Ads Top

Disqus Shortname

Selasa, 4 November 2014

Komplot jahat Yahudi cemari Baitulmaqdis

CATATAN sejarah menunjukkan Baitulmaqdis merupakan sebagai sebuah kota yang aman dan suci bagi ketiga-tiga agama samawi (Islam, Kristian serta Yahudi).

Bagaimanapun, kesucian Kota Lama itu yang turut menempatkan Masjid al-Aqsa tercemar dengan insiden keganasan yang semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Jurang agama, perjuangan politik, perbezaan aspirasi, persaingan demografi dan geografi serta keganasan ke atas orang Islam menjadi faktor utama konflik berterusan di Baitulmaqdis hingga kini.

Pen Tekan Blog: http//pentekan.blogspot.com

Protes di Baitulmaqdis Timur semakin meningkat sejak pelampau Yahudi membunuh remaja Palestin, Mohammed Abu Khdeir, 16, dengan membakar mangsa hidup-hidup sebagai tindak balas di atas kematian tiga remaja Israel, Jun lalu.

Ia terus berlarutan dengan beberapa siri pertempuran dan pencerobohan di al-Aqsa yang dilihat sebagai tindakan provokasi Israel untuk sengaja mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Menurut ahli pertubuhan bukan kerajaan Israel (NGO), Ir Amim, 'peta Baitulmaqdis' kononnya dikelilingi tembok pemisah yang mencerminkan aspirasi kerajaan Tel Aviv untuk melaksanakan keseimbangan demografi demi mengekalkan majoriti penduduk Yahudi di kota suci tersebut.

Bagi merealisasikan agenda jahat tersebut, Israel telah mewujudkan sekatan dan cuba merampas Baitulmaqdis dengan cara meluaskan projek penempatan haram Yahudi dan melakukan penggalian di bawah al-Aqsa dengan tujuan untuk menghapuskan tinggalan sejarah Islam di bandar berkenaan.

Selain itu, beberapa pihak termasuk ahli gerakan pelampau didakwa cuba untuk mencemari kesucian al-Aqsa dengan rancangan untuk membenarkan penganut Yahudi melakukan upacara keagamaan mereka di kawasan kompleks Haram al-Sharif.

Adakah situasi yang semakin meruncing di Baitulmaqdis akan mengembalikan semula peristiwa kebangkitan pada tahun 2000?

Pen Tekan Blog: Sebagai rakyat malaysia kita harus berbangga kerana kita bebas dari penjajah. Tapi pernahkah kita terpikir bahawa kita ini sedang di jajah oleh barat. Barat menjajah kita bukan dari segi peperangan tapi dari segi minda. Mari lah kita bersatu menentang penjajahan minda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan