang masih gagal mengawal perasaan terus mengambil pinggan kaca lalu mengetuk kepala mangsa hingga berdarah.

"Mangsa yang bekerja sebagai kerani akaun kemudian terus mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebahagian pinggan kaca yang pecah.

Mior Farid berkata, polis sedang mengesan suami mangsa yang berusia 33 tahun itu.

"Kita akan menjalankan tangkapan ke atas suspek secepat mungkin mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.


-

Jumaat, 2 Januari 2015

[GAMBAR] 7 Gambar Aksi Lelaki Keluarkan Dadah Dari Duburnya

PEN TEKAN BLOG | Aksi diatas agak menjijikan, bagaimanapun inilah taktik pengedar dadah ataupun keldai dadah beroperasi semata- mata mahu melepaskan diri dari pegawai anti narkotik tanpa mengira akan bahayanya.

Terdapat beberapa kes dimana keldai dadah telah mati bila kiub atau
selaput dadah yang dibawa pecah ketika berada didalam perut.

Bagaimanapun, taktik ini sebenarnya
juga telah lama dihidu pegawai agensi dadah dan polis diserata dunia dan dibawah inilah bukti dan aksi bagaimana si keldai dadah ini mengeluarkan dadah dari duburnya.


-

[BERITA] Pelajar Malaysia terbunuh rempuhan di Shanghai

PEN TEKAN BLOG | KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam rempuhan sambutan Tahun Baharu di Shanghai semalam yang mengorbankan 36 orang, menurut Kementerian Luar Negeri.

Dalam kenyataaan di sini malam ini, kementerian memaklumkan mangsa merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Hangzhou, Wilayah Zhejiang.

"Usaha telah dilakukan untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa di Malaysia," menurut kenyataan itu tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia, Ooi Hooi Yi, 20, telah tercedera dalam kejadian pada 11.30 malam di Dataran Chen Yi, Shanghai, kawasan Bund tepi sungai yang popular di bandar raya itu.

Beliau mengalami pendarahan di mata dan beberapa kecederaan ringan serta menerima rawatan di Hospital Changzheng, di bandar raya itu.

Menurut kenyataan itu, pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai telah melawat Ooi di hospital dan keadaan beliau kini dilaporkan stabil.

"Konsulat Jeneral masih meneliti senarai mangsa untuk memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia yang lain terlibat," menurut kenyataan itu. - Bernama

Khamis, 1 Januari 2015

[GAMBAR] 12 Gambar Jalan Paling Curam Di Dunia

PEN TEKAN BLOG | Baldwin street sepanjang 350 meter yg terletak di pekan dunedin selatan new zealand ini telah di iktiraf sebagai jalan paling cerun di dunia..bermula seperti jalan biasa dan jalan ini mula mendaki sehingga 19 darjah.

Ia terletak di pinggir North East Valley, 3.5 kilometer di timur laut pusat bandar Dunedin. Pada tahap maksimum, kecerunan Baldwin Street adalah kira-kira 1:2.86 (19 ° atau 35%) – iaitu, untuk setiap 2.86 meter perjalanan secara mendatar, ketinggian akan meningkat sebanyak 1 meter.

Baldwin Street, terletak di bahagian pinggir bandar Dunedin di selatan New Zealand, merupakan pemegang rekod dunia Guinness sebagai jalan paling curam di dunia.



.

Pen Tekan Blog Mencari Bloglist 2

PEN TEKAN BLOG | HARI ini saya nak cari sesiapa yang berminat untuk berkongsi link dengan PEN TEKAN BLOG. Kepada yang berminat bolehlah hantar url korang kat ruang komen di bawah ini.

Tujuannya adalah untuk sama-sama mendapat backlink dan juga kita dapat berhubung terus dengan rakan-rakan blogger melalui entry-entry baru yang dipostkan. Di samping itu juga ia akan dapat menjana trafik melalu bloglist ini.

Syaratnya adalah mudah korang hanya perlu hantar url korang kat ruang komen kat bawah ini. Selepas itu korang dikehendaki memasukan url http://pentekan.blogspot.com [PEN TEKAN BLOG] ini dalam bloglist korang.

Saya akan membuat semakkan setelah korang hantar url blog korang ke atas blog korang. Sekirannya korang memasukkan url blog ini baru saya akan memasukkan dalam bloglist ini dalam masa 24 jam.

TERIMA KASIH KERJASAMA ANDA AMAT DI HARGAI.


.

[LAWAK] Matematik Vs Logik

PEN TEKAN BLOG | JOM layan cerita lawak ni. Sebenarnya cerita lawak ni dah lama dah. Saja saya nak kongsi untuk korang sebagai koleksi saya. Cerita lawak ni saya petik dari http://lawak-gile.blogspot.com/2010/01/matematik-vs-logik.html

LAWAK: MATEMATIK VS LOGIK

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya
Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L).
Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah
mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir
dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan
kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana
cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain
aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan
seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,
tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.

Comments system

Disqus Shortname

Comments System

Disqus Shortname

Business

copyright © 2015 http://pentekan.blogspot.com. Dikuasakan oleh Blogger.