Ads Top

Disqus Shortname

Isnin, 30 November 2015

Pemaju Bersalah Mencuri Cahaya Matahari Penduduk

PEMANDANGAN Menara Zifeng di bandar Nanjing, China.




Nanjing (China): Pemaju sebuah menara tertinggi di bandar ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini kerana mencuri cahaya matahari penduduk.

Pemaju Menara Zifeng setinggi 450 meter itu didapati bersalah selepas bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari ke rumah penduduk.

Hakim di sebuah mahkamah di sini, kemudian mengarahkan pemaju yang membina menara berkenaan membayar pampasan kepada penduduk.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Chen menerima pampasan paling tinggi apabila menerima bayaran 100,000 yuan (RM66,092).

Undang-undang di China mewajibkan semua bangunan kediaman di China mendapat cahaya matahari minimum dua jam setiap hari ketika musim sejuk.

Sejak menara 89 tingkat itu siap dibina pada 2010, ramai penduduk berhampiran mengadu bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari. - Agensi

Ahad, 29 November 2015

6 Gambar Menarik Taman Tema Bawah Tanah


Rantau bersejarah Transylvania, Romania, sudah lama dikaitkan dengan kisah si penghisap darah Dracula. Namun ada sesuatu yang mendahului Dracula iaitu perlombongan garam di kawasan itu sejak zaman Rom.

Salina Turda, antara lombong garam purba yang menakjubkan, kini berubah menjadi muzium dan pusat terapi garam dengan sentuhan moden.

Selain memelihara sejarah perlombongan, Salina Turda memiliki pelbagai keistimewaan yang tidak dijangka. Ia seolah-olah dalam filem James Bond yang menjadikan lombong garam sebagai sarang penjahat.

Sejak dibuka semula pada 1992, ia dijadikan taman tema bawah tanah. Pelawat boleh bermain golf di padang mini, boling dan biliard atau hanya bersantai di bilik rehat futuristik dan bernafas dalam aroma kemasinan garam yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Menariknya, semua ini berada ratusan meter di bawah tanah.

Walaupun ahli arkeologi berjaya menemui bukti asal perlombongan pada zaman Empayar Rom (27 Sebelum Masihi hingga 76 Masihi) di situ, kisah yang kita lihat hari ini hasil daripada aktiviti pada tahun 1800-an.

Lombong itu berpecah ke beberapa bahagian dalam kawasan perlombongan itu sendiri. Antara yang paling dekat dengan permukaan bumi ialah Rudolf Mine yang boleh dikunjungi menggunakan lif panorama atau dengan hanya memanjat tangga.

Gua selebar 50 meter dan panjang 80 meter itu dibuka pada tahun 1868. Garam stalaktit membesar sehing­ga panjangnya tiga meter sebelum ia terpecah kerana berat garam itu sendiri lalu membentuk timbunan di sebelah gua yang luas.

Bahagian dalamannya pula kekal stabil dengan suhu 11 hingga 12 darjah Celsius dan 80 peratus kelembapan, membuatkan ia tiada sebarang alergen dan hampir tidak mengandungi sebarang bakteria, menghasilkan iklim mikro unik sebagai destinasi untuk mereka yang mengalami penyakit alahan pernafasan.

Muzium garam itu ada tiga bahagian lombong iaitu Terezia Mine yang wujud dalam bentuk kon luas dengan kedalaman sehingga 120 meter, diikuti Anton Mine pada 108 meter dan Rudolf Mine yang panjangnya 42 meter, disokong dengan pelbagai bilik dan dewan kecil yang digunakan ketika beroperasi.

Lombong itu bermula sejak 1690 ketika pertama kali dieksploitasi secara besar-besaran. Kawasan lombong ini cukup luas dan mempunyai rumah dan tasik dengan pulau di tengah-tengahnya.

Pulau ini terbentuk daripada sisa garam yang dibuang ke situ sejak 1880. Ia digunakan sebagai tempat perlindungan bawah tanah oleh penduduk tempatan bagi menyelamatkan diri dalam 39 hingga 45 peperangan.

Menariknya, pereka lombong rekreasi tidak mahu memusnahkan sejarah, sebaliknya mahu menandakan kejayaan mereka sendiri. Selain James Bond, kawasan lombong itu kini kelihatan seperti dari masa depan.

Dengan meminjam nilai estetik tertentu dari laut dalam, bahagian bawah lombong itu seolah-olah mempamerkan struktur makhluk asing yang diperbuat daripada kayu dan diterangi lampu gantung tiub.

PINTU masuk baru. - Foto Ana Maria Catalina

PENGUNJUNG meluangkan masa bermain ping pong

LALUAN terowong menuju ke dalam lombong garam. - Foto Cristian Bortes

SALINA Turda dengan kedalaman 121 meter.



PEMANDANGAN tasik garam seolah-olah dijelajahi kapal UFO. - Foto Gabriel Tocu

MENARIK kunjungan pelancong dari seluruh dunia
 terutama yang mengalami penyakit alahan pernafasan.
 - Foto Ungureanu Adrian Danut

Sabtu, 28 November 2015

Robot Paling Seksi Menjadi Tarikkan




Beijing: ‘Robot paling seksi di dunia’ digelar Geminoid F menjadi tarikan utama pengunjung ke Pameran Robot Dunia di sini, minggu.

Geminoid F mempunyai ratusan peminat yang memberi jolokan itu kepada robot yang nampak tak ubah seperti manusia, malah pernah berlakon dalam filem Jepun, ‘Sayonara.’

Android dengan ketinggian 1.7 meter itu mampu menggerakkan matanya seterusnya bertindak balas terhadap pandangan mata serta memahami pergerakan bahasa badan.

Perlakuannya juga seperti manusia dengan ‘kulit’ diperbuat daripada getah dengan wajah seorang gadis. Malangnya dia tidak boleh berjalan sebaliknya terpaksa disorong menggunakan kerusi roda.

Robot itu dicipta Makmal Hiroshi Ishiguro, Universiti Osaka yang merancang membina model lebih baik pada masa depan.

Pembantu profesor, Kohei Ogawa berkata: “Matlamat kami adalah untuk mencipta kecerdasan buatan (AI) menggunakan robot ini.

“Buat masa ini sistem pengenalan suara tidak berkesan terutama dalam keadaan bingit. Pada masa depan, kami mahu mewujudkan sistem AI sempurna menggunakan robot ini.”

Robot itu juga mampu senyum, mengerutkan dahi dan menggerakkan mulut, selain menyanyi serta bercakap dengan memainkan rakaman atau menggerakkan mulutnya mengikut bunyi percakapan.

Ia juga mampu ‘meniru’ riak wajah manusia. - Agensi

Kisah Dan Tauladan: 15 Minit Untuk Al-Quran





Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"

Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)

Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.

Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"

Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.

Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"

Anaknya mengangguk.

."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"

Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."

Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."

Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."

Abah: "Baiklah, setengah jam."

Anak: "15 minit bolehlah."

Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.

Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."

Anak: "Tak faham."

Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran. Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al Quran."

Anak: "Hm.."

Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, in/sya Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."

Anak: "Adoilah."

Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."

Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"

Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, abah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.

SILA KONGSIKAN JIKA BERMANFAAT.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA