Ads Top

Rabu, 18 Februari 2015

[BERITA] Pencuri Terperangkap Dalam Kereta Yang Ducurinya



PEN TEKAN BLOG | JINGILI - AUSTRALIA . Nasib malang seorang lelaki apabila tindakannya ingin mencuri sebuah kereta gagal apabila dia terkunci dalam kereta tersebut.

Menurut, Superintendan Polis Del Jones, lelaki tersebut memecah masuk kereta tersebut yang tanpa disedarinya kereta tersebut telah diaktifkan kunci keselamatan kanak-kanak pada pintunya.

"Kejadian tersebut bagaimanapun telah disedari oleh pemilik kereta berkenaan dan kemudiaanya mengambil keputusan untuk membuka pintu berkenaan dan cuba berbincang dengan pencuri tersebut, namun pencuri tersebut cuba melarikan diri.

"Namun tindakannya gagal dan dia berjaya ditangkap oleh dua orang polis yang kebetulan berada di tempat kejadian," katanya dipetik Mirror.uk

Pencuri tersebut turut mencuri wang tunai yang berada di dalam kereta berkenaan.

Dia kini menghadapi tuduhan mencuri dan menceroboh. SINAR HARIAN



Selasa, 17 Februari 2015

[GAMBAR] 8 Gambar Ketika Mesin Padi Menuai Padi



PEN TEKAN BLOG | Di bawah ini adalah gambar-gambar diambil ketika musim menuai di kampung saya. Pekerjaan utama di kampung saya adalah petani sawah. Walaupun tak sehebat di negeri jelapang padi, tapi ni adalah punca pendapatan utama di kampung saya.

Di kampung saya tidak ramai anak-anak muda yang sanggup bekerja di sawah. Mereka yang sanggup adalah orang-orang tua yang tudak ada pekerjaan lain melainkan bersawah padi. Anak-anak muda di kampung saya semuanya berhijrah kebandar untuk mencari pekerjaan yang selesa.

Penanaman padi di kampung saya bukan lah yang terbaik. Mereka memerlukan saliran air yang baik. Dengan ketuadaan saluran yang baik kampung saya tidak dapat menanam padi setahun dua kali seperti di negeri kedah.

Disini saya nak kongsikan gambar ketika mesin padi sedang memotong padi di sawah saya. Gambar ini adalah sekadar kongsian biasa untuk mereka yang tak pernah lihat jentera penuai padi atau kata orang kampung mesin padi.















Khamis, 12 Februari 2015

Cabaran Aku Dalam Menjaga Anak

PEN TEKAN BLOG | Dalam alam berumah tangga menjaga anak adalah satu cabaran bagi pasangan yang bergelar ibu bapa. Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga dan mendidik anak. Masa depan anak-anak kecil bermula dari ibu bapa. Jika betul mendidik anak pasti anak itu akan menjadi anak berguna dan berjaya. Oleh itu didik lah anak dengan sebaik-baiknya.

Hari ini aku nak bercerita tentang cabaran aku dalam menjaga dan jmendidik anak-anak aku. Aku sekarang ni boleh dikatakan juga sebagai bapa tunggal. Kenapa kata aku ni bapa tunggal? Panjang ceritanya.

Aku ada masalah dengan isteri aku. Bermula dengan masalah kecil dan akhirnya bertukar menjadi masalah paling serius. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk diri aku balik ke kampung dengan membawa anak-anak aku.  Aku tidak boleh mengharap isteri aku untuk menjaga anak. Sebab dia jenis suka enjoy. Kalau aku bagi dia jaga aku tak tahu apa akan jadi pada anak-anak aku.

Aku ada dua orang anak. Bongsu Nur Qalisya Umairah 1 tahun 5 bulan dan abangnya Mohamad Rayyan Badrisha 3 tahun 6 bulan. Dua-dua ni jenis hyperaktiv la juga. Buasya tak ingat dunia. Tapi kesian la kat anak-anak aku ni. Hidup jauh dari ummi dia. Tapi ummi dia buat dorang ni macam bukan anak dia. Selalu juga sebut nama ummi dia. Kita yang dah besar panjang pun terasa kalau kita jauh dari mak kita. Betul tak apa yang aku cakap.

Cabaran aku menjaga anak-anak aku ni paling susah adalah melayan anak aku yang hyperaktif. Penat jugala nak mengejar kesana sini. Nak elakkan dia dari main benda-benda yang bahaya. Buxak kecil bukan tahu pun apa yang dia main.  Penat juga nak larang dorang ni. Nak buat macamana. Dia ni anak-anak aku terpaksa la tahan. Kalau bukan kita siapa lagi.

Mak aku cakap kalau aku keluar pergi mana-mana dorang ni jadi baik sangat. Dengar apa yang orang larang. Tidur pun senang. Tapi kalau abah (aku) dia balik. MasyaAllah yang di puji baik tu terus hilang. Dah tak dengar kata. Lagi dia buat apa yang aku larang. Aku macam tak percaya apa yang mak aku cakap.

Keluarga aku bukan la orang senang. Aku tergamak nak duduk sekali dengan mak aku. Dah la mak aku sakit. Tak boleh jalan. Kesian kat mak aku. Mak aku pun adik aku yang jaga. Tapi aku nak buat macamana takkan nak duduk rumah sewa pulak. Kos rumah sewa dengan pembelanjaan semua adalah tinggi. Tak sepadan dengan gaji aku. Aku dah tak ada pilihan lagi. Terpaksa la aku menumpang kat rumah mak aku.

  Jadi untuk membesarkan anak-anak aku ni terpaksa la aku menumpang kat umah mak aku. Aku rasa tempat terbaik untuk membesarkan anak-anak aku adalah kat umah mak aku. Ada juga orang tengok-tengokkan anak-anak aku kalau aku pergi kerja. Kos pun tak mahal berbanding kat bandae sebelum ni aku tinggal.

Pesanan dari aku untuk pembaca blog PEN TEKAN BLOG . Walau apapun keadaan atau kelakuan anak-anak kita. Besarkan lah mereka dengan cara paling terbaik. Jangan abaikan mereka. Bagi bapa asuh lah mereka sebagaimana ibu yang mengasuh mereka. Kita bukan nak meminta tapi kalau la apa yang terjadi pada masa hadapan. Kita tahu apa yang kita perlu lakukan

.

Isnin, 2 Februari 2015

Peristiwa Bulan Januari

-------- Original Message --------
Subject: Peristiwa Bulan Januari
From: azhar <pentekanblog@gmail.com>
To: pentekanblig.azha@blogger.com
CC:

Salam blogger.... Ermm dah lama tak update blog ni. Rasa rindu lak kat blog ni. Bukan apa banyak urusan yang kena buat dulu. Banyak hal yang berlaku pada bulan ni. Termasuk la emak saya masuk hospital, rumah tenggelam banjir, hal rumah tangga yang kian bergoyang dan hampir roboh.

Sekarang ni saya tinggal di kampung saya yang terletak di kampung Merchong, Pekan, Pahang. Malas dah nak berhijrah. Anak tak ada orang nak jaga. Nak suruh mak jaga. Dia pun orang jaga. Macamana nak jaga anak saya. Mak saya tu masih belum sihat. Nak harap isteri saya. Tah la saya pun tahu apa dah jadi dengan dia. Malas nak ambik tahu hal dia. Dia jenis tak bertanggungjawab. Dia lupa yang dia tu dah berkahwin. Tapi nak hidup macam orang belum kahwin.

Sebab tu saya ambil keputusan saya nak jaga anak saya. walaupun dalam keadaan susah dan kekurangan. Kalau harap dia mungkin anak saya akan kebuluran.

Sekarang ni saya masih mencari kerja untuk menyara anak-anak saya. Kat kampung memang susah nak cari kerja. Maklum la kat kampung apa yang ada. Hanya sawah dan bendang saja. Buat sawah pun bukannya boleh dapat hasil tiap-tiap bulan. Lain la kalau kat kedah yang terkenal dengan jelapang padi. Dapat sekali hasil dah boleh makan untuk setahun. Sebab kat kedah mereka tanam padi setahun dua kali.

Kat kampung saya tak boleh tanam dua kali. Tak ada saliran yang baik. Mintak tolong wakil rakyat pun tak berani nak buat keputusan. Dah macam anak tiri di negeri sendiri.

Sementara nak dapat kerja saya dengan adik saya pergi mengail ikan buat makan sekeluarga. Walaupun tak banyak boleh la untuk makan sekali dua. Ikan yang dikail pun bukan la ikan laut. Ikan haruan, puyu tu yang buat saya sekeluarga makan. Ikan haruan pun bukan murah. Kalau tak percaya pergi ushar harga kat pasar besar. Kalau harga tak cecah RM 25 sekilo jangan tanya. Tapi kat kampung saya harga ikan haruan terlau murah. Boleh dapat harga RM 8 sekilo. Tak percaya kan. Yela siapa nak beli dah semua orang dah boleh tangkap sendiri.


.

Comments system

Disqus Shortname

Comments System

Disqus Shortname

Business

copyright © 2015 http://pentekan.blogspot.com. Dikuasakan oleh Blogger.