Ads Top

Disqus Shortname

Rabu, 26 November 2014

[HIBURAN] Maharaja Lawak Mega 2014: Sepahtu Tanpa Ilya

PEN TEKAN BLOG -> MESKIPUN kumpulan Sepahtu antara peserta kesukaan ramai namun juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 ini dikatakan agak 'lambat panas' menerusi gelanggang MLM kali ini.

Malah persembahan mereka pada minggu pertama MLM 2014 juga dilihat perlahan dan hambar sehingga dikritik juri ketika program ini berlangsung di Dewan Teater Selangor, Shah Alam, Jumaat lalu.

Jika dibandingkan dengan 12 kumpulan lain, Sepahtu tetap lebih menyerlah walaupun menerima komen negatif.

Mengulas mengenai situasi tersebut, Jep berkata jangkaan tinggi daripada peminatnya untuk minggu lalu agak tinggi setelah persembahan cemerlang MLM sebelum ini.

"Sedikit sebanyak konsentrasi kami agak terganggu untuk penyertaan kali ini. Apatah lagi, keserasian antara kami bertiga masih di peringkat awal.

"Malah peminat menaruh harapan tinggi untuk persembahan kami, tekanan perasaan mempengaruhi idea Sepahtu," jelasnya.

Kata Jep, mereka masih mencari rentak keserasian antara satu sama lain selepas ketiadaan Rahim untuk musim baharu ini.

Tegas Jep, 'kehilangan' Ilya minggu ini turut menambahkan kekusutan mereka sehingga idea muncul di saat-saat akhir persembahan. Malah ia merupakan situasi pertama yang memaksa dia dan Shuib melakukan persembahan berdua di pentas berprestij itu.

"Kebanyakan pertandingan Sepahtu hadir bertiga namun kali ini, kami terpaksa berdua sahaja tanpa abang Ilya.

"Bagi kami Ilya pembakar semangat untuk kami terus berjuang di pentas ini. Dia ibarat bapa kepada kami berdua.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

"Kami tetap teruskan perjuangan Sepahtu walaupun tanpa kehadiran Ilya yang dimasukkan ke hospital akibat kencing manis," kata Jep.

Bagaimanapun Jep dan Shuib nyata bernasib baik setelah persembahan mereka yang bertemakan kekeluargaan mendapat tempat di hati juri. Seperti musim lalu, kumpulan ini nampaknya lebih selesa mengekalkan konsep sketsa rantaian untuk setiap persembahan
mereka.

Mengetuai juri tetap MLM 2014, Datuk Jalaluddin Hassan merumuskan persembahan kesemua peserta pada minggu kedua adalah lebih baik berbanding minggu pertama.

Namun begitu, beliau meluahkan rasa agak kecewa dengan segelintir kumpulan yang dilihat lari daripada punchline.

"Saya begitu kecewa dengan persembahan beberapa kumpulan yang begitu cemerlang minggu lalu namun minggu ini mereka gagal untuk lakukan lawak yang bagus.

"Sebagai contoh, kumpulan Wala yang begitu yakin minggu pertama tapi jatuh pada persembahan kali ini," katanya.

Beliau bagaimanapun gembira apabila tiada penyingkiran untuk minggu ini dan tiga kumpulan tercorot Wala, Comey dan Samurai, dapat meneruskan persembahan pada minggu ketiga.

Dalam pada itu, Jalaluddin turut mengulas mengenai sikap juri yang agak 'kedekut' dalam memberi bintang kepada peserta berbanding musim lalu.

"Saya nasihatkan agar peserta tidak terlalu mengejar bintang. Saya juga ada alasan tersendiri yang mana hanya empat bintang paling tinggi yang akan diberikan untuk persembahan terbaik.

"Kami mahukan mereka lebih kreatif dalam persembahan dan enjoy dengan apa yang mereka lakukan," katanya.

Minggu depan turut menyaksikan kumpulan Ekzos, Zero, Shake, Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Jalor dan Syj berentap untuk terus mara. SINAR HARIAN

1 ulasan:

  1. حساب الدعم والمقاومة أحد المصطلحات الشائعة في عالم التداول والاستثمار، ولا سيما فيما يخص التحليل الفني

    BalasPadam