PEN TEKAN BLOG | LONDON - Sebentuk jam randik mewah berharga 15 juta pound (RM79 juta), didakwa memiliki sumpahan apabila tiga individu termasuk pemilik serta insan tersayang mereka meninggal dunia sewaktu jam berkenaan berada dalam simpanan mereka.
Terbaharu, kerabat diraja Qatar, Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani, 48, meninggal dunia minggu lalu, dua hari sebelum beliau merancang untuk melelong jam jenama 1933 Patek Phillipe itu.
Akhbar Daily Mirror melaporkan, Sheikh Saud yang merupakan pengumpul barangan antik, meninggal dunia akibat komplikasi serangan jantung di kediamannya, di sini.
Jam tersebut dibeli jutawan berkenaan pada 1999 pada harga 7 juta pound (RM36.7 juta).
Pemilik asal jam berkenaan, Henry Graves menempah barangan mewah itu daripada pembuat jam mewah, Patek Phillipe pada 1925.
Tujuh bulan selepas disimpan sebagai koleksi, rakan baik Graves meninggal dunia, diikuti anak lelakinya, George yang maut dalam satu nahas jalan raya.
Kematian tiga individu itu membuatkan banyak pihak mendakwa jam tersebut memiliki sumpahan.
Jam itu dilelong di Geneva minggu lalu kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya pada harga RM15.3 juta pound (RM80.2 juta).-Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan