Ads Top

Disqus Shortname

Rabu, 31 Disember 2014

RON95 Dan RON97 Turun 35sen Bermula 1 Januari 2015

PEN TEKAN BLOG | Kerajaan telah menetapkam harga runcit minyak petrol RON95 dan RON97 diturunkan sebanyak 35 sen seliter, masing-masing kepada RM1.91 dan RM 2.11 mulai pukul 12.01 pagi, hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.

"Harga baharu ini akan berkuat kuasa bagi bulan Januari 2015.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan pada 21 November lalu telah memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.

Sehubungan itu, harga runcit petrol RON95 pada bulan Disember ditetapkan pada harga RM2.26 seliter dan diesel, RM2.23 seliter.

Harga RON97 pula adalah RM2.46 seliter.

Dalam pada itu, Hasan berkata, semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu itu.

Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang melanggar peraturan harga baharu yang telah ditetapkan kerajaan. - KOSMO!


-

[SINOPSIS] Romeo Kota Arahan dan Lakonan Aaron Aziz

PEN TEKAN BLOG | ROMEO kota adalah filem pertama arahan Aaron Aziz sendiri. Filem ini dipertanggung jawab oleh Ahmad Idham penerbit Exelent picture kepada Aaron Aziz sebagai pengarah filem bekenaan.

Filem 'Romeo Kota' ini dilakonkan oleh Aaron Aziz sendiri sebagai pelakon utama dan dibantu oleh Nabil Ahmad. Filem 'Romeo Kota' akan di tayangkan di seluruh negara burmula pada 8 januari 2015


SINOPSIS

MARIA, seorang pelajar kolej telah ditemui dalam keadaan koma di tepi jalan. Hasil dari makluman yang dikeluarkan oleh doktor, Maria koma disebabkan menelan dadah.

Koperal ROMI dan Lans Korporal FAKRUL merupakan dua anggota penyiasat yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan kes tersebut. Dalam mendapatkan maklumat dan mengetahui siapa dalang di sebalik kejadian tersebut, mereka berdua telah ditugaskan secara samaran di bawah kod 'KRIPTIK' Mereka berdua diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.

Melalui beberapa petunjuk, mereka memasuki kolej Bestari dan Koperal Romi, menyamar selaku pensyarah dan Lans Koperal Fakrul sebagai pelajar kolej.

Pada masa yang sama, EMA, antara pelajar yang menjadi kegilaan ramai di kolej, telah menawan hati Koperal Romi dan Lans Koperal Fakrul, hingga melibatkan berlakunya cinta tiga segi antara mereka. Tetapi, ELINA pula menaruh hati dengan Romi.

Bagi Romi pula, dia mempunyai sejarah silam apabila dia sering gagal dalam perhubungan yang dijalin selama ini. Manakala bagi Fakhrul pula, dia sentiasa percaya, jodohnya akan tiba pada bila-bila masa.

Siasatan terus berjalan, dan mereka berdua telah menemui beberapa petunjuk sehingga membawa kepada seseorang yang disyaki iaitu BOTAK.

Perancangan telah dibuat oleh Romi dan Fakhrul, dengan bantuan Elina yang juga menyamar sebagai pelajar untuk memberkas mereka yang terlibat dalam kes dadah tersebut.

Atas kerjasama itu, dan kecekapan pihak Polis, telah berjaya menumpaskan mereka dan membawa yang bersalah ke muka pengadilan.


-

[GAMBAR] 16 Gambar Sekitar Banglo Tinggalan Villa Nabila

PEN TEKAN BLOG | VILLA nabila memang terkenal dengan misteri dan keras di Malaysia. Villa ni terletak di selatan malaysia iaitu di hadapan pantai lido johor bahru, johor.

Macam-macam misteri yang kita pernah dengar berkaitan villa nabila ini. Misteri yang paling popular adalah kehilangan 23 remaja di villa berkenaan. Kalau kita search kat google dengan kata kunci villa nabila. Banyak yang kita jumpa adalah kehilangan 23 remaja kat dalam internet.

Ahad, 28 Disember 2014

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

PEN TEKAN BLOG | HARI ini hujan dari pagi sampai ke petang sampai la aku pun tak tahu nak buat apa. Tak ada aktiviti nak buat. Maklum la hujan memanjang. Tapi kita harus ingat dengan hujan itu adalah rahmat dari Allah untuk hamba-hamba-Nya yang bersabar.

Dalam hujan yang turun tu aku pun buka la handphone aku. Buka internet dan google la apa yang bermain di minda. Dalam banyak-banyak aku google terjumpa la satu blog ni iaitu www.hasrulhassan.com. Aku tertarik dengan kandungan iaitu dia membuat satu segmen jom kenal blogger baru.

Aku pun cuba la join segmen dia. Kalau korang nak join segmen boleh klik kat sini >> http://www.hasrulhassan.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html

(Harap maaf entry ni ditulis tidak menggunakan komputer atau apa-apa yang dapat membaca kod html. Entry di tulis dengan 100% menggunakan handphone nokia n79. Olehitu banner yang terdapat diatas tidak memiliki link yang dapat memaut ke halaman yang dituju.)

Segmen Jom Kenal Blogger Baru

Segmen jom kenal blogger baru khas dan khusus untuk mereka yang tepati ciri-ciri berikut:

1. Sebuah blog daripada platform blogspot (mesti ada .blogspot.com)

2. Blog yang ada kurang daripada 500 followers

3. Blog yang trafik atau jumlah pageviews kurang dari 10,000

Mana-mana blog atau blogger yang punyai blog yang terdapat 3 ciri di atas adalah dialu-alukan untuk join segmen jom kenal blogger baru ini.

Dalam segmen tu dia menghendaki aku menulis entry berkaitan dengan diri saya dan blog ini.

Korang nak tahu macamana aku boleh terjebak dengan dengan dunia blogging. Panjang ceritanya so aku pendekan cerita. Haha

Sebenarnya aku ikut prinsip iaitu kalau orang boleh. Aku juga mesti boleh. Sama dengan blog. Kalau orang boleh buat blog aku juga mesti boleh buat blog. Zaman sekarang kita tak boleh leka. Nanti kita akan dipintas. Kalau mereka boleh berjaya dalam penulisan blog. Kenapa aku tidak boleh berjaya.

Aku masih baru lagi dalam dunia blogging. Aku start blogging pun dalam awal bulan november 2014. Namun pageview aku dah lebih 20000 pageview. Aku tak tahu la bro HH boleh terima tak aku join segmen dia.

Dalam penulisan blog. Aku masih kekurangan idea. Dalam entry aku ni banyak aku kongsikan gambar-gambar untuk dimuatkan dalam blog aku. Tak banyak aku tulis atas idea aku sendiri. Aku memerlukan tunjuk ajar dalam penulisan blog.

Entry dalam blog ni 100% menggunakan handphone nokia aku. Kalau nak edit tamplate baru la aku cari CC yang berdekatan. Dah ade komputer baru boleh edit template. Pakai handphone memang tak dapat pun. Huhu

Sekarang umur aku hampir masuk 31 tahun dan telah berkahwin. Sekarang mempunyai dua orang cahayamata yang di beri nama Mohamad Rayyan Badrisha dan Nur Qalisha Umairah masing berumur tiga dan satu tahun.

Sekarang aku menetap di flat Bukit Setongkol Perdana, kuantan pahang. Dulu aku menetap di Johor Bahru. Kampung halaman aku di Merchong, pekan pahang. Pekerjaan aku bukanlah pekerjaan profestional. Hanyalah pekerjaan yang bergaji tidak sampai 2k.


Pemilik Blog: Azhar Bin Awang
Username Untuk Blog : pentekanblog admin
URL Blog: http://pentekan.blogspot.com
EMAIL: pentekanblog@gmail.com



-

[BERITA] Pesawat AirAsia Dari Surabaya Ke Singapura Dilaporkan Hilang

PEN TEKAN BLOG | Kapal terbang Airbus A320 meninggalkan Surabaya jam 5.20 pagi waktu Indonesia (6.20 pagi waktu Malaysia) dan kelihatan tidak dapat dihubungi sewaktu berada di udara Kalimantan, menurut laporan media.

Ia disahkan melalui tweet AirAsia yang dikeluarkan pada 11.47 pagi ini: AirAsia Indonesia regrets to confirm that flight QZ8501 from Surabaya to Singapore has lost contact with air traffic control at 07:24hrs this morning. (AirAsia Indonesia dukacita mengesahkan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura putus hubungan dengan pusat kawalan udara pada jam 7.24 pagi ini).

Reuters memetik Hadi Mustofa dari Kementerian Pengangkutan Indonesia mengatakan kapal terbang itu putus hubungan dengan Jakarta pada jam 6:17 pagi waktu tempatan.

Ia dilaporkan meminta kebenaran menggunakan laluan "di luar kebiasaan."

Kapal terbang itu dijadualkan tiba di Singapura jam 8:30 pagi waktu Singapura (0030 GMT). Laman web lapangan terbang Singapura mencatatkan status penerbangan itu sebagai "ditangguh."

Skrin menunjukkan demografik penumpang dari pesawat Airbus A320 yang hilang pagi ini. – Gambar Facebook, 28 Disember, 2014.
AirAsia Indonesia juga mengeluarkan tweet: "Pada waktu ini, kami tiada maklumat lanjut berhubung status penumpang dan anak kapal terbabit, tetapi kami akan terus memaklumkan semua pihak sebaik maklumat diperolehi."

Katanya, pesawat itu ialah jenis Airbus A320-200, dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan AirAsia sedang bekerjasama sepenuhnya dan membantu perkhidmatan menyelamat."

Sebentar tadi ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes akhirnya bersuara, berterimakasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya.

"Thank you for all your thoughts and prayers. We must stay strong (Terima kasih atas semua ingatan dan doa. Kita mesti terus tabah)," beliau menulis tweet di akaun Twitternya, sambil menambah akan membuat kenyataan tidak lama lagi.

Penumpang terdiri dari 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Anggota kabin pula dua juruterbang, empat anak kapal dan seorang juruteknik.

Terdapat 149 rakyat Indonesia, tiga warga Korea, seorang Singapura, seorang British dan seorang rakyat Malaysia.

Kompas.com melaporkan juruterbang pesawat itu ialah Captain Irianto dan Emmanuel Plesel sebagai pembantu juruterbang.

Anak kapal terdiri daripada Wanti Setiawati, Khairunisa Haidar Fauzi, Oscar Desano, Wismoyo Ari Prambudi dan Saiful Rakhmad.

Pengarah komunikasi udara Kementerian Penerangan Indonesia Djoko Murjatmodjo dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

Sementara itu, agensi mencari dan menyelamat Indonesia dalam satu kenyataan di laman webnya mengatakan, ia menerima laporan pada jam 7.30 pagi waktu tempatan yang hubungan terputus dengan pesawat AirAsia itu berhampiran Teluk Kumai pada jam 6.17 pagi.

Koordinat terakhir diketahui ialah pada 03 09 15 S – 111 28 21 E dan ia sepatutnya memasuki ruang udara Singapura pada 6.52 pagi waktu tempatan.

Katanya, ia menghubungi rakan sejawat di bandar lain di Indonesia seperti Pangkalpinang, Jambi, Tanjungpinang, Palembang, Pontianak, Jakarta, Banjarmasin dan Lampung bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Kompas.com melaporkan pesawat itu putus hubungan di udara Kalimantan.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com


-