Apa kata korang..
Cuba baca sampai habis dan berfikir sejenak apa yang nak disampaikan.
AMARAN KEPADA ORANG MISKIN YANG BERLAGAK NAK JADI KAYA.
Mungkin tajuk diatas nampak kejam dan tidak beperikemanusian. Tapi ada betulnya.
Kalau korang hidup serba kekurangan dengan kata mudah iaitu MISKIN, jangan korang berlagak nak jadi KAYA hidup macam orang mewah kalau dah duit tak ada. Tak guna nampak kaya tapi hakikatnya masih miskin. Kalau dah miskin tu biarlah hidup cara miskin. Apa guna hidup cara orang kaya tapi duit tak ada.
Memang betul orang akan pandang tinggi pada orang kaya. Tak ada guna orang pandang tinggi pasal duit banyak. Tapi hakikat tak ada duit.
Berlagak pakai kereta mewah. Harga sampai RM100K lebih. Tapi bulan² tak mampu bayar. Sampai dah nak kena tarik. Kalau dah tak ada duit beli la kereta murah. Tiap² bulan mampu bayar. Macam kereta VIVA pun dah cukup.
Tapi ada jugak orang miskin berlagak cakap "apa barang pakai VIVA tak ada class. Nanti awek tak sangkut". Hehh... kalau rasa nak awek boleh sangkut sebab pakai kereta mahal satu kesilapan bagi orang miskin. Kalau lah awek boleh sangkut sebab kereta mewah. Macam mana kalau dia tahu yang hakikat korang miskin. Tak mampu nak bayar bulan². Minyak pun tak mampu nak isi. Kalau isi minyak pun mampu setakat RM10 Korang akan dihina. Dimalukan. "ada hati nak pikat aku, isi minyak tak mampu. Ajak makan setakat KFC atau McD. Tak ada kelas. " haha tu kalau awek cakap macam tu. Kalau tak ada korang kira berungtung dapat awek kaya yang tak kisah pasal korang.
Kalau korang duit tak ada tak payah nak pikat orang kaya. Tak ada guna pikat orang kaya. Kalau dia ajak makan kat restoran mewah. Terkedu korang. Haha. Kehidupan dia memang berajakan duit. Segalanya duit. Dia boleh beli apa saja klau dia mahu. Sebab dia orang kaya. Tapi korang apa ada. Hanya ada Rm50 dalam poket.
Bagi peniaga pulak. Ambil contoh penjual apam balik. Kalau duit tak ada tak payah nak berniaga pakai lori. Guna motosikal dulu. Kalau dah ada duit baru boleh beli lori. Kalau dah maju mana tahu satu hari dah boleh beli bas buat restoran bergerak.
Bagi orang mikin yang nak bergaya pakai benda mewah. Kalau dah tak ada duit tak payah berlagak nak beli handbag harga ribu². Nak beli jam rolex harga ribu². Beli handphone harga 2 3 ribu. Duit yang korang beli semua tu boleh beli benda lain. Benda yang berkemampuan dan keperluan. Ia juga boleh menjamin mada depan korang..
Kita jangan jadi hipokrik pada diri sendiri. Jadi lah diri sendiri atas kemampuan kita. Hidup sederhana. Biar orang tahu kemampuan kita. Untuk berjaya bergeraklah satu anak tangga ke anak tangga lain. Anak tangga ada lah halangan. Kalau kita berusaha pasti kejayaan diatas.
MINTA MAAF BAGI YANG TERASA.
SEKIAN.....