Ads Top

Disqus Shortname

Isnin, 31 Ogos 2015

Gigi dicabut, mata kucing dikorek





TIDAK lama selepas kisah monyet yang viral akibat parah 'diberi makan' mercun, kini viral pula tentang seekor kucing yang dicungkil matanya.

Melalui sebuah laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, perkongsian mengenai kucing tersebut yang juga dicabut kesemua giginya mendapat perhatian pelayar.

"Allahuakbar... Doakan meow ni ... Dia dah buta orang cungkil mata dia... Layak ke manusia itu menjadi manusia.. Semoga mendapat hidayah segera..."

Perkongsian tersebut menyertakan sebuah gambar yang amat menyayat hati, dimana seekor kucing berbulu perang yang berdarah di bahagian kedua mata dan mulut akibat dizalimi.

Walaupun cerita sebenar disebalik foto berkenaan gagal diketahui, hampir 1,000 pelayar meluahkan rasa kecewa dan marah apabila haiwan comel diperlakukan sebegitu kejam.

"Bukan saja mata dicungkil tapi gigi pun habis dicabut..Ya Allah Kau tarik la nyawa kucing tu daripada dia terus terseksa kesakitan begitu dan kami yg melihat turut merasa sakitnya," luah seorang pelayar, Siti Nur Hidayah.

"Tunggu la seksa api neraka di kala mata kau dibakar atau cungkil berulang kali!" demikian luah Jessie Jye.

Seorang pelayar bagaimanapun memberitahu bahawa kejadian yang menimpa kucing malang tersebut berlaku di Taiwan.

"Kalau tak silap saya, hal ni berlaku di Taiwan kah, 2 foreign worker pukul kucing ni sehingga seorang tu ambil kayu pukul itu dua orang sampai mereka lari. Dia mahu hantar kucing ni pergi doktor tapi sebab kucing ni dah parah dan sensitif, bila pegang nanti mengamuk. Dia ambil photo hantar bagi kawan minta sesiapa boleh datang tolong dia bawa kucing ni. Yang ending hal ini masih tidak ada berita," kata pelayar tersebut.

Perkongsian tersebut sudah dikongsi oleh hampir 3,000 pelayar dan disaksikan oleh lebih 4,000 pelayar lain

Ahad, 30 Ogos 2015

Lipas Bersarang Dalam Telinga





Beijing: Doktor di wilayah Guangdong terkejut apabila menemui 26 lipas yang bersarang di dalam telinga seorang lelaki.

Lelaki dikenali sebagai Li, 19, mendapat rawatan selepas terasa gatal dan sakit pada telinga kanannya ketika tidur.

Doktor yang memeriksa telinganya terkejut menemui puluhan serangga kecil di dalamnya dan percaya lipas betina menghuni organ itu sejak beberapa minggu lalu sebelum bertelur di situ.

Dr Yang Jing dari Hospital Chang’an Xiaobian di Dongguan berkata: “Kami melihat objek berbentuk serangga melitupi liang telinganya sepenuhnya lalu mengeluarkan lipas itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui 25 anak lipas.”

Menurutnya, secara keseluruhan doktor mengeluarkan 26 lipas merangkumi ‘ibu’ dengan 25 anak lipas sebesar nyamuk kecil.

Lipas antara serangga paling tahan lasak dan ada spesies mampu hidup beberapa bulan dengan hanya sumber terhad.

Serangga itu gemarkan tempat gelap serta panas, sama seperti liang telinga manusia. - Agensi

Gambar-Gambar Sekitar Bersih 4.0

Ini adalah gambar-gambar sekitar perhimpunan Bersih 4.0. Aku malas nak komen apa-apa pasal perhimpunan ni. So korang nilaikan sendiri. Aku letakkan gambar-gambar perhimpunan Bersih 4.0 ni.


















Sabtu, 29 Ogos 2015

Taman Tema Pelik


PEN TEKAN BLOG  |  Pelukis jalanan terkemuka Britain bakal membuka taman tema digelar ‘bemusement park’ (taman membingungkan) digelar ‘Dismaland’. Artis dikenali sebagai Banksy yang identitinya sehingga kini tidak pernah didedahkan membuka lokasi itu hujung minggu ini dalam usaha menghimpunkan karya pelbagai pencipta seni pelik dunia.

“Saya melarang imej Mickey Mouse di lokasi itu kerana hanya mahu mengetengahkan bakat yang lain daripada yang lain,” katanya.

Antara artis terbabit adalah Jenny Holzer, wanita pertama mewakili Amerika Syarikat (AS) di pameran seni kontemporari Venice Biennale, dan Ed Hall, pesara yang menghabiskan 40 tahun kebelakangan ini menghasilkan kain rentang untuk kesatuan sekerja utama Britain di belakang rumahnya.

Namun, Bansky menegaskan Dismaland bukan sekadar pameran seni jalan.

Di pintu utama, pengunjung melalui pemeriksaan keselamatan di pos kawalan diperbuat daripada kadbod rekaan rakan artis, Bill Barminski sebelum perkara pertama dilihat sebaik memasuki kawasan itu adalah Istana Cinderella yang hangus dijilat api kononnya untuk memaparkan ‘perasaan seorang puteri sejati.’

Lebih bertepatan dengan tema Cinderella, di dalam istana berkenaan dilihat pedati yang terbabas dengan kuda yang terbaring dikelilingi jurugambar ‘merakamkan kejadian.’

Satu lagi pameran menunjukkan pelarian di dalam bot yang boleh dimainkan keliling kolam dan dua gergasi besi menari balet.

Banksy menggambarkan Dismaland sebagai tempat untuk meraikan kesenian dan keseronokan, namun mengakui ramai mungkin pening dengan tema diketengahkan.

“Sebenarnya ini bukan memperlekehkan atau mengejek Disneyland malah melarang sebarang penggunaan imej Mickey Mouse di sini.

Tidak ketinggalan, kenderaan digunakan polis antirusuh di Ireland Utara dilihat separuh tenggelam dalam kolam renang tetapi ‘menembak’ corak menarik.

“Kami memang berhasrat mencambahkan pemikiran dan melanggar sempadan dengan hasil seni di sini. Hasil seni tidak kira dari mana saja dipamerkan asalkan bertepatan dengan tema ‘pelik’ ini, malah karya dari Israel dan Palestin juga ditayangkan bersebelahan,” katanya.

Selain karya lebih 50 artis dari 17 negara, Dismaland turut mempamerkan 10 karya dihasilkan Banksy sendiri yang sudah semestinya sesuai dengan sifatnya yang gemarkan kontroversi dan kepelikan










sumber:hmetro

Selasa, 25 Ogos 2015

Tip Kepada Yang Susah Tidur



Kurang tidur akan menganggu perjalanan rutin keesokan harinya. SHUHADA MANSOR kongsi tip ini untuk kebaikan bersama.

Ada beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu memudahkan tidur pada waktu malam. Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih ‘bertarung’ dengan masalah ini, boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.

Susu coklat

Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf.

Teh pudina

Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.

The Chamomile

Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.

Koko

Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.

Susu hangat

Beralih ke susu hangat jika susah tidur. Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.

Susu kacang badam (almond)

Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Teh halia

Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.

sumber:hmetro


Isnin, 24 Ogos 2015

Perogol, Pembunuh Kejam Di Jel 359 Tahun




Anchorage (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang memperkosa seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan kemudian membunuh kedua-dua moyang mangsa dijatuhi hukuman penjara 359 tahun.

Akhbar Alaska Dispatch News melaporkan, Jerry Active, 26, tetap berkata dia tidak bersalah ketika hakim membacakan hukuman ke atasnya.

Lelaki itu didapati bersalah membunuh Touch Chea, 61, dan isterinya Sorn Sreap, 73, di kediaman mereka di Anchorage pada Mei 2013.

Dia juga merogol Sorn dan cicit pasangan itu dalam satu serangan yang disifatkan pasukan polis Alaska sebagai ‘paling keji dan zalim pernah mereka hadapi sepanjang karier mereka.’

Selain tuduhan membunuh, merogol dan mencabuli kanak-kanak, Active turut dituduh merompak.

Selain itu, polis turut mendakwa lelaki berkenaan menyerang seorang wanita berusia 90 tahun yang meninggal dunia Jun lalu.

Active dibebaskan dari penjara beberapa jam sebelum menyerang keluarga Chea dua tahun lalu.

Dia dibebaskan selepas menjalani sebahagian daripada hukuman penjara tujuh tahun kerana mengaku bersalah merompak sebuah rumah pada 2009.

Bercakap ketika menjatuhkan hukuman itu, Hakim Mahkamah Agung Anchorage Philip Volland berkata kepada Active: “Kekejaman kamu akan meninggalkan parut pada masyarakat di sini. Perbuatan kamu itu terlalu kejam dan tidak boleh diterima akal.” - Agensi

5 Perkara Mesti Guna Duit Suami






5 PERKARA MESTI GUNA DUIT SUAMI.
*Hal ni suami isteri mesti ambil tahu.

Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini

1) makan minum isteri.
duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan…jadi rm250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami )
duit belanja dapur.
2) peralatan mandian
3) ubat ubatan / medical
4) pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5) rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yg bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.

~petikan kuliah Ustaz Fawwaz~

***********************
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.

Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.

Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.

Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?

Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.

Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.

Semoga bermanfaat.

Wallahualam.

sumber: Whatsapp


Ahad, 23 Ogos 2015

Kisah Cinta Nabi Yusuf Dengan Zulaikha


Akibat konsprirasi saudara-saudara nabi Yusuf a.s , di negeri Kanaan , baginda terjual di negeri Mesir.

Maka Allah berfirman :

Maksudnya

Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir) berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan anak. Dan demikianlah caranya kami berikan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu menta’bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf 21)

Ahli-ahli tafsir sepakat mengatakan orang yang membeli Yusuf a.s. adalah al-Aziz seorang pegawai tinggi atau Wazir kerajaan Mesir dan isterinya adalah Zulaikha , yang diharap menjadi ibu angkat kepada Yusuf a.s.

Siapakah Zulaikha ?

Maulana Abdullah Yusuf Ali didalam Terjemahan al Quran memetik tulisan karya sastra Zulaikha dan Yusuf oleh Jami r.h ( 817 H – 898 H ):

Zulaikha adalah seorang puteri raja sebuah kerajaan di barat (Maghrib) negeri Mesir. Beliau seorang puteri yang cantik menarik. Beliau bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia. Zulaikha pun jatuh hati padanya. Kemudian beliau bermimpi lagi bertemu dengannya tetapi tidak tahu namanya. Kali berikutnya beliau bermimpi lagi , lelaki tersebut memperkenalkannya sebagai Wazir kerajaan Mesir.

Kecintaan dan kasih sayang Zulaikha kepada pemuda tersebut terus berputik menjadi rindu dan rawan sehingga beliau menolak semua pinangan putera raja yang lain. Setelah bapanya mengetahui isihati puterinya, bapanya pun mengatur risikan ke negeri Mesir sehingga mengasilkan majlis pernikahan dengan Wazir negri Mesir.

Memandang Wazir tersebut atau al Aziz bagi kali pertama, hancur luluh dan kecewalah hati Zulaikha. Hatinya hampa dan amat terkejut, bukan wajah tersebut yang beliau temui di dalam mimpi dahulu. Bagaimanapun ada suara ghaib berbisik padanya : “ Benar , ini bukan pujaan hati kamu. Tetapi hasrat kamu kepada kekasih kamu yang sebenarnya akan tercapai melaluinya. Janganlah kamu takut kepadanya . Mutiara kehormatan engkau sebagai perawan selamat bersama-sama dengannya”.

Perlu diingat sejarah Mesir menyebut , Wazir diraja Mesir tersebut adalah seorang kasi, yang dikehendaki berkhidmat sepenuh masa kepada baginda raja. Oleh yang demikian Zulaikha terus bertekat untuk terus taat kepada suaminya kerana ia percaya ia selamat bersamnya.

Demikian masa berlalu, sehingga suatu hari al-Aziz membawa pulang Yusuf a.s. yang dibelinya di pasar. Sekali lagi Zulaikha terkejut besar, itulah Yusuf a.s yang dikenalinya didalam mimpi . Tampan, segak, menarik dan menawan.

Betullah sabda nabi yang diriwayatkan oleh Hammad dari Tsabit bin Anas bahawa Rasullah bersabda maksudnya :

Yusuf dan ibunya telah diberi oleh Allah separuh kecantikan dunia.

Kisah Zulaikha dan Yusuf dirakamkan di dalam Al Quran bermula surah Yusuf ayat 21 sehinggalah Yusuf a.s di penjarakan pada ayat 36 surah yang sama, kerana fitnah kononnya Yusuf a.s mengoda Zulaikha , isteri al-Aziz. Bagaimanapun pada ayat 51 surah yang sama Allah berfirman, maksudnya :

Isteri Al Aziz pun berkata: Sekarang ternyatalah kebenaran, akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan sesungguhnya adalah ia dari orang yang benar. ( Yusuf 51 )

Selepas ayat tersebut Al Quran tidak menceritakan kesudahan hubungan Zulaikh dengan Yusuf a.s.

Bagaimanapun Ibn Katsir didalam Tafsir Surah Yusuf memetik :

Muhammad bin Ishak berkata bahawa kedudukan yang diberikan kepada Yusuf a.s oleh raja Mesir adalah kedudukan yang dahulunya dimiliki oleh suami Zulaikha yang telah dipecat. Juga disebut-sebut bahwa Yusuf telah beristrikan Zu­laikha sesudah suaminya meninggal dunia, dan diceritakan bah­wa pada suatu ketika berkatalah Yusuf kepada Zulaikha setelah ia menjadi isterinya,

“Tidakkah keadaan dan hubungan kita se­karang ini lebih baik dari apa yang pernah engkau inginkan?”


Zulaikha menjawab,

“Janganlah engkau menyalahkan aku, hai kekasihku, aku sebagai wanita yang cantik, muda belia bersuamikan seorang pemuda yang berketerampilan dingin, menemui­mu sebagai pemuda yang tampan, gagah perkasa bertubuh indah, apakah salah bila aku jatuh cinta kepadamu dan lupa akan ke­dudukanku sebagai wanita yang bersuami?”

Dikisahkan bahwa Yusuf waktu kawin dengan Zulaikha, ia menemuinya masih gadis (perawan) dan dari perkawinan itu memperoleh dua orang putra: Ifraitsim bin Yusuf dan Misya bin Yusuf.

Rujukan :
Maulana Abdullah Yusuf Ali – Terjemahan al Quran Karim
Tafsir Ibnu Katsier – surah Yusuf




Ahad, 16 Ogos 2015

Apa Cerita Kelantan vs Johor DT





Apa cerita orang Kelantan?
Apa cerita orang Johor?

Inilah yang dikata orang rumah sudah siap. Pahat masih berbunyi. Macam-macam hal dalam arena bola sepak tempatan di negara kita. Perlawanan telah tamat tapi masih ada yang tidak puas hati tentang perlawanan bola sepak antara kelantan lawan johor darul taazim malam tadi. Sana kutuk sini, sini kutuk sana. Agak-agak sampai bila ini berlarutan. Dekat facebok, Whatsapp, WeChat, dan lain lagi masih hangat membincangkan antara perlawanan bola sepak kelantan lawan johor darul taazim ini.

Kita kena ingat, kita adalah rakyat Malaysia yang sepatut bersatu dan bukannya mengutuk antara satu sama lain. Walaupun kita berlainan Negeri. Ia tetap rakyat Malaysia.

Apa yang merisaukan saya, kalau ini berlarutan untuk masa yang panjang kemungkinan ini akan menjadi perbalahan antara dua negeri. Hanya di sebabkan perlawanan bola sepak.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersatu untuk memajukan sukan bola sepak tempatan. Kalau bukan kita siapa lagi yang mampu untuk menyokong pasukan kita. Bola adalah bulat. Kadang-kadang diatas, kadang -kadang dibawah.

Ahad, 9 Ogos 2015

My Name Is Azhar





kita kena hadapi dugaan dengan tabah
My name is Azhar.. ....
Haha.. Ini bukan nak perkenalkan diri. Aku tak tahu nak post apa. Saje jer buat semak kat dalam blog. Hahaha.

Dalam perjalanan hidup ni ada bermacam-macam dugaan yang perlu kita menghadapi dengan hati yang tabah. Selepas satu pasti datang lagi dugaan. Ini adalah untuk memberi kita kekuatan untuk menghadapi dugaan yang lebih mencabar. Kita mesti menghadapinya. Kita tak boleh lari dengan dugaan yang datang. Ini adalah cabaran hidup.

Seperti juga rakan aku dengan kes terbarunya. Dia kemalangan jalan raya. Namun dalam kemalangan itu dia tidak mengelami kecederaan langsung. Tapi mungkin ini adalah dugaan paling besar dalam hidup dia.

Kenapa aku kata ini adalah dugaan paling besar untuk dia. Ini kerana dalam kemalangan itu dia telah berlanggar dengan kenderaan lain. Untuk masalah ganti rugi untuk kereta yang dia langgar itu mungkin tak jadi masalah bagi dia. Kerana segala kerosakkan yang dialaminya itu telah di tuntut atas insurance kereta yang di pandunya. Namun masalah besar baginya adalah dia memandu bukan kereta dia sendiri. Maksudnya kereta pinjam. Jadi dia tuan asal kereta meminta dia untuk bertanggung jawab atas apa yang apa yang dia lakukan. Dia kena membayar ganti rugi kereta yang di pandunya.

Kereta yang dipandunya mengelami kerosakkan teruk. Mungkin membabitkan kos yang besar. Jadi ini adalah dugaan bagi dia untuk menyelesaikan masalah ini. Dia kena hadapi juga untuk menyelasaikannya.

Seperti kes diatas. Masalah atau dugaan yang kita hadapi kita kena menghadapai dengan tabah. Kita memang tak boleh lari luntuk menyelesaikannya. Kita ambilkan pengajaran untuk kita menjadi lebih matang dalam menyelesaikan masalah ini.

Dalam kes aku juga aku kena menghadapi juga untuk meneruskan kehidupan. Masalah aku adalah maslah rumah tangga yang mungkin tak patut di kongsi untuk tontonan awam.

Setiap dugaan aku kena hadapi. Aku adalah aku. Aku bukan orang lain. Dan pastinya My name is Azhar

Malaysia Sekarang Dalam Kucar-Kacir




Salam blogger..
Saya dah lama tak update post blog ni. Maklumlah sekarang ni asyik sibuk memanjang.  sibuk pun pasal kerja jugak. Bukan sibuk pasal enjoy. Kerja pun enjoy jugak. Betul tak.. hahaha.

Sekarang ni macam-macam berlaku kat Malaysia sejak kebelakangan ini. Apa nak jadi la Malaysia sekarang ni.  Ada kes bergaduh kat Low Yat. Pertembungan orang melayu dengan orang china. Ada jugak kes bergaduh kat perak antara india dengan melayu. Kes bunuh pun popular jugak kat negara kita. Ini kah perpaduan rakyat malaysia. Saling bermusuhan antara kaum. 

Demi menegak kan keadilan untuk negara kita. Di mana pemimpin berada ketika kes ini berlaku. Kenapa kes semua ini boleh berlaku. Mungkin kita ikut resam zaman sekarang. Siapa yang hebat dialah yang berkuasa. Dan ada juga yang duduk di atas pagar dan lihat siapa yang menang jadi arang dan kalah jadi abu. 

Kalau kes ini berterusan kita mungkian akan dijajah semula oleh penjajah. Terutamanya Amerika. Mereka mencari peluang untuk menjajah kita secara terang-terangan. Sebenarnya kita telah pun di jajah oleh Amerika.   Cuma kita jer yang tak sedar. Mereka telah menjajah minda kita. 

Pasal politik pun tak kurang hebat juga. Kes Timbalan Perdana Menteri kena pecat. Pada pendapat saya. Mungkin ini adalah permulaan perpecahan dalam parti BN. Tapi saya malas nak komen pasal politik. Sebab saya pun bukan arif sangat pasal politik. Tapi kadang-kadang kemelut dalam politik ni akan menyebabkan rakyat sengsara. Cubalah pemimpin mana-mana parti berfikir untuk rakyat. Bukan untuk kepentingan diri-sendiri. 

Untuk akhir sekali  cuba kita fikir kita ni asal mana. Datang dari mana. Dan bertindaklah atas pemikiran bukan bertindak atas kekuatan sendiri. Yang kuasa bantulah yang lemah. Yang lemah ikutlah telunjuk yang bijak. Jadilah rakyat Malaysia yang berminda dan ada wawasan sendiri.

Sekian.......