Ads Top

Disqus Shortname

Jumaat, 13 Mac 2015

Di Pecat Selepas Selfie Dengan Pesakit

SEORANG paramedik wanita dipecat selepas tindakan tidak berperikemanusian apabila'selfie' dengan pesakit yang sedang kritikal di dalam ambulans.

Tatiana Kulikova, 25, memuatnaik gambar itu bersama pesakit yang sepatutnya di bantunya dengankapsyen ‘another moron’ dan  ‘how i hate my job’.
Dia kemudiannya telah dirujuk kepada pegawai perkhidmatan kecemasan di Rusia dan kemudiannya dipecat selepas mengaku melakukan perkaratersebut.
Perbuatannya itu mengundang rasa kurang senangdi kalangan penduduk setempatterutamanya kepada keluarga mangsa.

Pegawai kempen kesihatan tempatan, Artem Golubev, 40, berkata, gambar tersebut jelas menunjukkan ketika Tatiana mengambil gambar, dia tidak menjaga pesakitnya.

“Dia menunjukkan sikap tidak berhati perut untuk menjaga kesejahteraan pesakit nyamalah sesetengah daripada mereka meninggal dunia."

“Saya tidak terkejut sekiranya keluarga mereka mengambil tindakan saman terhadapnya dan pihak jabatan perkhidmatan kecemasan terbabit,” katanya.

Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan berkata, sebaik sahaja kami diberitahu gambar-gambar tersebut dimuat naik dalam talian kami menggantung kerja paramedik berkenaan.

"Selepas siasatan dijalankan, pekerja yang terlibat telah dipecat,” katanya dipetik metro.uk.

Bagaimanapun Titiana tidak membuat sebarang komen berhubung kejadian berkenaan.

Khamis, 12 Mac 2015

Fakta Dan Kontroversi Lagu Rasa Sayang

Rasa Sayang ialah sebuah lagu rakyat dalam bahasa Melayu yang popular di Indonesia, Malaysia dan Singapura. "Rasa Sayang" agak mirip dengan Dondang sayang dan banyak lagi lagu Melayu lain yang digubah dalam bentuk pantun, salah satu bentuk puisi tradisional Melayu . Ada pendapat yang mengatakan lagu ini berasal dari Ambon, Maluku, Indonesia, bagaimanapun dakwaan ini diragukan kerana bahasa Melayu dan tradisi berbalas pantun bukan berasal dari Maluku, tetapi dari lingkungan budaya Melayu itu sendiri.

Lirik Lagu Rasa Sayang Versi Bahasa Melayu

rasa Rasa sayang, hey!, Rasa sayang sayang hey, Hey lihat nona jauh, Rasa sayang sayang hey!

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan,

Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga,

Dua tiga kucing berlari, Mana sama si kucing belang, Dua tiga boleh ku cari, Mana sama abang seorang,

Pisang emas dibawa berlayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati,

Oleh kerana lagu ini adalah dalam bentuk pantun, bagi setiap rangkapnya, dua baris pertama memberikan rima untuk dua baris akhir yang menyampaikan mesej. Terdapat banyak versi lirik "Rasa Sayang", tapi ia mesti dimulai dengan rangkap berikut:

Rasa sayang hey

Rasa sayang-sayang hey

Hey lihat nona jauh

Rasa sayang sayang hey

Rangkap di atas akan diikuti dengan pelbagai jenis pantun Melayu yang popular.

Rasa Sayange (Maluku)

Rasa sayange,Rasa sayang sayange, Eeee lihat dari jauh, Rasa sayang sayange...

Mana kancil akan dikejar, Ke dalam pasar cobalah cari, Masih kecil rajin belajar, Sudah besar senanglah diri,

Si Amat mengaji tamat, Mengaji Qur'an di waktu fajar, Biar lambat asal selamat, Takkan lari gunung dikejar,

Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umurku panjang, Boleh kita berjumpa lagi,

Lagu ini digunakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mempromosikan Malaysia, yang dikeluarkan sekitar bulan Oktober 2007. Menteri Pelancongan Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa lagu Rasa Sayang merupakan lagu kepulauan Nusantara dan milik bersama rumpun Melayu di Indonesia dan Malaysia.

Gabenor Maluku Karel Albert Ralahalu pula berkeras bahawa lagu "Rasa Sayange" adalah milik Indonesia, kerana merupakan lagu rakyat yang telah membudaya di negara itu sejak lama dahulu, dan mendakwa Malaysia mengada-adakan kisah itu.

Gabenor berusaha untuk mengumpulkan bukti kukuh bahawa lagu Rasa Sayange merupakan lagu rakyat Maluku, dan setelah bukti tersebut terkumpul, akan diberikan kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan.

Menteri Pelancongan Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa rakyat Indonesia tidak boleh membuktikan bahawa lagu Rasa Sayange merupakan lagu rakyat Indonesia, dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Dr Rais Yatim mencabar mana-mana pihak di Indonesia membuktikan siapa penciptanya dan memberikan buktinya. Bagaimanapun, bukti tersebut akhirnya ditemui. 'Rasa Sayange' diketahui dirakam pertama kali di Indonesia oleh PT Lokananta, Solo, Indonesia pada 15 Ogos 1962 dalam piring hitam Gramophone Rakaman induk dari piring ini masih disimpan oleh PT Lokananta. Ini dikenali sebagai rakaman pertama terhadap lagu ini. Piring hitam tersebut diedarkan sebagai cenderahati kepada peserta Sukan Asian ke-4 tahun 1962 di Jakarta, dan lagu "Rasa Sayange" adalah salah satu lagu rakyat Indonesia tersebut, bersama dengan lagu etnik lain Indonesia seperti Sorak-sorak Bergembira, O Ina ni Keke, dan Sengko Dainang.

Begitupun pelbagai dakwaan telah bertali arus mengenai empunya sebenar lagu Rasa Sayang ini, lagu ini sebelumnya pernah dinyanyikan dalam bahasa Hindi oleh Mohd Rafi dan Lata Mangeshkar dalam filem Singapore 1960 arahan Shakti Samanta. Namun begitu, sesi pengambaran telah diadakan sejak tahun 1959 lagi di Singapura, yang mana ketika itu jelas Singapura berada di bawah Persekutuan Tanah Melayu. Filem ini juga merupakan filem Bollywood pertama yang diadakan sesi pengambaran secara penuh di luar daripada negara India iaitu di Singapura. Filem ini juga dalam bahasa Hindi disebut "Hai Pyar Ka Hi Naam Ra Sa". Ia dibintangi oleh Shammi Kapoor, Maria Menado dan Padmini.

Dalam korus yang berlirik Hindi, lagu Rasa Sayang ini berbunyi sebagai: Rasa sayang re, Rasa sayang sayang re, Hey, pyar ka hee nam? (Hey, adakah ini dipanggil cinta?), Rasa sayang sayang re.

Bagaimanapun, lagu tersebut telah lebih dulu digunakan dalam filem Melayu Rasa Sayang Eh yang diterbitkan pada tahun 1959, dan juga dinyanyikan dalam satu babak filem Antara Dua Darjat (1960) arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Lebih dari itu, pada tahun 1958, sebuah filem Melayu berjudul "Matahari" telah ditayangkan buat tontonan umum, filem ini menceritakan kisah perjuangan menentang penjajahan tentera Jepun di Tanah Melayu. Filem yang dibintangi oleh Maria Menado, Jins Shamsudin, Aziz Jaafar, Ahmad Mahmud ini turut memaparkan segerombolan tentera yang berjalan sambil menyanyikan lagu "Rasa Sayang Eh".

Lagu ini juga turut ditayangkan dalam filem Insulinde, filem yang menggambarkan Hindia Belanda tahun 1937 - 1940.

Lagu Rasa Sayang dinyanyikan dalam filem hitam-putih Jepun yang diterbitkan pada tahun 1943, Marai No Tora ("Harimau Malaya").

Kerajaan Hindia Timur Belanda pernah membuat rakaman promosi menggunakan lagu ini sebelum Perang Dunia II. Filem ini, berjudul Insulinde zooals het leeft en werkt, diterbitkan antara tahun 1937 dan 1940, dan dikelaskan sebagai filem bisu. Salinan filem digital ini disebarkan melalui laman sesawang Youtube oleh pakar multimedia Roy Suryo yang mendakwa menjumpai filem digital, tetapi mengakui belum menjumpai filem asli.

Rasa Sayang Eh merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan pada 1959.

Lagu ini dinyanyikan dalam filem Melayu 1960, Antara Dua Darjat yang diarah oleh P. Ramlee. Lagu ini pernah dinyanyikan dalam Bahasa Hindi oleh Mohd Rafi dan Lata Mengeshkar dalam filem Singapore atau Hai Pyar Ka Hi Naam Ra Sa tahun 1960 lakonan Shammi Kapoor dan Padmini.

Lagu "Rasa Sayange" dirakamkan oleh PT. Lokananta, Solo, Indonesia pada 15 Ogos, 1962 pada cakera gramofon. Salinan asal disimpan oleh PT Lokananta. Ini merupakan rakaman ketiga yang diketahui mengenai lagu ini.

Wikipedia.

Rabu, 11 Mac 2015

[GAMBAR] 10 Gambar Tembok Besar China Yang Indah

PEN TEKAN BLOG | Kalau korang terasa nak melancong ke China. Saya rasa korang mesti kena melawat satu tempat yang paling popular di Negara China iaitu Tembok Besar China. Ia adalah tempat pelancongan yang di iktiraf oleh dunia sebagai tapak warisan dunia yang mesti di pelihara. Ia juga salah satu benfa-benda ajaib dunia.

Saya berasa kagum dengan seni pembuatannya. Bila kita memikir dari segi logik. Agak mustahil ia dapat dibina. Kerana pada masa itu tidak memiliki jentera yang dapat mengangkut batu-batu besar sehingga ke atasa bukit bukau serta gunung ganang.

.
.

Cara-Cara Mandi Wajib Yang Betul




PEN TEKAN BLOG | SAYA percaya ramai umat islam diantara kita tidak mengetahui cara-cara manjid wajid (junud). Terutama anak-anak muda zaman sekarang ini. Bahkan juga orang-orang yang telah berusia tidak dikecualikan. Sedar kah kita segala amal ibadat kita tidak diterima jika kita mandi wajib ataupun wandi wajib kita tidak mengikut rukun yang betul.


Islam memandang begitu berat tentang kebersihan. Oleh itu mandi wajib termasuk dalam kebersihan. Walaupun kita telah bersih dari kotoran dan juga dari najis tapi pada hakikat kita masih belum bersih jika kita tidak mandi wajib atau mandi wajib tidak mengikut rukun yang betul.


Sebab-sebab mandi wajib.


3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati.


Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).


Cara-cara mandi wajib (junub)


1. Niat ketika air sampai ke tubuh


2. Membaca “Bismillah”


3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali


4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri


5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun


6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.


7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air.


Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:


“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua- dua tangannya”


Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala.


Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:


“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”


Bayang wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlua melepaskan ikatan rambut tersebut.


Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:


“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”


8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.


Dari ‘Aisyah (R.A):


“Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)


9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan


10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu.


Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.


Wallahu’alam



Isnin, 9 Mac 2015

Terlalu Rindu Kepada Si Dia

<

PEN TEKAN BLOG  | Sehingga Pagi ini (9/3/15)  genablah seminggu aku merantau ke jb mencari pekerjaan untuk menyara dua orang anak aku. Dalam mencari rezeki aku terpaksa korban perhatian kepada anak aku dengan meninggalkan anak aku kepada orang tua aku untuk menjaganya.

Terasa berat hati aku untuk meninggalkan dua orang anak aku kepada orang tua aku. Tetapi keadaan yang memaksa aku berbuat demikian. Aku tinggal mereka bukanlah aku tidak sayang mereka. Tapi demi mencari rezeki di bandar.

Walaupun baru satu minggu aku tinggal mereka, aku dah rasa macam dah lama sangat. Rindu semakin menebal dalam hati. Rindu yang bukan kepalang lagi.

Namun untuk hilang rasa rindu aku tengok gambar mereka yang aku snap guna handphone aku. Kadang-kadang aku rasa terlalu sedih sangat mengenangkan apakah nasib anak aku di masa hadapan.

Anak sulung aku selalu mintak aku belikan bag galas untuk dia. Namun apakan daya aku bukan lah orang yang berduit yang mampu belikan apa yang di minta. Tapi aku berjanji aku akan tunaikan permintaan dia.

Rindu pada anak-anak aku mengalahkan dari aku rindu pada isteri aku. Aku tak pernah merasa rindu pada isteri aku. Sebab dia sendiri tak pernah rasa rindu anak-anak dia. Aku pun tak tahu kat mana isteri aku menghilang. Tak pernah dapat khabar berita tentang dia.

Aku bagi peluang kat isteri aku selama tiga bulan untuk menyesali perbuatannya dan kembali kepada anak-anak dia. Aku mahu dia datang ke rumah mak aku di kampung untuk meminta maaf secara bersemuka dan hati terbuka. Namun tempoh tiga bulan hampir tamat pada hujung bulan tiga ini. Aku terpaksa ke pejabat agama untuk menyelesaikan masalah kami ini.

Namun dalam hati aku mempunyai seribu kerisauan. Aku takut dia membuat tuntuntan dalam hak penjagaan anak. Dalam kes mahkamah ibu mempunyai hak yang lebih untuk menjaga anak dari bapa.

Kalau lah dia dapat hak penjagaan anak aku. Aku tak tahu apakah kesudahan aku dengan anak-anak aku. Adakah mereka masih ingat akan aku. Tapi untuk masa sekarang mereka dalam jagaan aku. Aku masih ingatkan mereka tentang umi dia. Aku tak mahu yang mereka lupakan umi mereka walaupun umi mereka bersalah.

Anak adalah harta yang paling bernilai dan tak ternilai kalau berbandingkan dengan wang ringgit. Mereka adalah anugerah dari Allah Yang Maha Esa. Mendidik anak adalah satu cabaran paling besar dalam alam berumah tangga. Silap  mencorak musnah masa hadapan. Mencorak anak untuk menjadi insan berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Kita memerlukan bahan-bahan yang baik untuk mencoraknya. Seperti doa, agama, didikan, dan kesabaran.

.

Ahad, 8 Mac 2015

Mumia Di Temui Di Kawasan Gunung

PEN TEKAN BLOG | PICO DE ORIZABA- MEXICO. Seramai 12 ahli pasukan penyelamat terkejut selepas menemui dua rangka manusia dipercayai membeku sehingga menjadi 'mumia' sewaktu menjalankan usaha mencari dan menyelamat di kawasan pergunungan tertinggi Mexico, baru-baru ini.

Memetik laporan portal Metro.co.uk, rangka manusia itu ditemui membeku dalam salji 1,000 kaki (310 meter) dari puncak gunung Pico de Orizaba yang setinggi 5,636 meter.

Menurut Datuk Bandar Chalchicomula de Sesma, Juan Navarro, penemuan kedua pula dilaporkan berhampiran dengan puncak gunung tersebut.

"Rangka kedua ditemui 500 kaki (300 meter) dari mumia pertama. Rangka ditemui dalam keadaan beku.

"Identiti bagi kedua mumia itu masih lagi misteri dan hanya akan diketahui sebaik kedua-dua rangka itu dibawa turun dari kawasan pergunungan," katanya.

Sejak laporan tersebut didedahkan, pihak berkuasa tempatan mengesahkan menerima pelbagai panggilan dan maklumat kehilangan individu yang menjalankan aktiviti mendaki di kawasan pergunungan tersebut.

"Berdasarkan pemerhatian awal, mayat tersebut mungkin pendaki yang menjalankan pendakiannya di tahun 1959.

"Pada tahun tersebut, seramai empat pendaki dilaporkan berjaya kembali dari pendakian dengan selamat. Manakala tiga lagi dilaporkan hilang dan tidak dijumpai sehingga kini.

"Mayat ketiga mungkin akan dijumpai oleh pasukan penyelamat sebaik mereka kembali semula ke puncak gunung tersebut," katanya lagi.

Buat masa ini, pasukan penyelamat berhadapan detik sukar dalam meneruskan usaha mencari berikutan kabus tebal menyelubungi kawasan pergunungan terbabit.

SINAR HARIAN