Ads Top

Disqus Shortname

Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PELIK. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Disember 2015

Orang Utan Diperkosa Hingga Hamil

Memang pelik pada zaman sekarang. Sesuatu benda yang tak di jangka dengan akal fikiran manusia boleh berlaku pada zaman sekarang. Itulah yang dikata kan akhir zaman. Kat bawah ni aku serta kan keratan akhbar Sinar Harian. Korang bacalah sendiri


SURABAYA - INDONESIA. Seorang penjaga haiwan di sebuah zoo di Surabaya, Indonesia ditangkap kerana didakwa atas tuduhan menyerang beberapa haiwan secara seksual termasuk menyebabkan seekor orang utan bunting.

Memetik laporan Kalimantan Press, kejadian itu terbongkar selepas perlakuan penjaga berkenaan yang berusia dalam linkungan 38, berjaya dirakam.

Kakitangan keselamatan zoo memasang  kamera tersembunyi di kawasan 'sasaran'  selepas berasa sangsi terhadap kelakuan lelaki itu.

Kakitangan zoo, Akhiroel Yahya yang sudah bekerja di zoo itu selama 14 tahun, berkata: “Ada haiwan nampak terangsang secara seksual apabila tiba masa untuk memberi mereka makan.

“Tetapi, apa yang paling membuatkan kami mengesyaki sesuatu tidak kena ialah melihat orang utan tertua kami, Marylin, hamil sedangkan dia tidak pernah bercampur dengan orang utan lain disebabkan sifatnya yang agresif,” katanya.

Pengarah zoo, Abdoel Hakim yang marah dengan kejadian itu mengakui mengambil masa untuk mengenal pasti apa sebenarnya berlaku.

"Pada mulanya, kami  tidak memahami apa yang telah berlaku, Marilyn telah hidup terpencil sejak 10 tahun yang lalu.

"Apabila kami meletakkan beberapa kamera tersembunyi baru kami faham bahawa betapa dahsyatnya kebenaran itu," katanya.

Dalam pada itu, apabila berhadapan dengan pihak berkuasa tempatan, penjaga zoo  itu menafikan sebarang salah laku di pihaknya.

"Dia berkata, segala yang dilakukan adalah secara rela," jelas Ketua Polis Abubakar Jaar.

Sementara itu, lelaki itu menjelaskan kepada pemberita tempatan bahawa dia tidak tahu bahawa persetubuhan dengan haiwan boleh menyebabkan berlakunya kehamilan.

"Dia berkata dia tidak tahu orang utan boleh hamil apabila 'bersama'  manusia," katanya.


Ahad, 30 Ogos 2015

Lipas Bersarang Dalam Telinga





Beijing: Doktor di wilayah Guangdong terkejut apabila menemui 26 lipas yang bersarang di dalam telinga seorang lelaki.

Lelaki dikenali sebagai Li, 19, mendapat rawatan selepas terasa gatal dan sakit pada telinga kanannya ketika tidur.

Doktor yang memeriksa telinganya terkejut menemui puluhan serangga kecil di dalamnya dan percaya lipas betina menghuni organ itu sejak beberapa minggu lalu sebelum bertelur di situ.

Dr Yang Jing dari Hospital Chang’an Xiaobian di Dongguan berkata: “Kami melihat objek berbentuk serangga melitupi liang telinganya sepenuhnya lalu mengeluarkan lipas itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui 25 anak lipas.”

Menurutnya, secara keseluruhan doktor mengeluarkan 26 lipas merangkumi ‘ibu’ dengan 25 anak lipas sebesar nyamuk kecil.

Lipas antara serangga paling tahan lasak dan ada spesies mampu hidup beberapa bulan dengan hanya sumber terhad.

Serangga itu gemarkan tempat gelap serta panas, sama seperti liang telinga manusia. - Agensi

Sabtu, 29 Ogos 2015

Taman Tema Pelik


PEN TEKAN BLOG  |  Pelukis jalanan terkemuka Britain bakal membuka taman tema digelar ‘bemusement park’ (taman membingungkan) digelar ‘Dismaland’. Artis dikenali sebagai Banksy yang identitinya sehingga kini tidak pernah didedahkan membuka lokasi itu hujung minggu ini dalam usaha menghimpunkan karya pelbagai pencipta seni pelik dunia.

“Saya melarang imej Mickey Mouse di lokasi itu kerana hanya mahu mengetengahkan bakat yang lain daripada yang lain,” katanya.

Antara artis terbabit adalah Jenny Holzer, wanita pertama mewakili Amerika Syarikat (AS) di pameran seni kontemporari Venice Biennale, dan Ed Hall, pesara yang menghabiskan 40 tahun kebelakangan ini menghasilkan kain rentang untuk kesatuan sekerja utama Britain di belakang rumahnya.

Namun, Bansky menegaskan Dismaland bukan sekadar pameran seni jalan.

Di pintu utama, pengunjung melalui pemeriksaan keselamatan di pos kawalan diperbuat daripada kadbod rekaan rakan artis, Bill Barminski sebelum perkara pertama dilihat sebaik memasuki kawasan itu adalah Istana Cinderella yang hangus dijilat api kononnya untuk memaparkan ‘perasaan seorang puteri sejati.’

Lebih bertepatan dengan tema Cinderella, di dalam istana berkenaan dilihat pedati yang terbabas dengan kuda yang terbaring dikelilingi jurugambar ‘merakamkan kejadian.’

Satu lagi pameran menunjukkan pelarian di dalam bot yang boleh dimainkan keliling kolam dan dua gergasi besi menari balet.

Banksy menggambarkan Dismaland sebagai tempat untuk meraikan kesenian dan keseronokan, namun mengakui ramai mungkin pening dengan tema diketengahkan.

“Sebenarnya ini bukan memperlekehkan atau mengejek Disneyland malah melarang sebarang penggunaan imej Mickey Mouse di sini.

Tidak ketinggalan, kenderaan digunakan polis antirusuh di Ireland Utara dilihat separuh tenggelam dalam kolam renang tetapi ‘menembak’ corak menarik.

“Kami memang berhasrat mencambahkan pemikiran dan melanggar sempadan dengan hasil seni di sini. Hasil seni tidak kira dari mana saja dipamerkan asalkan bertepatan dengan tema ‘pelik’ ini, malah karya dari Israel dan Palestin juga ditayangkan bersebelahan,” katanya.

Selain karya lebih 50 artis dari 17 negara, Dismaland turut mempamerkan 10 karya dihasilkan Banksy sendiri yang sudah semestinya sesuai dengan sifatnya yang gemarkan kontroversi dan kepelikan










sumber:hmetro

Ahad, 4 Januari 2015

Suami Hodoh 'Diceraikan' Isteri

PEN TEKAN BLOG | Dunia sudah terbalik, itulah yang terjadi di Patna, India apabila kuasa 'cerai' beralih tangan kepada golongan wanita.

Wanita dari Bihar di India dilaporkan akan meninggalkan suami masing-masing dek kerana pasangan mereka 'hodoh' dan tidak 'sepadan', lapor Agensi.

Sejak sebulan lalu, sekurang-kurangnya tiga pasangan pengantin perempuan telah meninggalkan suami mereka ekoran 'kehodohan' pasangan masing-masing.

Sementara pada 9 Disember tahun lalu, seorang pengantin perempuan dari Daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana hodoh, hanya selepas lima hari berkahwin.

"Saya bersetuju mengahwini suami yang tidak pernah dilihat wajahnya demi menggembirakan ibu bapa, tetapi sebaik sampai di rumah mentua selepas berkahwin dan melihat wajah suami secara dekat, saya rasa benci dan jijik.

"Dia terlalu hodoh. Akhirnya, saya memutuskan untuk meninggalkannya. Saya tidak akan kembali kepadanya walau apa pun yang berlaku," kata wanita itu kepada polis di Patna.

Sementara kejadian sama dilaporkan di ibu negeri wilayah itu, Gardanibag iaitu awal bulan ini di mana pengantin perempuan melarikan diri daripada rumah mentua sehari selepas berkahwin.

Saintis tempatan percaya kejadian seperti ini berlaku kerana kehendak generasi muda (wanita Bihar) terlalu mencari kesempurnaan.


-

Sabtu, 3 Januari 2015

[GAMBAR] 6 Gambar Bentuk Pokok Pelik Dan Unik

PEN TEKAN BLOG | Gambar diatas adalah antara pokok-pokok pelik didunia. Ini membuktikan kekuasan Allah swt.

-

Ahad, 28 Disember 2014

[GAMBAR] 12 Gambar Penemuan Sungai Bawah Laut

PEN TEKAN BLOG | Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

"Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. " (QS Fushshilat : 53)

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Diatas adalah gambar-gambar sungai yang terdapat di dasar laut. Memang pelik fenomena ini tapi tak akan jadi pelik sekiranya kita mempercayai kebenaran al-Quran. Semuanya sudah tertulis dalam al-Quran ini menunjukkan bahawa Allah Itu Maha Agung.

Fenomena ini terletak di Cenota Angelita, Mexico yang menjadi tergempar seketika dahulu.


-

Khamis, 25 Disember 2014

[GAMBAR] 16 Gambar Kemalangan Yang Aneh Dan Lucu

PEN TEKAN BLOG | KEMALANGAN boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk dijalan raya dan juga di tempat kerja. Semasa sukan juga tidak di kecualikan juga. Ia berpunca dari kelalaian kita. Kita juga pernah melihat kemalangan. Namun pernah tak kita lihat kemalangan yang di anggap pelik. Walaupun ia dianggap pelik namun kita akan merasa ia sangat lucu walaupun ia membabitkan nyawa.

Ahad, 21 Disember 2014

Misteri Sumpahan Jam Randik Patek Philippe 1933

PEN TEKAN BLOG | LONDON - Sebentuk jam randik mewah berharga 15 juta pound (RM79 juta), didakwa memiliki sumpahan apabila tiga individu termasuk pemilik serta insan tersayang mereka meninggal dunia sewaktu jam berkenaan berada dalam simpanan mereka.

Terbaharu, kerabat diraja Qatar, Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani, 48, meninggal dunia minggu lalu, dua hari sebelum beliau merancang untuk melelong jam jenama 1933 Patek Phillipe itu.

Akhbar Daily Mirror melaporkan, Sheikh Saud yang merupakan pengumpul barangan antik, meninggal dunia akibat komplikasi serangan jantung di kediamannya, di sini.

Jam tersebut dibeli jutawan berkenaan pada 1999 pada harga 7 juta pound (RM36.7 juta).

Pemilik asal jam berkenaan, Henry Graves menempah barangan mewah itu daripada pembuat jam mewah, Patek Phillipe pada 1925.

Tujuh bulan selepas disimpan sebagai koleksi, rakan baik Graves meninggal dunia, diikuti anak lelakinya, George yang maut dalam satu nahas jalan raya.

Kematian tiga individu itu membuatkan banyak pihak mendakwa jam tersebut memiliki sumpahan.

Jam itu dilelong di Geneva minggu lalu kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya pada harga RM15.3 juta pound (RM80.2 juta).-Agensi

Sabtu, 20 Disember 2014

Kisah 5 Misteri Kematian paling Pelik Di Dunia

PEN TEKAN BLOG | Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dengan ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. TApi dalam banyak-banyak kematian pelik, kematian yang dinyatakan di bawah ini lebih pelik. Tak percaya? Jom baca!

1. Meninggal kerana janggut
Hans Steininger,merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati.

2. Meninggal kerana menendang peti
Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel,seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee,Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti,namun dia terlupa nombor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi,dan akhirnya membunuhnya.

3. Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler
Pada tahun 1943,seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler.

4. Meninggal kerana kulit jeruk
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang ahli lagak ngeri.Dia juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan mengguankan tong barrel.Dia meninggal tahun 1926 kerana tergelincir akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan,di Selandia Baru.Kakinya patah dan terjadi infeksi yang parah.

5. Meninggal kerana menahan buang air kecil
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi.Pada tahun 1601,beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama,di Praha (sekarang czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa ketika menghadiri jamuan makan,buang air adalah sangat tidak sopan.Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan itu berlangsung.Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.- SERAM KOT

seramkot.blogspot.com


-

Ahad, 23 November 2014

Kisah Pulau Menyerupai 'Kapal Perang' Di Jepun

PEN TEKAN BLOG-> PULAU HASHIMA - JEPUN. Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun.

Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

Ditemui pada tahun 1887, pulau yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation.

Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun 1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.

Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut.

Selain itu, kemudahan lain seperti pusat perubatan, bar, panggung wayang dan restoran turut dibina.

PEN TEKAN BLOG ->http://pentekan.blogspot.com

Ia menjadikan pulau tersebut sebagai petempatan yang mencatatkan jumlah penduduk paling padat di dunia dengan nisbah 835 orang dalam satu kilometer persegi.

Sebaik berakhirnya Perang Dunia Kedua, kemudahan di pulau tersebut ditambah baik dengan adanya kemudahan kabel, radio dan sebagainya.

Selain itu, penanaman taman-taman dan tanaman sayuran mula diwujudkan di atas bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut.

Namun pada tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak, menyebabkan lombong di Pulau Hashima ditutup dan penduduk akhirnya mula meninggalkan pulau tersebut.

Kegemilangan pulau mewah ini surut perlahan-lahan. Pulau Hashima dibiar tanpa berpenghuni dan segala-galanya ditinggal sepi begitu sahaja.

Bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut mulai reput, buruk, runtuh dan rosak manakala tumbuh-tumbahan mulai menjalar liar.

Pulau tersebut masih menerima kunjungan daripada pelawat yang mahu menyaksikan sendiri tinggalan bangunan dan runtuhan di sana.

Sehingga kini tiada rancangan dibuat untuk membangunkan semula pulau tersebut.