Ads Top

Disqus Shortname

Sabtu, 8 November 2014

Warga emas ditemui maut berpaut di akar pokok

PEN TEKAN BLOG: REMBAU - Seorang warga emas yang hilang sejak tengah hari kelmarin ditemui maut berpaut di akar pokok di sungai Nerasau, dekat sini, kira-kira satu kilometer dari lokasi pencariannya oleh pasukan penyelamat, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, mangsa yang merupakan pesara Jabatan Bekalan Air (JBA), Mahat Yassin, 77, yang berasal di Kampung Tengah Penajis, dekat sini, ditemui penduduk kampung yang turut sama menyertai operasi mencari bersama bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), dan polis.

Menurut Mohd Azrul Hisham, 20, sejak dari pagi, dia bersama ayahnya, Rosnata Zohur, 45, turut sama dalam operasi mencari mangsa setelah usaha mengesan mangsa sejak semalam oleh penduduk kampung hanya menemukan motosikal milik menantu mangsa jenis Honda EX5 dan juga kasut boot berwarna hitam.

PEN TEKAN BLOG: http://pentekan.blogspot.com

"Jadi, kami dan kawan ayah serta saya mencari sejak dari pagi dan terkejut apabila berjaya menemui mangsa sedang berpaut di akar pokok di tepi sungai dalam keadaan tertiarap. Pada masa itu, kami segera memaklumkan kepada bomba yang berada tidak jauh dari lokasi kami menjumpai mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, operasi menyelamat dimulakan sejak dari pagi dan dalam masa dua jam, pasukan penyelamat berjaya menemukan mangsa.

Menurutnya, operasi menyelamat yang diketuai Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif dan bermula di Jambatan Kampung Nerasau Kota sehingga ke Empangan Sungai Sawah Raja iaitu kira-kira 12 kilometer dari lokasi operasi.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.

Pasukan JPAM Tampin juga turut serta dalam operasi berkenaan bersama polis

sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan