Tindakan seorang doktor yang memuatnaik sebuah foto pesakit ketika dalam rawatan mendapat kecaman netizen.
Foto yang dikongsi oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Kak Long Di Sini kini dikongsi oleh 1673 pelayar sejak dimuatnaik 22 Ogos lalu.
Foto tersebut didakwa berlaku di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru.
Menurut pengirim, gambar tersebut ditunjukkan oleh seorang rakannya menunjukkan seorang ibu yang menerima rawatan obstetrik.
"Perbuatan yang tidak bertimbang rasa ini tidak sepatutnya berlaku. Apa yang paling teruk ialah bahagian sulit pesakit turut kelihatan," tulis pengirim.
Pengirim itu juga mengesa tindakan yang sewajarnya diambil kepada pihak yang terlibat kerana tindakan tersebut merendahkan kualiti doktor di Malaysia.
"Saya menyebarkan gambar ini kepada media sosial dan berharap pihak berkaitan akan menyiasat isu ini," tulisnya.
Tinjauan mendapati, netizen mengecam tindakan doktor tersebut dan berharap agar tindakan segera diambil supaya kejadian tersebut tidak berulang.
" Kementerian Kesihatan perlu menangani isu ini secara serius. Kami mahu tindakbalas berkaitan isu ini," tulis Nor Azizah Abd Aziz.
Yantie Aizad pula menulis, dia tidak layak untuk menjadi seorang doktor. Kementerian Kesihatan patut mengambil tindakan sepenuhnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ruangan komen posting tersebut berkata, pihaknya telah mengenal pasti hospital dan pegawai perubatan yang terlibat dan tindakan akan diambil setelah selesai siasatan