Ads Top

Disqus Shortname

Memaparkan catatan dengan label TIDUR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIDUR. Papar semua catatan

Selasa, 25 Ogos 2015

Tip Kepada Yang Susah Tidur



Kurang tidur akan menganggu perjalanan rutin keesokan harinya. SHUHADA MANSOR kongsi tip ini untuk kebaikan bersama.

Ada beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu memudahkan tidur pada waktu malam. Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih ‘bertarung’ dengan masalah ini, boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.

Susu coklat

Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf.

Teh pudina

Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.

The Chamomile

Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.

Koko

Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.

Susu hangat

Beralih ke susu hangat jika susah tidur. Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.

Susu kacang badam (almond)

Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Teh halia

Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.

sumber:hmetro


Khamis, 25 Disember 2014

[GAMBAR] 12 Gambar Gaya Tidur Yang Lucu

PEN TEKAN BLOG | INI adalah gaya-gaya lucu orang tidur apabila mengantuk menguasai diri. Tak kira apapun keadaan kalau dah mengantuk tak kira dimana berada semuanya boleh jadi

Ahad, 21 Disember 2014

[GAMBAR] 19 Gambar Lucu Gaya Orang Mabuk Sedang Tidur

PEN TEKAN BLOG | INI padahnya kalau mabuk. Apabila mabuk pasti kewarasan diri akan hilang. Jadi mereka akan membuat sesuka hati tanpa rasa malu. Mereka sendiri pun tak tahu apa yang mereka telah buat.

Gambar diatas adalah gaya orang mabuk ketika tidur. Lawak kan.

P/S : Sebab itulah Allah swt mengharamkan benda yang memabukkan.


-