Ads Top

Disqus Shortname

Ahad, 30 November 2014

[5 GAMBAR] Air Naik Di Flat Bukit Setongkol Perdana, kuantan

PEN TEKAN BLOG -> Di atas adalah gambar-gambar yang di ambil di Flat Bukit Setongkol Perdana sebentar tadi.

Lebih kurang dalam 2.30 petang sedang aku menonton Astro. Cerita aku dah lupa. Tiba-tiba Astro jadi blank. Rupa-rupanya hari nak hujan. Aku tengok kat luar rumah. Dah gelap macam pukul 7 malam. Sempat juga la ambil 1 gambar masa nak hujan.

Lepas tu aku pun masuk bilik. Kononnya nak tidor. Sebab tidor time hujan ni lagi nyenyak tidur.

Tiba-tiba adik ipar aku panggil aku. Dia cakap dah banyak duit ker. Aku pun balas balik kenapanya. Dia cakap kalau dah rasa duit banyak tak payah lah alih motor. Air kat bawah dah naik. Tunggu masa jer nak tenggelam.

Aku pun berlari ke tingkap tengok keadaan kat bawah. Rupanya air dah naik. Aku pun berlari turun flat. Orang dah ramai. Semua dah alih kereta. Tinggal kereta myvi jer yang belum di alih. Mungkin tuan punya kereta tu tak ada kat rumah. Dah keluar agaknya.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

Motor-motor parking bawah flat jer yang belum di alihkan. Sebab bawah flat tinggi sedikit dari luar. Jadi air masih belum naik lagi.

Aku masih belum alih lagi motor aku. Sebab hujan dah perlahan sedikit dari tadi. Aku pun tunggu la kat situ dengan pemilik motor yang lain. Aku malas nak alih sebab malas nak redah hujan takut demam. Kalau keadaan kritikal terpaksa juga redah hujan.

Dalam lepak sama dengan orang lain. Sempat juga la snap beberapa gambar untuk di muatkan dalam blog.

Hujan pada masa tu lebat sangat. Hanya 1 jam air dah naik.

p/s: Peringatan untuk ibu bapa di luar sana. Sekarang musim hujan. Dan barangkali akan berlaku banjir di tempat anda. Awasi lah anak anda bermain diluar. Sebab malang tak berbau. Jangan leka dengan keseronokkan dalam bilik hingga lupa zuriat di luar.

Cara Menjadi Blogger Berjaya

PEN TEKAN BLOG -> Bagaimana cara nak jadi blogger yang berjaya? Ini adalah soalan yang selalu menjadi pertayaan daripada blogger-blogger baru dan juga blogger lama yang masih terkial-kial untuk menjadi blogger berjaya dan terkenal.

Mungkin ramai sudah mengetahui atau mengenali blogger-blogger terhebat dan berjaya antaranya ialah redmummy.com, benashaari.com, denaihati.com, kupukupukecik.blogspot.com, inibelogsaya.blogspot.com, hasrulhassan.com dan ramai lagi blogger-blogger yang hebat.

Mereka ini menjadi terkenal kerana dengan usaha mereka selama ini. Tanpa usaha tidak mungkin mereka mendapat tempat di hati peminat mereka.Mereka juga menjadi terkenal dengan penulisan mereka yang tersendiri dan unik.

Apa yang saya tulis dalam post kali bukanlah dari pengalaman saya. Tetapi dari kajian saya hasil blogwalking. Saya juga masih baru semasa post ini ditulis dalam dunia blog. Blog ini masih baru dan juga masih lagi mencari tip-tip untuk menaikkan ranking blog ini.

Hasil dari kajian blogwalking ini adalah dari pandangan saya sendiri. Saya masih mepraktik untuk menaikkan ranking blog ini. Saya gunakan hasil kajian ini ke atas blog saya sendiri.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

Antaranya ialah:

Blog mesra SEO

-> SEO adalah ringkasan dari Search Engine Optimization. Ia adalah suatu cara atau teknik untuk membuat blog berada pada halaman atau posisi pertama di search engine seperti Google, Bing, dan Yahoo.

-> Apabila blog berada di posisi teratas dalam enjin carian. Blog kita mudah di kenali.

Gaya penulisan yang unik

-> Maksudnya ialah tulisan yang original dan tersendiri. Tidak mengambil hak orang lain untuk di isi dalam blog.

-> Membincangkan isu atau tip-tip yang bermanfaat dan berinfomarsi.

Layout blog yang simple

-> Layout blog hendaklah ringkas dan padat. Tidak terlalu banyak script yang akan melambatkan loading blog. Ini kerana loading blog yang lambat akan mengurang penggunjung melawat blog.

-> Kurangkan meletak iklan di ruang sidebar. Hanya beberapa iklan sahaja. Kerana pengunjung akan merasa rimas untuk membaca kandungan dalam blog di sebabkan terlalu banyak iklan. Ini akan berlaku kekurangan pengunjung.

Selalu blogwalking

-> Dengan blogwalking juga akan meningkatkan penggujung ke blog. Ini kerana dengan blogwalking kita akan meninggalkan link blog pada blog yang kita telah lawati.

Berusaha

-> Berusaha adalah cara paling utama untuk menjadi blog yang hebat. Tanpa usaha tidak mungkin seseorang itu boleh berjaya. Walaupun kita tahu teknik-teknik untuk tingkatkan rank blog. Tapi tanpa usaha ia mustahil untuk berjaya.

Di atas adalah beberapa tip yang saya perolehi dari blogwalking. Masih banyak lagi tip untuk berjaya belum di bongkar. Untuk membongkar tip-tip adalah dengan usaha. Usaha adalah tangga kejayaan.

Dengan tip-tip di atas adalah hasil kajian saya dengan blogwalking saya gunakan untuk blog Pen Tekan Blog.

Kisah Anak Melenium :Mana Ibu?

PEN TEKAN BLOG -> Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?'
Mak jawab, " Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, "Mana Mak?"
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."
Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"
Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."
Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, "Entah."
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidaknta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka."

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".
Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah .

Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sabtu, 29 November 2014

Pen Tekan Blog Mencari Bloglist

PEN TEKAN BLOG -> Ada tak sesiapa yang nak kongsi link dengan Pen Tekan Blog. Kalau ada sesiapa yang mahu kongsi link dengan Pen Tekan Blog boleh lah hantar link masing dalam ruangan komen di bawah ini.

Untuk kongsi link ada syaratnya. Syarat dia tak susah cuma korang perlu link Pen Tekan Blog dalam bloglist korang. Nanti saya akan pergi ke blog korang untuk semak link Pen Tekan Blog ada dalam bloglist korang. Lepas tu baru saya akan masuk link korang dalam bloglist saya.

Link http://pentekan.blogspot.com

[BERITA] Lelaki mati ditembak kerana disangka kijang

PEN TEKAN BLOG -> Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan senapang patah yang dilepaskan seorang lelaki yang dipercayai sedang berburu di ladang rakyat Estet Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.40 petang itu, mangsa Mohd Zulkifli Mat Isa, 48, dilaporkan ditembak lelaki berkenaan yang sedang memburu bersama seorang lagi rakannya di kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata selepas terkena tembakan itu, mangsa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan oleh kedua-dua suspek.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

"Mangsa yang tiba di klinik berkenaan kira-kira jam 9.30 malam masih bernafas, namun selang beberapa minit kemudian mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mangsa terkena lima das tembakan di kepala, bahu kiri dan peha kanan.

Lai berkata pihaknya telah menahan dua lelaki berusia 40 dan 48 tahun itu atas kesalahan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian.

"Kedua-dua suspek kini di reman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek melepaskan tembakan kerana menyangkakan mangsa adalah kijang yang diburu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. - Bernama

Khamis, 27 November 2014

Fakta Menarik Untuk Peminat Rock Malaysia

PEN TEKAN BLOCK -> Adakah anda tahu semua tentang rock di Malaysia. Pasti ramai yang tidak mengetahui latar belakang robk di Malaysia. Di bawah ini adalah antara fakta-fakta rock malaysia.

-> Perkataan "Rock Kapak" ini dikatakan berasal dari seorang DJ Rock terkenal iaitu DJ Isma Halil Hamzah. Kini "rock kapak" digunakan secara meluas mengambarkan lagu irama rock 80an dan awal 90an.


-> Lagu Another You dari band Thrash Metal lagenda Malaysia, Cromok mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menghasilkan melodi yang kita dengar sekarang. Pengaruh lagu ini sampai ke Brazil.



-> Komposer terkenal Aidit Alfian merupakan gitarist untuk band BABA. Band ini telah berjaya diiktiraf sebagai Artis Berkumpulan Baru Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-4 (1997). Album mereka adalah Aku Bukan Badut.


-> Band rock kapak sekitar 80an gemar mengunakan nama-nama wanita seperti Melissa, Analisa, Dayana, Dia, Lela, Kris, Teja, Eka, Jessica dan Sofea.

-> Nama kumpulan Sofea diambil apabila nama sebenar So Fear terlalu keras.



->Ahli band Barongan yang terkenal merupakan bekas ahli kumpulan Amuk kecuali vocalistnya Sham yang merupakan penyanyi tuk kumpulan Crayon.



->Berikut adalah beberapa penyanyi rock wanita yang mungkin anda tidak kenali:

1) Nadia - menghasilkan tiga album dan terkenal dengan lagu Salam Untuk Kekasih.

2) Shima - Penyanyi kumpulan The Boys pada awalnya dan menghasilkan lapan album solo.

3) Sahara Yaacob - Menghasilkan dua album. Terkenal dengan lagu "Peronda Jaket Biru".

4) Rozanna - menghasilkan satu album sahaja.

5) Ruhil Amani - penyanyi untuk band Metal Child dan menghasilkan tujuh album.

6) Leez - menghasilkan dua album.

7) Idda - menghasilkan satu album sahaja.

8) Emma - penyanyi kumpulan Revolusi dan menghasilkan 2 album solo dan satu album Revolusi

9) Ella - Penyanyi yang masih bertahan. Penyanyi untuk band Moonrackers dan The Boys.

10) Dilla Hussein - Anak kepada pelakon veteran Hussein Abu Hassan dan penyanyi band Son of Adam



PEN TEKAN BLOG-> http://pentekan.blogspot.com

->Kumpulan The Boys merupakan kumpulan yang menampilkan dua penyanyi wanita yang terkenal di Malaysia iaitu Ella dan Shima.



->Berikut adalah nama lain untuk kumpulan rock kapak yang mungkin anda tidak tahu:

1) Bloodshed - nama lain Blackshed

2) Sofea - nama lain SYJ

3) Tropika - nama lain Jinbara

4) BlackFire - Metal Ghost

5) Burnmarks - nama lain Naja

6) Nobat - nama lain SOS

7) Meditasi - nama lain Metal Wizards

8) Febians - nama lain D'Febians

9) Gravity - nama lain Venus Junior / Figures

10) K'Rabat - nama lain Wicitra

11) Massa/Masa - nama lain Scarecrow

12) Candy - nama lain G-Saphia



->Penyanyi solo dan band mereka sebelumnya..

1) Hattan - penyanyi untuk kumpulan FRU dan PRATAYUDA

2) Awie - penyanyi tuk kumpulan Wings dan Dragon Malaya

3) Aris Ariwatan - penyanyi kumpulan Ariwatan

4) Ajin - drummer untuk kumpulan Wizards & Supergrassjelly, penyanyi untuk Black Rose.

5) Amy - penyanyi untuk kumpulan Titanic dan Search.

6) Yantzan - penyanyi untuk kumpulan Rusty Blade dan May

7) Saleem - penyanyi kumpulan Superskala & Iklim



->Candy merupakan kumpulan rock wanita yang masih dikenali kerana lagu popular mereka "Akan Ku Tunggu".

Dari Pen Tekan: Jikalau ada kesalahan atau kesilapan, sila perbetulkan pada ruang komen di bawah ini. TERIMA KASIH...

[AGAMA] 4 orang sombong di zaman Nabi Musa

PEN TEKAN BLOG -> Nabi Musa a.s. termasuk nabi yang banyak diceritakan kisahnya dalam Al-Quran. Dalam hidupnya beliau bertemu empat jenis manusia dengan kesombongannya masing-masing. Keempat-empat adalah:

1. Firaun, raja Mesir: seorang raja atau penguasa yang amat zalim dan kejam. Dia mengaku dirinya adalah tuhan yang menguasai segala sesuatu. Dia membunuh orang dengan sekehendak hatinya saja. Dia juga merampas kebebasan orang dan harta tanpa sebab dan dia juga menyembelih bayi. Menjadi sombong kerana dia merasakan mempunyai kuasa yang tiada siapa mampu menandinginya. Bala tentera yang amat ramai jumlahnya menjadikan dia merasa dirinya adalah tuhan yang mampu berbuat apa saja. Dia tidak dapat menerima hakikat jika ada orang yang nampak lebih berkuasa dari dirinya untuk berbuat sesuatu.

2. Haman, menteri Firaun: seorang saintis bijak yang amat sombong kerana merasa paling tahu tentang segala hal, terutama teknologi tercanggih pada masa itu. Dia tidak boleh menerima adanya manusia yang lebih tahu dan lebih pintar dari dirinya dalam apa perkara sekali pun. Bahkan dia dan Firaun mahu mencari Tuhannya Musa dengan membuat suatu bangunan yang sangat tinggi menggapai langit. Kedua orang ini serta seluruh bala tentara Firaun ditenggelamkan Allah di laut merah.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

3. Qarun, si orang kaya: seseorang yang sangat kaya sehinggakan kunci gudang tempat hartanya hartanya disimpan perlu dipikul oleh beberapa orang lelaki yang sangat kuat. Qarun digelar Al Munawwir kerana suaranya yang amat bagus jika dia membaca Taurat. Tapi dia adalah musuh Allah. Kesombongan Qarun adalah merasa bahawa semua perkara boleh dibeli, semua masalah dapat dia selesaikan dengan wang yang amat banyak. Dia juga mengaku bahawa hartanya yang amat banyak itu adalah hasil dari ilmu yang ada pada dirinya. Maksudnya, kerana dia pandai mencari wang maka dia kaya. Qarun sangat iri hati kepada Nabi Musa as kerana Nabi Musa berpengaruh kepada kaumnya. Maka Qarun memfitnah Nabi Musa as dengan membayar seorang perempuan pelacur agar perempuan itu mengatakan bahawa dia berzina dengan Nabi Musa. Ketika Qarun bertemu Nabi Musa, dia mencabar untuk saling berdoa pada Tuhan. Qarun berdoa, tidak ada jawapan. Nabi Musa berdoa, maka bumi menelan Qarun, orang-orangnya
dan hartanya hidup-hidup.

4. Bal'am, si ulama jahat: Bal'am adalah seorang ulama (pemuka agama) terkemuka saat itu. Dia seorang yang ma'rifat. Dianugerahkan Allah kemampuan untuk melihat malaikat dan 'Arsy. Bahkan Bal'am dianugerahi "ishmul a'zham" iaitu Nama Allah Yang Teragung, di mana jika dalam doa disebutkan Nama itu, maka doa itu pasti terkabul. Kesombongan Bal'am kerana menganggap bahawa dialah orang yang paling hebat masa itu, paling benar, paling 'alim dalam ilmu agama dan orang yang doanya pasti terkabul. Akhirnya, dia menggunakan lidahnya untuk mendoakan keburukan bagi Nabi Musa as. dan kaumnya. Doanya tidak dimakbul, malah berbalik pada dirinya. Allah mencabut semua ma'rifat dan ishmul a'zham pada dirinya sehingga dia mati kafir dan merana. Ada yang mengatakan bahawa dia meninggal dengan lidah terjulur keluar.

detikislam

Rabu, 26 November 2014

[HIBURAN] Maharaja Lawak Mega 2014: Sepahtu Tanpa Ilya

PEN TEKAN BLOG -> MESKIPUN kumpulan Sepahtu antara peserta kesukaan ramai namun juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 ini dikatakan agak 'lambat panas' menerusi gelanggang MLM kali ini.

Malah persembahan mereka pada minggu pertama MLM 2014 juga dilihat perlahan dan hambar sehingga dikritik juri ketika program ini berlangsung di Dewan Teater Selangor, Shah Alam, Jumaat lalu.

Jika dibandingkan dengan 12 kumpulan lain, Sepahtu tetap lebih menyerlah walaupun menerima komen negatif.

Mengulas mengenai situasi tersebut, Jep berkata jangkaan tinggi daripada peminatnya untuk minggu lalu agak tinggi setelah persembahan cemerlang MLM sebelum ini.

"Sedikit sebanyak konsentrasi kami agak terganggu untuk penyertaan kali ini. Apatah lagi, keserasian antara kami bertiga masih di peringkat awal.

"Malah peminat menaruh harapan tinggi untuk persembahan kami, tekanan perasaan mempengaruhi idea Sepahtu," jelasnya.

Kata Jep, mereka masih mencari rentak keserasian antara satu sama lain selepas ketiadaan Rahim untuk musim baharu ini.

Tegas Jep, 'kehilangan' Ilya minggu ini turut menambahkan kekusutan mereka sehingga idea muncul di saat-saat akhir persembahan. Malah ia merupakan situasi pertama yang memaksa dia dan Shuib melakukan persembahan berdua di pentas berprestij itu.

"Kebanyakan pertandingan Sepahtu hadir bertiga namun kali ini, kami terpaksa berdua sahaja tanpa abang Ilya.

"Bagi kami Ilya pembakar semangat untuk kami terus berjuang di pentas ini. Dia ibarat bapa kepada kami berdua.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

"Kami tetap teruskan perjuangan Sepahtu walaupun tanpa kehadiran Ilya yang dimasukkan ke hospital akibat kencing manis," kata Jep.

Bagaimanapun Jep dan Shuib nyata bernasib baik setelah persembahan mereka yang bertemakan kekeluargaan mendapat tempat di hati juri. Seperti musim lalu, kumpulan ini nampaknya lebih selesa mengekalkan konsep sketsa rantaian untuk setiap persembahan
mereka.

Mengetuai juri tetap MLM 2014, Datuk Jalaluddin Hassan merumuskan persembahan kesemua peserta pada minggu kedua adalah lebih baik berbanding minggu pertama.

Namun begitu, beliau meluahkan rasa agak kecewa dengan segelintir kumpulan yang dilihat lari daripada punchline.

"Saya begitu kecewa dengan persembahan beberapa kumpulan yang begitu cemerlang minggu lalu namun minggu ini mereka gagal untuk lakukan lawak yang bagus.

"Sebagai contoh, kumpulan Wala yang begitu yakin minggu pertama tapi jatuh pada persembahan kali ini," katanya.

Beliau bagaimanapun gembira apabila tiada penyingkiran untuk minggu ini dan tiga kumpulan tercorot Wala, Comey dan Samurai, dapat meneruskan persembahan pada minggu ketiga.

Dalam pada itu, Jalaluddin turut mengulas mengenai sikap juri yang agak 'kedekut' dalam memberi bintang kepada peserta berbanding musim lalu.

"Saya nasihatkan agar peserta tidak terlalu mengejar bintang. Saya juga ada alasan tersendiri yang mana hanya empat bintang paling tinggi yang akan diberikan untuk persembahan terbaik.

"Kami mahukan mereka lebih kreatif dalam persembahan dan enjoy dengan apa yang mereka lakukan," katanya.

Minggu depan turut menyaksikan kumpulan Ekzos, Zero, Shake, Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Jalor dan Syj berentap untuk terus mara. SINAR HARIAN

Kota purba ditemui ‘terkubur’ di laut Mesir

PEN TEKAN BLOG -> Sebelum ini ramai menyangka bahawa kota purba, Thonis-Heracleion hanyalah sebuah kota lagenda.

Namun penemuan ke atas kota tersebut pada tahun 2000 sekaligus menyangkal dakwaan pelbagai pihak, menjadikan kota yang selama ini dikatakan mitos, sebenarnya wujud di bumi ini!

Kota purba ini dikatakan lenyap di sekitar kawasan Mediterranean sekitar 1,200 tahun dahulu.

Menurut laporan yang dipetik menerusi portal Mirror.co.uk, ciri-ciri yang terdapat pada sejarah, ukiran dan binaan yang terdapat di kota tersebut hampir menyerupai kota purba Atlantis.

Sekumpulan penyelidik yang merupakan ahli arkeologi berkata, penemuan tersebut bermula di bahagian utara pantai Mesir.

Kata seorang penyelidik, Franck Goddio, kumpulannya mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama itu yang berada jauh di dasar laut.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

"Setakat ini, pihak kami telah menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota tersebut.

"Pihak kami menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki," katanya.

Selain itu, pihaknya melaporkan turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir Purba di tapak penemuan kota tersebut.

Berdasarkan teori awal penyelidik, kota tersebut dikatakan 'tergelincir' ke dasar laut 1,000 tahun selepas ia dibina pada abad kelapan sebelum Masihi.

Sebelum kota Thonis-Heracleion hilang, ia dikatakan dibina di sekitar muara Sungai Nil.

"Andaian itu dibuat berdasarkan patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut.

"Patung tersebut juga merupakan antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami," jelasnya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Antara teori lain yang turut dikemukakan termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam yang menimpa, menyebabkan kota tersebut 'terkubur' ribuan tahun lamanya.

SINAR HARIAN

Selasa, 25 November 2014

[AGAMA] Masya Allah, bayi lahir dari rahim ibu meninggal dunia di Gaza

PEN TEKAN BLOG -> Ketika doktor menarik dengan lembut seorang bayi kecil dari rahim ibunya di sebuah bilik pembedahan, ibu bayi tersebut telah meninggal satu jam yang lalu. Ibu perempuan tersebut berusia 23 tahun bernama Shayma Al-Sheikh Qanan sedang hamil lapan bulan ketika kereta kebal penjajah zionis 'Israel' menembak rumahnya di pusat Bandar Gaza. Rumah Shayma hancur dan Shayma cedera parah. Suami Shayma, seorang wartawan radio tempatan juga cedera parah dalam serangan tersebut.

"Jenazah Shayma dibawa ke hospital setelah serangan 'Israel' pada awal pagi Jumaat," kata Doktor Fadi Al-Kharti bertugas di hospital Deir Al-Balah. "Kami cuba menyelamatkan nyawanya, tetapi dia meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital," kata Doktor Al-Kharti.

Usaha menyelamat nyawa Shayma semakin sukar kerana dia telah terperangkap di bawah runtuhan rumahnya selama satu jam.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

"Kami menyedari terdapat gerakan di perutnya dan menganggarkan bahawa dia hamil 36 minggu," kata Doktor yang melakukan operasi caesar kecemasan untuk menyelamatkan sang bayi. Bayi yang lahir kemudian diberi nama Shayma juga untuk mengenang ibunya.

Menurut ketua unit bersalin hospital Deir Al-Balah, Doktor Abdel Karim Al-bawab, "Bayi ini dalam keadaan tidak stabil dan perlu dibantu dengan mesin pernafasan kerana dia kekurangan oksigen sewaktu ibunya meninggal. Telah menunjukkan tanda-tanda positif, akan tetapi bayi ini masih perlu tinggal di wad sekurang-kurangnya untuk tiga minggu lagi."

Ibu kepada Shayma Qanan, menangis dan berkata, "Apa salah anakku sehingga dia harus diserang tanpa amaran? Dia berada di bawah runtuhan rumahnya selama satu jam sebelum berjaya ditemui. Dia hanya seorang isteri yang baru berkahwin setahun dan sangat menantikan kelahiran anaknya. Akan tetapi, Allah telah melindungi bayi ini. Anakku Shayma meninggal dunia, namun cucuku selamat."

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com|Ma'an News|Sahabat Al-Aqsa/Islampos

Ahad, 23 November 2014

Kisah Pulau Menyerupai 'Kapal Perang' Di Jepun

PEN TEKAN BLOG-> PULAU HASHIMA - JEPUN. Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun.

Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

Ditemui pada tahun 1887, pulau yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation.

Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun 1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.

Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut.

Selain itu, kemudahan lain seperti pusat perubatan, bar, panggung wayang dan restoran turut dibina.

PEN TEKAN BLOG ->http://pentekan.blogspot.com

Ia menjadikan pulau tersebut sebagai petempatan yang mencatatkan jumlah penduduk paling padat di dunia dengan nisbah 835 orang dalam satu kilometer persegi.

Sebaik berakhirnya Perang Dunia Kedua, kemudahan di pulau tersebut ditambah baik dengan adanya kemudahan kabel, radio dan sebagainya.

Selain itu, penanaman taman-taman dan tanaman sayuran mula diwujudkan di atas bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut.

Namun pada tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak, menyebabkan lombong di Pulau Hashima ditutup dan penduduk akhirnya mula meninggalkan pulau tersebut.

Kegemilangan pulau mewah ini surut perlahan-lahan. Pulau Hashima dibiar tanpa berpenghuni dan segala-galanya ditinggal sepi begitu sahaja.

Bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut mulai reput, buruk, runtuh dan rosak manakala tumbuh-tumbahan mulai menjalar liar.

Pulau tersebut masih menerima kunjungan daripada pelawat yang mahu menyaksikan sendiri tinggalan bangunan dan runtuhan di sana.

Sehingga kini tiada rancangan dibuat untuk membangunkan semula pulau tersebut.

Sabtu, 22 November 2014

[BERITA] Hapus subsidi bahan bakar secara berperingkat

PEN TEKAN BLOG ->Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, subsidi petrol RON95 dan diesel tidak seharusnya dihapuskan serta-merta tetapi dilakukan secara beransur-ansur supaya tidak membebankan rakyat.

"Secara umumnya saya bersetuju dengan pengurangan subsidi namun itu hanya pendapat saya sahaja, bagaimanapun penghapusan (subsidi) perlu mengambil masa, apa pun yang kita buat perlu langkah demi langkah," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek semalam mengenai penetapan harga runcit untuk kedua-dua jenis bahan bakar tersebut mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini.

PEN TEKAN BLOG-> http://pentekan.blogspot.com

Mulai tarikh itu, subsidi bagi petrol RON95 serta diesel akan dihapuskan memandangkan harga kedua-dua bahan bakar tersebut di pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Terdahulu, Dr Mahathir dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Strategik oleh Universiti MAHSA yang disampaikan Canselornya Tun Zaki Tun Azmi sempena majlis konvensyen ke-11 universiti itu.

Seramai 1,250 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam bidang masing-masing pada majlis tersebut. - Bernama

Jumaat, 21 November 2014

Ada Apa Dengan Nokia N79

PEN TEKAN BLOG -> Wow.. Apa yang menarik dengan handphone nokia N79 tu? Tentu korang Pernah dengarkan atau tengok handphone nokia N79.

Ya.. Nokia N79 adalah salah satu handphone jenis smartphone keluaran nokia yang pernah menjadi kegilaan pencinta smartphone satu ketika dulu. Satu ketika dulu nokia pernah menopoli pasaran dunia mengatasi samsung dan aple. Rata-rata hampir setiap orang memiliki nokia. Maka dengan itu nokia telah mengeluar handphone bercirikan smartphone N79.

N79 adalah smartphone tercanggih pernah dikeluarkan oleh nokia mengatasi smartphone yang lain pada satu ketika dulu. Apa yang menarik tentang nokia N79 antaranya ialah:-

-> Handphone jenis smartphone dengan OS symbian 3rd edition.

-> Memori external sehingga 8gb dengan kad memori jenis mini SD.

-> Kamera 5 MP auto fokus dengan LED flash.

-> Perakam video HD MP4

-> Wlan boleh melayari internet di tempat yang mempunyai wifi.

-> Mempunyai 3g boleh membuat panggilan video dan melayari internet berkalajuan tinggi (HDPA).

->Dan banyak lagi keistimewaan N79.

Namun nokia mengeluarkan N79 secara limited. Tidak banyak dipasaran. Pada masa itu juga N79 menjadi pesaingan kepada smartphone nokia yang lain termasuk N95.

Namun pada hari ini smartphone os symbian telah jauh ketinggalan belakang. Pada hari ini juga os android dan aple telah menopoli pasaran dunia. Banyak model smartphone android berada di pasaran dunia. Apa yang kita tahu pada masa ini samsung menguasai pasaran dunia dan diikuti sony dan iphone.


APA YANG MENARIK DENGAN N79 KE ATAS PEN TEKAN BLOG

Blog ini sangat bersangkut paut. Ini kerana dengan N79 inilah terdaftarnya PEN TEKAN BLOG. Saya mendaftar blog ini dengan menggunakan nokia N79. Mesti ada orang yang tidak percaya bahawa telah terdaftarnya Blog ini di alam maya hanya dengan N79. Malah posting ini juga telah di tulis dengan nokia N79.

Untuk mendaftar blog ini saya menggunakan perisian opera mobile. Bukan opera mini. Blog tidak boleh di daftar dengan menggunakan opera mini. Kerana opera mini tidak dapat membaca javascript. Dengan opera mobile dapat mendaftar kerana dia telah diinstall plugin javascript. Maka dengan itu terdaftarlah blog PEN TEKAN BLOG.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

Mesti ramai yang tertanya:-
->kenapa guna handphone nokia.
->Kenapa tak guna jer komputer atau paling kurang pun guna tab.
->Kenapa nak susah-susah guna handphone. Guna komputer kan senang.

Mungkin itu adalah soalan yang berlegar di kepala diantara pelawat blog ini. Soalan ini ada senang dan juga ada susah nak jawab.

Jawapan.
Sebenarnya dulu saya mempunyai sebuah komputer. Selalu melayari internet cari info-info menarik. Sejak itu saya baru mengetahui internet bukan saja untuk laman web jenis aplikasi ataupun jenis berita. Rupanya terdapat juga jenis blog. Sejak itu saya selalu mengikuti blog- blog yang terdapat di internet.

Namun pada suatu hari nasib tak menyebelahi saya kerana petir telah menyambar komputer saya. Habis hangus komputer saya. Saya tidak sempat untuk off soket komputer. Punah harapan. Huhuhu

Sejak komputer hangus disambar petir. Saya mengguna smartphone android untuk melayari internet. Namun malang juga smartphone itu pun juga hancur berkecai kerana dipijak oleh anak saya Mohamad Rayyan Badrisha yang berumur 3 tahun.

Berkecai hati sama seperti berkecai smartphone. Smartphone dah tak boleh dibaiki lagi kerosakan yang amat kritikel. Kalau dibaiki pun mungkin tak berbaloi dengan harga baiki. Sayang seribu kali sayang.

Nasib baik saya masih memiliki nokia n79. Masih boleh buat panggilan dan hantar sms.

Soalan-> Kenapa tak beli jer yang baru.

Jawapan -> Saya bukan lah orang yang berada yang mampu membeli apa sahaja yang di inginkan. Saya hanya orang biasa yang berpendapatan kecil. Sedang menyara dua orang anak yang masih kecil. Dengan berpendapatan kecil itulah yang menyambung nyawa kami untuk meneruskan hidup.

Saya juga tidak mempunyai harta-harta. Malah set sofa juga tiada di rumah saya. Saya tidak mampu untuk membelinya. Apatah lagi untuk membeli smart phone canggih. Cuma tinggal nokia n79 yang dibeli pada 6 tahun dulu untuk menghubung dengan dunia yang jauh.

Walaupun dengan n79 saya cuba berinteraksi dengan dunia maya. Dunia tanpa sempadan. Maka terciptalah PEN TEKAN BLOG.

Sekian

p/s : Biar kita miskin harta tapi jangan kita miskin adab daripada kaya harta tapi miskin adab. Hidup mesti diteruskan. Gunalah teknologi yang kita mampu. Jangan guna teknologi melebihi kemampuan kerana ia akan merosakan segalanya.

Khamis, 20 November 2014

4 Permintaan Rasulullah SAW pada Siti Aisyah sebelum tidur

~ Empat Amalan Sebelum Tidur ~

Rasulullah SAW berpesan kepada siti Aisyah ra.

" Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah "

Bertanya siti Aisyah :
"Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "

PEN TEKAN BLOG ->http://pentekan.blogspot.com

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. "Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat "

3. "Beristighfarlah" untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

4. Dan perbanyaklah "bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir" maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

( Tafsir Haqqi)

http://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/05/30/4-permintaan-rasulullah-saw-pada-siti-aisyah-sebelum-tidur/

Rabu, 19 November 2014

Enam Kilang Membuat Roti Kotor

PEN TEKAN BLOG -> Penggemar roti di Pulau Pinang mungkin akan hilang selera jika mereka tahu dapur dan peralatan membuat makanan itu di beberapa kilang di negeri, teramat kotor.

Ini kerana, daripada 26 kilang roti yang diperiksa, enam daripadanya diarah tutup selama 14 hari kerana kotor dan tidak menepati tahap kebersihan ditetapkan.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, daripada enam kilang roti yang diarah tutup itu, dua daripadanya terdapat najis tikus iaitu masing-masing di daerah Timur Laut (TL) dan Seberang Perai Utara (SPU).

"Pemeriksaan dilakukan semalam (kelmarin) meliputi kesemua daerah di negeri ini iaitu dua di TL, lapan di Barat Daya (BD), empat di SPU dan masing-masing enam di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

"Daripada jumlah itu, sebuah kilang di TL yang terletak di Datuk Keramat diarah tutup, masing-masing dua di SPU dan SPS serta satu di SPT, manakala tiada premis diarah tutup di BD. Selain itu, sebanyak 13 notis dikeluarkan sepanjang operasi (kelmarin)," katanya, semalam.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

Menurutnya, jumlah kompaun yang dikeluarkan pihaknya RM32,500, manakala Majlis Perbandaran Pulau Pinang (RM920) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (RM650).

"Sebelum ini, kita sudah beri notis bertulis kepada pemilik kilang roti berkenaan pada penghujung tahun lepas namun nampaknya, tiada tindakan susulan dibuat untuk memastikan premis mereka bersih. Saya juga dapati, pembersihan di premis berkenaan dibuat tidak konsisten menyebabkan premis mereka terutama di bahagian dapur sangat kotor.

"Antara kesalahan yang kita dapati di premis yang diarah tutup adalah terdapat najis tikus, makanan dihurung lalat, peralatan memasak kotor, peti sejuk yang menyimpan makanan berkulat dan kotor, roti yang sudah siap diletakkan di atas lantai berdekatan dengan tong sampah dan penyapu serta tepung yang sudah diuli diletakkan di atas kotak tanpa pelapik khas," katanya.

Ku Nafishah berkata, selain itu, ada juga premis menggaji pekerja yang tidak memakai pakaian ditetapkan.

"Antaranya tidak menutup kepala, tidak memakai apron dan memakai aksesori ketika menguli tepung. Kita turut temui segumpal rambut di dalam minyak yang digunakan untuk menguli tepung sebelum dijadikan roti.

"Mesin menguli tepung juga didapati sudah berkarat dan tidak diselenggara dengan baik," katanya.

Selasa, 18 November 2014

[HIBURAN] Isteri Eizlan Yusof fail pengesahan lafaz cerai

PEN TEKAN BLOG -> Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.

PEN TEKAN BLOG > http://pentekan.blogspot.com

Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi.

Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.

[MISTERI] Potret Monalisa Yang Terus Menjadi Misteri

PEN TEKAN BLOG -> Siapa yang tidak kenal dengan potret/lukisan Monalisa. Lukisan yang sangat terkenal. Nak dijadikan cerita, potret Monalisa ini merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini.

Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu. Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Misteri Potret Monalisa
Identiti Monalisa itu sendiri.
Riak wajah Monalisa.
Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

Teori Mengenai Monalisa
Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!

Dr. Lillian Schwartz of Bell Labs suggests that Leonardo painted himself, and was able to support her theory by analyzing the facial features of Leonardo's face and that of the famous painting, She digitized both the self-portrait of the artist and the Mona Lisa. She flipped the self portrait and merged the two images together using a computer. She noticed the features of the face aligned perfectly! [Source]

Fakta Potret Monalisa
Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.
Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 TAHUN SELEPAS KEMATIAN LEONARDO. Selain Monalisa, potret ni dikenali sebagai La Gioconda.
Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Ini disokong oleh nilai norma/etika masa tu, iaitu Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

Isnin, 17 November 2014

[LAWAK] Pengaruh Bahasa Jepun Di Dalam Bahasa Melayu

Istilah cacamarba Melayu - Jepun.


Suka pemarah - KEIJI CACIMAKI

Suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

Orang bisu - KIETA TADASORA

Suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

Suka layan blues - APO NADIKATO

Suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

Kerap buat kacau - WAKASI HURUHARA

Sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

Kuat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

PEN TEKAN BLOG: http://pentekan.blogspot.com

suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

Orang tua - TARAGIGI PADANMUKA

Kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

Suka merempit - SAJA CARIMATI

Lembap sangat - AYUMI CIPUTBABI

Suka campur aduk - HAIK CACAMARBA


sumber: http://cerita-menarik-blog.blogspot.com

Bekas pengurus saman Zizan RM500,000

PEN TEKAN BLOG - BEKAS pengurus Zizan Razak telah mengemukakan saman berjumlah RM500,000 selepas pelawak ini didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya.

Marina Juki selaku plaintif telah memfailkan saman di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 6 November lalu.

Saman tersebut difailkan selepas Marina dari Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan perjanjian bersama Wire Fame masih belum tamat yang mana ia berakhir pada 5 Mei 2015.

PEN TEKAN BLOG: http://pentekan.blogspot.com

Marina selalu plantif menuntut ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh Zizan daripada syarikat pengurusan lain.

Dalam pada itu, Marina juga menuntut faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan. Selain itu, beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan dia masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama plaintif.

Marina turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak tersebut termasuklah kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah.

SINAR HARIAN

Ahad, 16 November 2014

Datuk A Rahman Hassan, Fadilah Mansor bakal kahwin

PEN TEKAN BLOG - Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan dan pelakon, Fadilah Mansor akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Memetik laporan sebuah media, kedua-duanya pasangan itu mula berkenalan ketika bertemu di sebuah majlis anugerah beberapa bulan lalu.

"Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini, kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.

PEN TEKAN BLOG: http://pentekan.blogspot.com

"Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti," ujar Fadilah yang enggan mengulas lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka kerana menghormati permintaan bakal suaminya.

Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London.

Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.

sinar harian

Khamis, 13 November 2014

Bila Datuk Siti Nurhaliza membaca berita

PEN TEKAN BLOG - Bakatnya tidak sekadar terserlah di pentas hiburan, malah kini dikembangkan pula sebagai pembaca berita.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza hari ini memulakan `tugas' menyampaikan berita jam 12 di Astro AWANI.

Siti, yang bergandingan dengan Rizal Zulkapli yang juga seorang produser di stesen berita ini, nampak tidak kekok malah bersahaja ketika menyajikan kandungan berita AWANI untuk hari ini biarpun ini merupakan kali pertama beliau di pentas yang sama sekali berbeza.

PEN TEKAN BLOG : http://pentekan.blogspot.com

Penampilan Siti di Bilik Berita Astro AWANI hari ini sebenarnya sebagai jemputan khas dalam segmen Agenda AWANI.

Siti hadir bagi memperkatakan mengenai pencalonannya di Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) di Agenda AWANI yang bakal ke udara Sabtu ini pada 8.30 malam.

Di kesempatan itu juga, buat julung kalinya, Siti diberi peluang menunjukkan bakat membaca berita untuk buletin tengah hari.

Awani..

Hadis : Menjauhi Tujuh Dosa Besar

PEN TEKAN BLOG - Hadis : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:
"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata:"
Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina."
Riwayat Muslim

Huraian :

1. Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.

PEN TEKAN BLOG: http://pentekan.blogspot.com

ii. Sihir

iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)

iv. Memakan harta anak yatim

v. Memakan riba

vi. Lari dari medan pertempuran

vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

2. Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.

3. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat.

http://dakwah2u.blogspot.com

Rabu, 12 November 2014

'Boleh mak masuk syurga'

PEN TEKAN BLOG - "Bolehkah emak masuk syurga" itulah pertanyaan seorang ibu, Zaiton Mohd Shariff, 59, terhadap anaknya sebelum ini berakhir tragedi selepas maut dalam kemalangan di Kilometer 246.9, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tol Jelapang di sini, semalam.

Zaiton, salah seorang daripada 28 penumpang bas dari Kuala Perlis, maut di tempat kejadian selepas bas yang dinaikinya melanggar belakang treler bermuatan simen kira-kira jam 2 pagi.

Anak sulungnya, Suraya Sulaiman, 40, berkata, dia tidak menyangka pertanyaan itu membawa petanda bahawa ibunya pergi buat selama-lamanya.

"Kami adik beradik terpinga-pinga dengan pertanyaan emak itu dan mula rasa tidak sedap di hati. Sebelum pergi ke Pulau Langkawi, emak pandang kami dengan tenungan yang sayu.

"Namun, kami sekeluarga reda apabila terima panggilan telefon daripada salah seorang anggota polis yang memaklumkan bahawa emak telah meninggal dunia dalam insiden ini," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun
(HRPB).

Sementara itu, kakak mangsa, Normah Mohd Shariff, 54, turut bersedih dengan pemergian adiknya itu yang disifatkan ringan tulang selain bertanggungjawab dalam menjaga ibu mereka, Hawa Jaseh, 84.

"Berbeza dengan trip dia yang lain, kali ini dia beria-ia telefon memesan untuk jaga emak kami di kampung. Itulah pesanan terakhir adik sebelum mengikuti ke Pulau Langkawi bersama dua rakannya.

"Emak kami (Hawa) mengetahui adik telah meninggal dunia, kami tenangkan dia untuk supaya lebih tabah dan bersabar kerana mereka sangat rapat," katanya yang tiba dari Rembau, Negeri Sembilan bersama ahli keluarga lain.

PEN TEKAN BLOG: http://pentekan.blogspot.com

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, Zaiton yang dipercayai duduk bahagian hadapan maut ditempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bas yang menghala ke Putrajaya berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu terbabas melanggar pembahagi besi di tepi jalan sebelum merempuh belakang treler.

"Dalam kejadian itu, dua penumpang turut cedera parah. Mohd Sukairi Wan Mustapha, 39 yang berasal dari Jerantut, Pahang mengalami patah kaki kanan manakala, Mohd Taufiq Osman, 23, yang berasal Alor Setar Kedah, luka di buku lali kaki kanannya.

"Kedua-dua mereka dihantar ke HRPB untuk mendapatkan rawatan kecemasan manakala, penumpang lain dirawat sebagai pesakit luar," katanya.

Wan Sharuddin berkata, pemandu treler, K Krisnan, 47, dan pemandu bas yang berusia 40 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sinar Harian

Selasa, 11 November 2014

Penyanyi 90-an berentap

DEMI mengembalikan kegemilangan muzik era 90-an, Astro memperkenalkan sebuah lagi program realiti, Gegar Vaganza yang menampilkan penyertaan daripada 12 penyanyi tempatan yang pernah mencipta nama di persada seni sekali gus menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu.

Mereka ialah Mamat Exist, Rahmat Mega, Hasnol, Fazli Zainal, Sam Innuendo, Ayai Ilusi, Haleeda, Nadia, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad memberitahu Gegar Vaganza diwujudkan demi memperlihatkan kembali kehebatan vokal dan persembahan barisan artis profesional ini.
"Sudah tiba masanya, kami menyediakan platform seperti ini kepada penyanyi profesional.

"Di samping berhibur, mereka juga boleh menggunakan platform ini bagi meningkatkan daya keyakinan, kesungguhan serta keazaman," katanya kepada Zass ketika ditemui pada pelancaran program itu, baru-baru ini.

Tidak seperti program realiti lain, Gegar Vaganza tidak mengamalkan sistem undian melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada juri tetap dalam menentukan keputusan.

"Juri tetap yang terlibat ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim.

PEN TEKAN BLOG: http://pentekan.blogspot.com

"Selain itu, program ini turut membawa tiga juri jemputan iaitu Mamat Khalid, Salih Yaacob dan Nash (Lefthanded)," katanya.

Tidak merendahkan taraf artis

Jelas Raqim, penyertaan barisan artis profesional dalam program realiti ini bukanlah bertujuan merendah-rendahkan kredibiliti.

"Kami mengakui kehebatan mereka tetapi mengenai soal merendahkan taraf artis profesional, perkara itu tidak sepatutnya dibangkitkan kerana program ini tidak langsung melibatkan undian SMS.

"Dua juri tetap pula terdiri daripada mereka yang juga profesional dalam bidang muzik dan akan menilai persembahan peserta mengikut format dan kriteria yang ditetapkan," katanya.
Katanya lagi, pemilihan penyanyi-penyanyi ini berdasarkan kemampuan mereka masih hebat dalam persembahan nyanyian.

"Kami perlu mengikut masa mereka yang kebanyakannya ada kerjaya masing-masing.

"Jangan terkejut apabila menyaksikan program ini kerana mereka masih lagi menyengat," ujarnya.

Juara Gegar Vaganza membawa pulang wang tunai RM100,000 dan naib juara menerima RM30,000, manakala tempat ketiga dan keempat menerima RM15,000 dan RM5,000.

Gegar Vaganza akan bersiaran 16 November ini setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Program ini dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

SINAR HARIAN

Rahsia kejayaan Ac Mizal

PEN TEKAN BLOG - SESUAI dengan jolokan 'Mr. Worldwide' yang diberikan kepadanya, penghibur versatil ini ternyata memiliki kelasnya yang tersendiri.

Bagi memastikan tugasannya dapat disempurnakan dengan baik, Datuk Ac Mizal mengakui dirinya seorang yang sangat teliti terhadap semua aspek.

Bagaimanapun, Ac menafikan dirinya sentiasa mahukan layanan yang bertaraf VVIP atau kelas A seperti didakwa beberapa pihak.

"Saya tidak seperti itu cuma bila saya buat sesuatu tugasan, saya akan serius dan pastikan terlibat dalam semua aspek. Contohnya, kalau saya diberi tugasan sebagai pengacara, saya mahu terlibat sama dengan kandungan setiap program supaya semuanya dapat berjalan dengan baik.

"Saya tidak pernah meminta layanan yang istimewa seperti yang dikatakan. Sebelum ini saya pernah susah mendapatkan tawaran mengacara, jadi bila sudah ada peluang, saya mahu kendalikannya sebaik mungkin," katanya.

Bagaimanapun pengacara Maharaja Lawak ini tidak menolak kemungkinan sikap tegasnya dalam bekerja membuatkan beberapa pihak tidak selesa dengannya sehingga timbul cerita kurang enak ini.

"Saya bukan penghibur semata-mata, saya juga seorang usahawan jadi mungkin pemikiran saya berbeza daripada pihak yang terlibat dengan produksi.

"Kita perlu fikir apa kemungkinan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, tambahan pula saya sebagai pengacara yang perlu berhadapan dengan situasi itu. Jadi tidak salah kalau saya teliti dengan perkara seperti ini kerana ia juga beri kebaikan untuk sesuatu tugasan.

PEN TEKAN BLOG: http://pentekan.blogspot.com

"Isu mahukan layanan istimewa itu memang tidak pernah timbul dan saya masih sama seperti selebriti yang lain," tegasnya.

Impian jadi kenyataan

Semakin agresif menjalani karier nyanyiannya, figura 42 tahun ini gigih mencapai hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi rap antarabangsa, Pitbull menerusi projek terbaharunya bersama syarikat rakaman Sony Music Entertainment Sdn Bhd.

Bagi merealisasikan projek itu, Ac perlu memenuhi syarat mendapatkan jumlah catatan muat turun sebanyak satu juta.

"Sekarang ini kami dalam usaha untuk penuhi syarat itu dengan mempromosikan single terbaru saya 'Paranoid' hasil kolaborasi bersama Luna Maya. InsyaAllah, saya yakin ia akan membuahkan hasil.

"Lagi pun saya diberitahu pihak Sony bahawa Pitbull sendiri menyambut baik hasrat saya untuk berkolaborasi dengannya.

"Selepas 22 tahun berada dalam industri mungkin inilah peluang yang terbaik pernah saya dapat dan kalau ada rezeki harap semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang," ujarnya teruja.

Pada masa yang sama, Ac memberitahu Paranoid akan dipromosikan ke Indonesia pada penghujung November ini.

Selain terlibat dengan bidang perniagaan dan karier seni, Ac dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida juga diberi kepercayaan dilantik sebagai duta produk L'rose keluaran syarikat RMZ Health & Beauty Products Marketing.

"Produk ini baru sahaja dilancarkan sejak Julai lalu dan mengapa kami bersetuju untuk menjadi dutanya kerana ia benar-benar berkesan.

"Kami telah mencuba produk ini sejak dua bulan lalu dan saya sendiri berjaya menurunkan 12 kilogram dan sekarang berat ideal saya 83 kilogram," katanya.

SINAR HARIAN

Ahad, 9 November 2014

Erin Malek minta isu foto di kelab malam tidak diperbesar

PEN TEKAN BLOG: Aktres jelita Erin Malek meminta agar orang ramai supaya tidak lagi memperbesar-besarkan isu fotonya di sebuah kelab malam yang tersebar beberapa hari sebelum perkahwinannya kerana foto tersebut sudah lama dan tidak perlu untuk diungkit semula.

"Benda itu sudah berlalu dan saya tidak mahu komen panjang. Yang penting, suami, keluarga mertua termasuklah keluarga saya sendiri tahu mengenai perkara tersebut," katanya kepada mStar.

PEN TEKAN BLOG: http://pentekan.blogspot.com

Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek berharap selepas memberi kenyataannya ini, dia berharap isu tersebut akan selesai.

Dalam pada itu, aktres berusia 20 tahun itu yang baru sahaja pulang dari berbulan madu di Amerika Syarikat akan ke Singapura hari ini (Khamis) bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya "Misi Tawan Baby" yang akan ditayangkan di Malaysia bermula 13 November ini.

Erin dan Farriz Fauzy telah sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu.

[Sumber foto: estarz]
yahoo.com

Sabtu, 8 November 2014

Warga emas ditemui maut berpaut di akar pokok

PEN TEKAN BLOG: REMBAU - Seorang warga emas yang hilang sejak tengah hari kelmarin ditemui maut berpaut di akar pokok di sungai Nerasau, dekat sini, kira-kira satu kilometer dari lokasi pencariannya oleh pasukan penyelamat, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, mangsa yang merupakan pesara Jabatan Bekalan Air (JBA), Mahat Yassin, 77, yang berasal di Kampung Tengah Penajis, dekat sini, ditemui penduduk kampung yang turut sama menyertai operasi mencari bersama bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), dan polis.

Menurut Mohd Azrul Hisham, 20, sejak dari pagi, dia bersama ayahnya, Rosnata Zohur, 45, turut sama dalam operasi mencari mangsa setelah usaha mengesan mangsa sejak semalam oleh penduduk kampung hanya menemukan motosikal milik menantu mangsa jenis Honda EX5 dan juga kasut boot berwarna hitam.

PEN TEKAN BLOG: http://pentekan.blogspot.com

"Jadi, kami dan kawan ayah serta saya mencari sejak dari pagi dan terkejut apabila berjaya menemui mangsa sedang berpaut di akar pokok di tepi sungai dalam keadaan tertiarap. Pada masa itu, kami segera memaklumkan kepada bomba yang berada tidak jauh dari lokasi kami menjumpai mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, operasi menyelamat dimulakan sejak dari pagi dan dalam masa dua jam, pasukan penyelamat berjaya menemukan mangsa.

Menurutnya, operasi menyelamat yang diketuai Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif dan bermula di Jambatan Kampung Nerasau Kota sehingga ke Empangan Sungai Sawah Raja iaitu kira-kira 12 kilometer dari lokasi operasi.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.

Pasukan JPAM Tampin juga turut serta dalam operasi berkenaan bersama polis

sinar harian

Khamis, 6 November 2014

Gigi Ronggak Trend Popular Remaja Afrika

Gigi Ronggak Trend Popular Remaja Afrika | Gigi ronggak di depan biasanya membuat orang malu dan ingin menutupinya dengan menggunakan gigi palsu . Berbeza dengan di Cape Town dan beberapa kawasan lain di Afrika Selatan , gigi ronggak menjadi trend . Meski sudah sangat jarang , trend fashion itu sudah berlaku lama sekitar 60 tahun.

Kedengarannya memang aneh , tapi pemuda di Afrika Selatan ingin menimbulkan gangster dan sukan senyum dengan gigi ronggak selepas gigi depannya dicabut . Lelaki berusia 21 tahun , Yazeed Adams , berkata , trend gigi ronggak ini dikenali dengan Cape Flats Smile . " Ini fesyen , semua orang memilikinya , " ujar Adams seperti dikutip Oddity Central.

PEN TEKAN BLOG: http://pentekan.blogspot.com

Dan trend di Cape Town sekarang banyak dilakukan remaja , paling sering dari keluarga miskin . Trend gigi ronggak itu tidak terlalu bagus kerana ada celah yang lebar yang seharusnya ditumbuhi gigi . Makan menjadi cubaan yang mengerikan dan saat ada acara rasmi yang meminta senyum lebar malah menjadi perhatian.

sumber

Fazura, artis pertama Malaysia tampil dalam siri televisyen saluran hiburan antarabangsa, E!

PEN TEKAN BLOG: Bintang popular Malaysia, Fazura mencatat sejarah apabila menjadi selebriti Malaysia pertama yang akan memiliki siri televisyen pertama di saluran hiburan antarabangsa, E!.

Dokudrama yang berjudul 'Facing Up To Fazura' akan memaparkan secara mendalam dan spontan kepada penonton kisah kehidupan bintang tersebut yang sering dianggap penuh kontroversi di hadapan mahupun disebalik layar televisyen.

Diarah dan diterbitkan oleh Matchbox Asia, 'Facing Up To Fazura' akan mula diproduksikan tidak lama lagi dan dijangka akan bersiaran pada Disember ini.

Karen Wiggins yang juga merupakan penerbit 'It takes Gutz to be a Gutierrez', siri televisyen tempatan E! yang pertama di Filipina sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk menjadi penerbit bagi rancangan ini.

'Facing Up To Fazura' akan menampilkan lima bahagian dan setiap bahagian akan disiarkan selama 30 minit.

PEN TEKAN BLOG: http//pentekan.blogspot.com

Menurut Christine Fellowes, Pengarah Urusan Universal Networks International Asia-Pasifik, rancangan ini sesuai dengan E! kerana kejayaan saluran tersebut didorong oleh akses eksklusif daripada para selebriti.

"E! menggabungkan yang terbaik dari Hollywood dan dengan munculnya bintang-bintang baru Asia dan kami sangat gembira untuk memberikan komitmen kami kepada industri dunia hiburan tempatan dan sekaligus mengangkat Fazura ini ke pentas antarabangsa."

"Kejayaan E! didorong oleh akses-akses ekskusif daripada para selebriti dan 'Facing Up To Fazura' adalah sempurna untuk saluran kami," kata Fellowes memetik laporan portal hiburan antarabangsa, Variety.com

Sebelum inii, saluran hiburan popular tersebut telah menerbitkan rancangan khas dan istimewa yang menampilkan bintang-bintang besar Malaysia termasuk Lisa Surihani dan Aaron Aziz.

Saluran E! akan menyiarkan sebuah rancangan istimewa yang bakal menampilkan penyanyi popular masa kini, Yuna telah disiarkan pada 25 November 2014 .

Awani

Gaya Hidup Mewah Punca Anak Muda Muflis

Gaya Hidup Mewah Punca Anak Muda Muflis: Sesiapa pun akan tersentak apabila membaca laporan berhubung tunggakan kad kredit rakyat Malaysia sehingga Disember 2006 yang mencecah RM20 bilion ekoran gaya hidup gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kes muflis membabitkan anak muda akibat tabiat berbelanja menggunakan kad kredit melebihi kemampuan. Sikap rakyat Malaysia suka berhutang bukan sesuatu yang baru dan menghairankan. Saya tidak mahu pergi jauh dalam memperkatakan sikap suka berhutang cukup sekadar melihat senario mengapa orang suka berhutang dan implikasinya di depan mata.

Kita ambil contoh mudah dengan melihat senario graduan baru bekerja. Dengan usaha, pengetahuan dan tuah badan, kita andaikan graduan itu mendapat gaji RM2,000 sebulan (tidak termasuk graduan mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan iaitu RM800 hingga RM1,200). Dengan gaji RM2,000, bermulalah kerjaya graduan sebagai eksekutif muda di bandar atau di kawasan pinggir bandar. Dengan semangat berkobar-kobar berserta iringan doa dan kata perangsang ibu bapa, bekerjalah eksekutif muda dengan azam membangunkan diri, membantu ibu bapa dan keluarga yang banyak berkorban.Tetapi selepas mengharungi hidup sebagai eksekutif muda dan terdedah dengan persekitaran kerja yang mencabar mental dan fizikal, perubahan demi perubahan positif dan negatif banyak mengubah hidup eksekutif muda sehingga perubahan itu menjerat diri dan kehidupan mereka sebagai individu, pekerja dan sebagai anak dalam keluarga iaitu hutang.

Bagaimana eksekutif muda ini boleh terdedah dengan hutang dan akhirnya hidup dikelilingi hutang? Marilah kita bersama-sama melihat situasi ini dengan lebih khusus dan telus (berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan):

Gaji: RM2,000 sebulan

Perbelanjaan:

- Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan)

- Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya)

- Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain)

- Makan dan minum RM500
Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi)

- Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai)

- Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik)

- Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit)

- Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak)

- Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji)

Ini tidak termasuk dengan perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini 'sengaja buat lupa' tetapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Katakan eksekutif yang 'memaksa diri' bayar pinjaman secara minimum RM100, jadi berapa gaji bulanan mereka yang tinggal? Pendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas RM2,750. Bermakna eksekutif muda itu berhutang RM750 sebulan. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan? Sudah tentu hutangnya lebih banyak.

Pen Tekan Blog: http://pentekan.blogspot.com

Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan iaitu RM750. Ini andaian bagi gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Cuba bayangkan jika eksekutif itu mengamalkan gaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapa agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga.
Lebih menyedihkan, anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup. Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap 'muka subsidi' akan menjadikan kad kredit sebagai 'abang long' mereka. Dengan pelbagai promosi yang menonjolkan gaya dan aura kad kredit sebagai satu gaya hidup bagi eksekutif muda masa kini, maka terpesonalah eksekutif yang sering putus wang untuk menggunakan kad kredit sebagai sumber kewangan alternatif mereka. Tanpa mereka sedari atau sengaja tidak sedar diri, kad kredit itulah yang menjadikan mereka terus berhutang dan akhirnya hutang melilit pinggang. Mengapa eksekutif muda ini berhutang? Persoalan ini bukannya susah untuk difahami tetapi tidak mudah dicari penyelesaiannya. Jawapannya terletak kepada 5 P:

Personaliti

Peribadi dan sikap seseorang yang sememangnya suka berhutang kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada dirinya melihat ibu bapa, adik-beradik dan saudara-maranya yang memang suka berhutang untuk memenuhi kehendak dan keperluan diri. Ibu dan kakaknya suka berhutang beli perabot, hutang kain, hutang pinggan mangkuk, hutang langsir sehinggalah beli alat solek pun dengan cara berhutang. Jadi budaya berbelanja melebihi pendapatan dan berhutang sudah jadi amalan biasa pada dirinya, malah mendapat sokongan padu daripada keluarga.

Pengaruh persekitaran

Hidup mereka sentiasa dikelilingi mereka yang menjadikan hutang sebagai gaya hidup malah rakan turut memberi galakan berhutang bagi membeli kereta yang kononnya setaraf dengan kerjaya sebagai eksekutif.

Promosi

Institusi kewangan dan yang berkaitan dengan kad kredit memang mensasarkan golongan muda dan bekerjaya sebagai pelanggan berpotensi dengan membuat promosi besar-besaran dan habis-habisan untuk menarik eksekutif muda ini menggunakan kad kredit. Pelbagai iklan dan mesej yang digunakan untuk 'memaksa' eksekutif ini menggunakan kad kredit. Kehadiran jurujual yang tidak pernah penat 'senyum dan ketuk pintu pejabat' memang menjadikan taktik promosi ini sebagai strategi menarik golongan muda menggunakan kad kredit.

Pujian dan perasan

Sebagai eksekutif muda, banyak pujian dan dorongan agar mereka terus kelihatan anggun, cantik dan bergaya selaras dengan umur muda dan kerjaya mereka. Disebabkan terlena dan perasan dengan pujian itu, maka berlumba-lumba eksekutif muda wanita dan lelaki membeli barang berjenama yang bukan murah harganya, falsafah mereka 'biar papa asal bergaya' menjadikan mereka akhirnya papa dan merana kerana muflis. Siapa yang perlu dipersalahkan jika keadaan ini berlaku? Tepuk dada tanya selera!

Tidak cukup duit

Selalu pokai atau tidak cukup duit kerana gaya hidup mewah menjadi fokus utama mengapa golongan muda banyak berhutang. Tidak salah memilih apa juga gaya hidup yang anda kehendaki, tetapi ukurlah baju di badan sendiri, jalan mana yang hendak anda lalui, jalan menuju kebahagiaan atau kesengsaraan. Tekanan fizikal dan mental seperti sukar tidur malam, keresahan, gangguan fikiran, panas badan, pening kepala, kekeruhan air muka, kelesuan, kemarahan dan pelbagai simptom fizikal yang akhirnya menjejaskan kreativiti, prestasi dan produktiviti pekerjaan anda yang baru mencipta nama dalam bidang yang ceburi.

Sumber Maklumat: Berita Harian