Ads Top

Ahad, 21 Disember 2014

Cara dan Teknik Menanam Uri Anak Mengikut islam

PEN TEKAN BLOG | PASANGAN yang akan menimang cahaya mata yang pertama tidak lama lagi pasti akan gementar dan gembira. Ini kerana taraf kehidupan mereka akan meningkat satu tangga menjadi ibu bapa.

Ini adalah cabaran mereka dalam meneruskan kehidupan untuk membesar zuriat mereka sehingga zuriat mereka menjadi orang berguna pada masa akan datang.

Cabaran mereka sebelum bergelar ibu bapa telah mereka lalui dengan tabah. Apabila mereka ini telah begelar ibu bapa mereka harus mengharungi cabaran pertama mereka seperti si ibu menguruskan bayi mereka yang baru lahir. Manakala si bapa pula menguruskan uri untuk ditanam.

Entry kali ini membincang cabaran si bapa untuk menggurus penanaman uri. Banyak sumber yang boleh dirujuk untuk menggurus penanaman uri ini seperti ibu bapa mereka. Kenalan yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Ustaz dan ustazah serta sumber internet. Tapi mereka harus berwaspada dari sumber-sumber agar tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang akan membawa kepada syirik dan khurafat.

Dibawah ini adalah cara-cara menguruskan penanaman uri yang di petik dari sumber yang boleh dipercayai iaitu Sumber www.tawaunetwork.com

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.


Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbusla.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Sumber www.tawaunetwork.com


-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Comments system

Disqus Shortname

Comments System

Disqus Shortname

Business

copyright © 2015 http://pentekan.blogspot.com. Dikuasakan oleh Blogger.