PEN TEKAN BLOG-> Kau orang mana? Kadang-kadang bila aku fikir susah juga nak jawab soalan tu. Kalau tanya 'kau asal mana?' senang jer nak jawab. Kalau orang tanya 'kau orang mana?' memikir aku apa aku nak jawab.
Sebab untuk pertanyaan ni banyak jawapan. Dan orang yang bertanya pulak nak jawapan ringkas dan padat. Tak kan nak jawab panjang lebar pulak. Kena beritahu semua jawapan. Betul tak. Kalau orang tanya soalan tu. Aku selalu jawab aku 'berasal' dari mana. Tapi kemungkinan akan menjadi kekeliruan pada masa akan datang.
Contoh situasi yang pernah aku alami. Ada orang tanya aku 'kau orang mana?' Aku selalu jawab aku asal endau johor. Memang betul la sebab endau johor adalah tempat kelahiran aku.
Bila hari-hari dah berlalu. Orang tu akan tanya lagi. Kau tak balik endau ke tengok mak ayah kau. Aku akan jawab. Buat apa nak balik endau. Mak ayah aku bukan duduk endau pun. Mak ayah aku duduk pekan pahang. Mesti garu kepala orang tu kan. Dulu cakap endau. Sekarang pekan pulak. Tak ke dah jadi keliru.
Masa pun dah berlalu. Tiba-tiba orang tu terdengar aku bersembang dengan kawan aku. Sembang dalam dialek kedah. Lagi kompius orang tu. Mesti dia tanya aku pada suatu hari nanti. Kau orang mana sebenarnya. Sekejap johor, Pastu pahang, kemudian kedah pulak.
PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com
Dan yang sebenarnya ini adalah jawapan aku sebetulnya.
Aku dilahirkan di endau johor dan diberi nama Azhar berbinkan Awang ayah aku. Aku dibesarkan disitu sampai aku umur tujuh tahun. Kemudian keluarga aku berpindah ke Pekan Pahang. Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku menyebabkan keluarga aku berpindah ke pekan, pahang. Bukan keluarga aku saja yang berpindah kesitu. Ramai keluarga lain lagi yang berpindah ke situ.
Aku dibesarkan dan sekolah disitu sehingga sekarang. Namun aku kembali semula ke johor tapi bukan endau untuk mencari pekerjaan. Hanya aku sorang jer yang pergi johor. Keluarga aku tak pergi.
Asal keluarga aku adalah dari utara. ibu dari yan kedah. Ayah dari kepala batas pulau pinang. Mereka menggunakan dialek utara dalam percakapan seharian termasuk la aku.
Mak ayah aku berpindah ke endau johor atas masalah keluarga ayah aku. Dengar cerita mereka berebut harta. Ayah aku yang bongsu jadi dia mengalah dan berpindah ke johor. Aku tak tahu la tu cerita betul ker tak. Malas aku nak ambik tahu. Sebab bukan masalah aku. Aku pernah sampai kedah dengan pulau pinang hanya tiga kali saja sehingga sekarang.
Entry diatas adalah cerita sebenar. Bukan rekaan semata-mata. Jika ada persamaan watak diatas. Ianya secara kebetulan sahaja.
Korang boleh paham tak apa yang aku nak sampaikan. Kalau ada apa yang kompius bagi la komen kat bawah.
SEKIAN DARI AKU.
Terimah kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada MBAH SELONG yang
BalasPadamtelah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau saya
sekarang udah hidup tenang karena orang tuaku udah buka usaha dan
punya modal untuk buka bengkel skrang pun orang tuaku tidak di
kejar-kejar hutang lagi…dan keluarga Kami di berikan Angka
Ritual/Goib Dari mbah yg sangat Jitu 100%dijamin
tembus…hingga keluarga kami sekarang merasa tenang
lagi…terimah kasih mbah…Jika Anda ada yg merasa kesulitan
masalah Nomer ToGEL silahkan hbg Aja MBAH SELONG
dinmr hp beliau (081-322-565-355) atau klik http://prediksiangkahoki88.blogspot.com/
dan saya sudah membuktikan 3kali berturut2 tembus terimah kasih