Ads Top

Disqus Shortname

Sabtu, 29 Ogos 2015

Taman Tema Pelik


PEN TEKAN BLOG  |  Pelukis jalanan terkemuka Britain bakal membuka taman tema digelar ‘bemusement park’ (taman membingungkan) digelar ‘Dismaland’. Artis dikenali sebagai Banksy yang identitinya sehingga kini tidak pernah didedahkan membuka lokasi itu hujung minggu ini dalam usaha menghimpunkan karya pelbagai pencipta seni pelik dunia.

“Saya melarang imej Mickey Mouse di lokasi itu kerana hanya mahu mengetengahkan bakat yang lain daripada yang lain,” katanya.

Antara artis terbabit adalah Jenny Holzer, wanita pertama mewakili Amerika Syarikat (AS) di pameran seni kontemporari Venice Biennale, dan Ed Hall, pesara yang menghabiskan 40 tahun kebelakangan ini menghasilkan kain rentang untuk kesatuan sekerja utama Britain di belakang rumahnya.

Namun, Bansky menegaskan Dismaland bukan sekadar pameran seni jalan.

Di pintu utama, pengunjung melalui pemeriksaan keselamatan di pos kawalan diperbuat daripada kadbod rekaan rakan artis, Bill Barminski sebelum perkara pertama dilihat sebaik memasuki kawasan itu adalah Istana Cinderella yang hangus dijilat api kononnya untuk memaparkan ‘perasaan seorang puteri sejati.’

Lebih bertepatan dengan tema Cinderella, di dalam istana berkenaan dilihat pedati yang terbabas dengan kuda yang terbaring dikelilingi jurugambar ‘merakamkan kejadian.’

Satu lagi pameran menunjukkan pelarian di dalam bot yang boleh dimainkan keliling kolam dan dua gergasi besi menari balet.

Banksy menggambarkan Dismaland sebagai tempat untuk meraikan kesenian dan keseronokan, namun mengakui ramai mungkin pening dengan tema diketengahkan.

“Sebenarnya ini bukan memperlekehkan atau mengejek Disneyland malah melarang sebarang penggunaan imej Mickey Mouse di sini.

Tidak ketinggalan, kenderaan digunakan polis antirusuh di Ireland Utara dilihat separuh tenggelam dalam kolam renang tetapi ‘menembak’ corak menarik.

“Kami memang berhasrat mencambahkan pemikiran dan melanggar sempadan dengan hasil seni di sini. Hasil seni tidak kira dari mana saja dipamerkan asalkan bertepatan dengan tema ‘pelik’ ini, malah karya dari Israel dan Palestin juga ditayangkan bersebelahan,” katanya.

Selain karya lebih 50 artis dari 17 negara, Dismaland turut mempamerkan 10 karya dihasilkan Banksy sendiri yang sudah semestinya sesuai dengan sifatnya yang gemarkan kontroversi dan kepelikan










sumber:hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan