Ads Top

Latest in Sports

Home Ads

Blogging, Tips, Trik, Free Software

Sabtu, 31 Disember 2016

Amaran Kepada Orang Miskin Yang Berlagak Nak Jadi Kaya

Apa kata korang..
Cuba baca sampai habis dan berfikir sejenak apa yang nak disampaikan.

AMARAN KEPADA ORANG MISKIN YANG BERLAGAK NAK JADI KAYA.

Mungkin tajuk diatas nampak kejam dan tidak beperikemanusian. Tapi ada betulnya.
Kalau korang hidup serba kekurangan dengan kata mudah iaitu MISKIN, jangan korang berlagak nak jadi KAYA hidup macam orang mewah kalau dah duit tak ada. Tak guna nampak kaya tapi hakikatnya masih miskin. Kalau dah miskin tu biarlah hidup cara miskin. Apa guna hidup cara orang kaya tapi duit tak ada.

Memang betul orang akan pandang tinggi pada orang kaya. Tak ada guna orang pandang tinggi pasal duit banyak. Tapi hakikat tak ada duit.

Berlagak pakai kereta mewah. Harga sampai RM100K lebih. Tapi bulan² tak mampu bayar. Sampai dah nak kena tarik. Kalau dah tak ada duit beli la kereta murah. Tiap² bulan mampu bayar. Macam kereta VIVA pun dah cukup.

Tapi ada jugak orang miskin berlagak cakap "apa barang pakai VIVA tak ada class. Nanti awek tak sangkut". Hehh... kalau rasa nak awek boleh sangkut sebab pakai kereta mahal satu kesilapan bagi orang miskin. Kalau lah awek boleh sangkut sebab kereta mewah. Macam mana kalau dia tahu yang hakikat korang miskin. Tak mampu nak bayar bulan². Minyak pun tak mampu nak isi. Kalau isi minyak pun mampu setakat RM10 Korang akan dihina. Dimalukan. "ada hati nak pikat aku, isi minyak tak mampu. Ajak makan setakat KFC atau McD. Tak ada kelas. " haha tu kalau awek cakap macam tu. Kalau tak ada korang kira berungtung dapat awek kaya yang tak kisah pasal korang.

Kalau korang duit tak ada tak payah nak pikat orang kaya. Tak ada guna pikat orang kaya. Kalau dia ajak makan kat restoran mewah. Terkedu korang. Haha. Kehidupan dia memang berajakan duit. Segalanya duit. Dia boleh beli apa saja klau dia mahu. Sebab dia orang kaya. Tapi korang apa ada. Hanya ada Rm50 dalam poket.

Bagi peniaga pulak. Ambil contoh penjual apam balik. Kalau duit tak ada tak payah nak berniaga pakai lori. Guna motosikal dulu. Kalau dah ada duit baru boleh beli lori. Kalau dah maju mana tahu satu hari dah boleh beli bas buat restoran bergerak.

Bagi orang mikin yang nak bergaya pakai benda mewah. Kalau dah tak ada duit tak payah berlagak nak beli handbag harga ribu².  Nak beli jam rolex harga ribu². Beli handphone harga 2 3 ribu. Duit yang korang beli semua tu boleh beli benda lain. Benda yang berkemampuan dan keperluan.  Ia juga boleh menjamin mada depan korang..

Kita jangan jadi hipokrik pada diri sendiri. Jadi lah diri sendiri atas kemampuan kita. Hidup sederhana. Biar orang tahu kemampuan kita. Untuk berjaya bergeraklah satu anak tangga ke anak tangga lain. Anak tangga ada lah halangan. Kalau kita berusaha pasti kejayaan diatas.

MINTA MAAF BAGI YANG TERASA.
SEKIAN.....

Ahad, 27 Disember 2015

10 GAMBAR EDIT PENTEKAN BLOG DENGAN MENGGUNKKAN PHOTO EDIT

salam blogger dan berhujung minggu untuk semua.  sebenarnya saya jarang nak update post sebab saya terlalu sibuk dengan kerja.. Apabila sibuk dengan kerja saya tak berpeluang nak update post. Jadi saya kekeringan idea. Untuk kesempatan kali ini saya post kan gambar—gambar yang saya edit dengan menggunakan smart phone saya. Aplikasi yang saya guna adalah photo edit yang terdapat dalam play store. Ia sangat mudah digunakan berbanding aplikasi yang lain. 

Gambar—gambar ini juga saya post kan kedalam instagram..Kalau nak tengok gambar—gambar yang lain atau yang terbaru boleh follow saya di instagram. search pentekan_blog

Disini saya menggunakan Nothing To Say sebagai trade mark untuk pentekan blog ini.  Jadi dilarang sama sekali untuk mengakui ini adalah sebagai hak peribadi sendiri. Dibenarkan untuk penyiaran dan tidak bertanggung jawab jika ada penyalahgunaan gambar ini. Setiap gambar yang di edit dan di postkan ke instagram adalah hak milik pentekan blog. Jadi setiap gambar yang diedit dengan menggunakkan trade mark yang sama tapi tidak di post ke instagram bukan hak milik pentekan blog. Ini kemungkinan ada individu tertentu yng ingin menjatuhkan reputasi pentekan blog.

FOLLOW DI INSTAGRAM= Pentekan_blog











Ahad, 20 Disember 2015

Hakim New York angkat sumpah guna al-Quran‎

Carolyn Walker-Diallo (tengah)


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Berbeza dengan hakim lain yang bersumpah dengan memegang Bible di Amerika Syarikat, seorang hakim di New York mengangkat sumpah menggunakan al-Quran, Khamis lepas.

Menurut Morocco World News, Carolyn Walker-Diallo merupakan wanita berkulit hitam yang beragama Islam, dilantik selepas memenangi pilihanraya yang diadakan bulan lepas.

Carolyn akan bertugas sebagai hakim mahkamah sivil 7th Municipal District di Brooklyn Burough Hall yang terletak di New York.

Perkara tersebut disambut baik oleh orang ramai walaupun masih terdapat sebilangan kecil pendapat anti-Islam.

"Baguslah. Tak kisah Bible atau al-Quran, yang penting janji anda untuk menjadi hakim terbaik yang telah bersumpah kepada kebenaran," kata seorang pelayar laman Facebook.

"Amerika bukanlah negara agama Kristian. Amerika menerima setiap lapisan agama, tidak kira warna kulit atau bangsa. Kalau kita tidak benarkan hak sama rata diberikan, kita bukanlah orang Amerika," kata pelayar tersebut lagi.

Kini ada cara 'cool' elak bagasi dicuri, tersalah ambil

SEORANG pengguna perkhidmatan penerbangan mungkin sudah menemui cara paling bijak untuk mengelak bagasi dari dicuri atau tersalah ambil.

Seorang pelayar laman Imgur 'jew3lr0se' telah memuatnaik sekeping foto kelmarin yang menunjukkan lelaki tersebut yang tidak dikenali bersama sebuah bagasi yang mempunyai gambar mukanya.

"Lelaki tersebut telah merungkai teka-teki kehidpan seharian," kata Elizabeth yang merujuk kepada idea kreatif lelaki tersebut menampal imej muka pada bagasi.

"Begnya (bagasi) tidak mungkin akan dicuri atau tersalah ambil apabila tiba di lapangan terbang!" ujar Meyers.

Sesetengah pelayar laman Imgur juga pantas mengenalpasti masalah yang berkemungkinan timbul walaupun idea menampal imej muka pada bagasi dipakai.

"Kalau ada pencuri yang memiliki muka serupa, bagasi kita tetap akan hilang!" balas Wanton, seorang warga Australia. SINAR

Sabtu, 19 Disember 2015

Orang Utan Diperkosa Hingga Hamil

Memang pelik pada zaman sekarang. Sesuatu benda yang tak di jangka dengan akal fikiran manusia boleh berlaku pada zaman sekarang. Itulah yang dikata kan akhir zaman. Kat bawah ni aku serta kan keratan akhbar Sinar Harian. Korang bacalah sendiri


SURABAYA - INDONESIA. Seorang penjaga haiwan di sebuah zoo di Surabaya, Indonesia ditangkap kerana didakwa atas tuduhan menyerang beberapa haiwan secara seksual termasuk menyebabkan seekor orang utan bunting.

Memetik laporan Kalimantan Press, kejadian itu terbongkar selepas perlakuan penjaga berkenaan yang berusia dalam linkungan 38, berjaya dirakam.

Kakitangan keselamatan zoo memasang  kamera tersembunyi di kawasan 'sasaran'  selepas berasa sangsi terhadap kelakuan lelaki itu.

Kakitangan zoo, Akhiroel Yahya yang sudah bekerja di zoo itu selama 14 tahun, berkata: “Ada haiwan nampak terangsang secara seksual apabila tiba masa untuk memberi mereka makan.

“Tetapi, apa yang paling membuatkan kami mengesyaki sesuatu tidak kena ialah melihat orang utan tertua kami, Marylin, hamil sedangkan dia tidak pernah bercampur dengan orang utan lain disebabkan sifatnya yang agresif,” katanya.

Pengarah zoo, Abdoel Hakim yang marah dengan kejadian itu mengakui mengambil masa untuk mengenal pasti apa sebenarnya berlaku.

"Pada mulanya, kami  tidak memahami apa yang telah berlaku, Marilyn telah hidup terpencil sejak 10 tahun yang lalu.

"Apabila kami meletakkan beberapa kamera tersembunyi baru kami faham bahawa betapa dahsyatnya kebenaran itu," katanya.

Dalam pada itu, apabila berhadapan dengan pihak berkuasa tempatan, penjaga zoo  itu menafikan sebarang salah laku di pihaknya.

"Dia berkata, segala yang dilakukan adalah secara rela," jelas Ketua Polis Abubakar Jaar.

Sementara itu, lelaki itu menjelaskan kepada pemberita tempatan bahawa dia tidak tahu bahawa persetubuhan dengan haiwan boleh menyebabkan berlakunya kehamilan.

"Dia berkata dia tidak tahu orang utan boleh hamil apabila 'bersama'  manusia," katanya.


Isnin, 30 November 2015

Pemaju Bersalah Mencuri Cahaya Matahari Penduduk

PEMANDANGAN Menara Zifeng di bandar Nanjing, China.




Nanjing (China): Pemaju sebuah menara tertinggi di bandar ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini kerana mencuri cahaya matahari penduduk.

Pemaju Menara Zifeng setinggi 450 meter itu didapati bersalah selepas bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari ke rumah penduduk.

Hakim di sebuah mahkamah di sini, kemudian mengarahkan pemaju yang membina menara berkenaan membayar pampasan kepada penduduk.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Chen menerima pampasan paling tinggi apabila menerima bayaran 100,000 yuan (RM66,092).

Undang-undang di China mewajibkan semua bangunan kediaman di China mendapat cahaya matahari minimum dua jam setiap hari ketika musim sejuk.

Sejak menara 89 tingkat itu siap dibina pada 2010, ramai penduduk berhampiran mengadu bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari. - Agensi

Ahad, 29 November 2015

6 Gambar Menarik Taman Tema Bawah Tanah


Rantau bersejarah Transylvania, Romania, sudah lama dikaitkan dengan kisah si penghisap darah Dracula. Namun ada sesuatu yang mendahului Dracula iaitu perlombongan garam di kawasan itu sejak zaman Rom.

Salina Turda, antara lombong garam purba yang menakjubkan, kini berubah menjadi muzium dan pusat terapi garam dengan sentuhan moden.

Selain memelihara sejarah perlombongan, Salina Turda memiliki pelbagai keistimewaan yang tidak dijangka. Ia seolah-olah dalam filem James Bond yang menjadikan lombong garam sebagai sarang penjahat.

Sejak dibuka semula pada 1992, ia dijadikan taman tema bawah tanah. Pelawat boleh bermain golf di padang mini, boling dan biliard atau hanya bersantai di bilik rehat futuristik dan bernafas dalam aroma kemasinan garam yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Menariknya, semua ini berada ratusan meter di bawah tanah.

Walaupun ahli arkeologi berjaya menemui bukti asal perlombongan pada zaman Empayar Rom (27 Sebelum Masihi hingga 76 Masihi) di situ, kisah yang kita lihat hari ini hasil daripada aktiviti pada tahun 1800-an.

Lombong itu berpecah ke beberapa bahagian dalam kawasan perlombongan itu sendiri. Antara yang paling dekat dengan permukaan bumi ialah Rudolf Mine yang boleh dikunjungi menggunakan lif panorama atau dengan hanya memanjat tangga.

Gua selebar 50 meter dan panjang 80 meter itu dibuka pada tahun 1868. Garam stalaktit membesar sehing­ga panjangnya tiga meter sebelum ia terpecah kerana berat garam itu sendiri lalu membentuk timbunan di sebelah gua yang luas.

Bahagian dalamannya pula kekal stabil dengan suhu 11 hingga 12 darjah Celsius dan 80 peratus kelembapan, membuatkan ia tiada sebarang alergen dan hampir tidak mengandungi sebarang bakteria, menghasilkan iklim mikro unik sebagai destinasi untuk mereka yang mengalami penyakit alahan pernafasan.

Muzium garam itu ada tiga bahagian lombong iaitu Terezia Mine yang wujud dalam bentuk kon luas dengan kedalaman sehingga 120 meter, diikuti Anton Mine pada 108 meter dan Rudolf Mine yang panjangnya 42 meter, disokong dengan pelbagai bilik dan dewan kecil yang digunakan ketika beroperasi.

Lombong itu bermula sejak 1690 ketika pertama kali dieksploitasi secara besar-besaran. Kawasan lombong ini cukup luas dan mempunyai rumah dan tasik dengan pulau di tengah-tengahnya.

Pulau ini terbentuk daripada sisa garam yang dibuang ke situ sejak 1880. Ia digunakan sebagai tempat perlindungan bawah tanah oleh penduduk tempatan bagi menyelamatkan diri dalam 39 hingga 45 peperangan.

Menariknya, pereka lombong rekreasi tidak mahu memusnahkan sejarah, sebaliknya mahu menandakan kejayaan mereka sendiri. Selain James Bond, kawasan lombong itu kini kelihatan seperti dari masa depan.

Dengan meminjam nilai estetik tertentu dari laut dalam, bahagian bawah lombong itu seolah-olah mempamerkan struktur makhluk asing yang diperbuat daripada kayu dan diterangi lampu gantung tiub.

PINTU masuk baru. - Foto Ana Maria Catalina

PENGUNJUNG meluangkan masa bermain ping pong

LALUAN terowong menuju ke dalam lombong garam. - Foto Cristian Bortes

SALINA Turda dengan kedalaman 121 meter.



PEMANDANGAN tasik garam seolah-olah dijelajahi kapal UFO. - Foto Gabriel Tocu

MENARIK kunjungan pelancong dari seluruh dunia
 terutama yang mengalami penyakit alahan pernafasan.
 - Foto Ungureanu Adrian Danut

Sabtu, 28 November 2015

Robot Paling Seksi Menjadi Tarikkan




Beijing: ‘Robot paling seksi di dunia’ digelar Geminoid F menjadi tarikan utama pengunjung ke Pameran Robot Dunia di sini, minggu.

Geminoid F mempunyai ratusan peminat yang memberi jolokan itu kepada robot yang nampak tak ubah seperti manusia, malah pernah berlakon dalam filem Jepun, ‘Sayonara.’

Android dengan ketinggian 1.7 meter itu mampu menggerakkan matanya seterusnya bertindak balas terhadap pandangan mata serta memahami pergerakan bahasa badan.

Perlakuannya juga seperti manusia dengan ‘kulit’ diperbuat daripada getah dengan wajah seorang gadis. Malangnya dia tidak boleh berjalan sebaliknya terpaksa disorong menggunakan kerusi roda.

Robot itu dicipta Makmal Hiroshi Ishiguro, Universiti Osaka yang merancang membina model lebih baik pada masa depan.

Pembantu profesor, Kohei Ogawa berkata: “Matlamat kami adalah untuk mencipta kecerdasan buatan (AI) menggunakan robot ini.

“Buat masa ini sistem pengenalan suara tidak berkesan terutama dalam keadaan bingit. Pada masa depan, kami mahu mewujudkan sistem AI sempurna menggunakan robot ini.”

Robot itu juga mampu senyum, mengerutkan dahi dan menggerakkan mulut, selain menyanyi serta bercakap dengan memainkan rakaman atau menggerakkan mulutnya mengikut bunyi percakapan.

Ia juga mampu ‘meniru’ riak wajah manusia. - Agensi

Kisah Dan Tauladan: 15 Minit Untuk Al-Quran





Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"

Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)

Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.

Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"

Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.

Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"

Anaknya mengangguk.

."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"

Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."

Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."

Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."

Abah: "Baiklah, setengah jam."

Anak: "15 minit bolehlah."

Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.

Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."

Anak: "Tak faham."

Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran. Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al Quran."

Anak: "Hm.."

Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, in/sya Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."

Anak: "Adoilah."

Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."

Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"

Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, abah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.

SILA KONGSIKAN JIKA BERMANFAAT.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

Rabu, 2 September 2015

Gambar Rupa Pelakon Botak Hollywood Jika Memiliki Rambut


PELAKON terkenal yang botak seperti Vin Diesel, Bruce Willis dan Dwayne Johnson (The Rock) diminati ramai sehingga ada lelaki sanggup memendekkan rambut hampir botak mengikut gaya mereka.

Malah pelakon terbabit juga menjadi pujaan wanita yang tidak kisah teman lelaki botak asalkan kelihatan tampan seperti pelakon terbabit.

Bagaimana rupa mereka jika mempunyai rambut, adakah mereka, termasuk Jason Statham akan kelihatan lebih tampan? Anda nilaikan berdasarkan gambar ini. - quotespaper.com


Vin Diesel


Samuel L Jackson


Stanley Tucci


Dwayne Johnson


Patrick Stewart


Bruce Willis



Comments system

Disqus Shortname

Comments System

Disqus Shortname

Business

copyright © 2015 http://pentekan.blogspot.com. Dikuasakan oleh Blogger.