Ads Top

Disqus Shortname

Khamis, 6 November 2014

Fazura, artis pertama Malaysia tampil dalam siri televisyen saluran hiburan antarabangsa, E!

PEN TEKAN BLOG: Bintang popular Malaysia, Fazura mencatat sejarah apabila menjadi selebriti Malaysia pertama yang akan memiliki siri televisyen pertama di saluran hiburan antarabangsa, E!.

Dokudrama yang berjudul 'Facing Up To Fazura' akan memaparkan secara mendalam dan spontan kepada penonton kisah kehidupan bintang tersebut yang sering dianggap penuh kontroversi di hadapan mahupun disebalik layar televisyen.

Diarah dan diterbitkan oleh Matchbox Asia, 'Facing Up To Fazura' akan mula diproduksikan tidak lama lagi dan dijangka akan bersiaran pada Disember ini.

Karen Wiggins yang juga merupakan penerbit 'It takes Gutz to be a Gutierrez', siri televisyen tempatan E! yang pertama di Filipina sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk menjadi penerbit bagi rancangan ini.

'Facing Up To Fazura' akan menampilkan lima bahagian dan setiap bahagian akan disiarkan selama 30 minit.

PEN TEKAN BLOG: http//pentekan.blogspot.com

Menurut Christine Fellowes, Pengarah Urusan Universal Networks International Asia-Pasifik, rancangan ini sesuai dengan E! kerana kejayaan saluran tersebut didorong oleh akses eksklusif daripada para selebriti.

"E! menggabungkan yang terbaik dari Hollywood dan dengan munculnya bintang-bintang baru Asia dan kami sangat gembira untuk memberikan komitmen kami kepada industri dunia hiburan tempatan dan sekaligus mengangkat Fazura ini ke pentas antarabangsa."

"Kejayaan E! didorong oleh akses-akses ekskusif daripada para selebriti dan 'Facing Up To Fazura' adalah sempurna untuk saluran kami," kata Fellowes memetik laporan portal hiburan antarabangsa, Variety.com

Sebelum inii, saluran hiburan popular tersebut telah menerbitkan rancangan khas dan istimewa yang menampilkan bintang-bintang besar Malaysia termasuk Lisa Surihani dan Aaron Aziz.

Saluran E! akan menyiarkan sebuah rancangan istimewa yang bakal menampilkan penyanyi popular masa kini, Yuna telah disiarkan pada 25 November 2014 .

Awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan