Ads Top

Disqus Shortname

Ahad, 28 Disember 2014

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

PEN TEKAN BLOG | HARI ini hujan dari pagi sampai ke petang sampai la aku pun tak tahu nak buat apa. Tak ada aktiviti nak buat. Maklum la hujan memanjang. Tapi kita harus ingat dengan hujan itu adalah rahmat dari Allah untuk hamba-hamba-Nya yang bersabar.

Dalam hujan yang turun tu aku pun buka la handphone aku. Buka internet dan google la apa yang bermain di minda. Dalam banyak-banyak aku google terjumpa la satu blog ni iaitu www.hasrulhassan.com. Aku tertarik dengan kandungan iaitu dia membuat satu segmen jom kenal blogger baru.

Aku pun cuba la join segmen dia. Kalau korang nak join segmen boleh klik kat sini >> http://www.hasrulhassan.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html

(Harap maaf entry ni ditulis tidak menggunakan komputer atau apa-apa yang dapat membaca kod html. Entry di tulis dengan 100% menggunakan handphone nokia n79. Olehitu banner yang terdapat diatas tidak memiliki link yang dapat memaut ke halaman yang dituju.)

Segmen Jom Kenal Blogger Baru

Segmen jom kenal blogger baru khas dan khusus untuk mereka yang tepati ciri-ciri berikut:

1. Sebuah blog daripada platform blogspot (mesti ada .blogspot.com)

2. Blog yang ada kurang daripada 500 followers

3. Blog yang trafik atau jumlah pageviews kurang dari 10,000

Mana-mana blog atau blogger yang punyai blog yang terdapat 3 ciri di atas adalah dialu-alukan untuk join segmen jom kenal blogger baru ini.

Dalam segmen tu dia menghendaki aku menulis entry berkaitan dengan diri saya dan blog ini.

Korang nak tahu macamana aku boleh terjebak dengan dengan dunia blogging. Panjang ceritanya so aku pendekan cerita. Haha

Sebenarnya aku ikut prinsip iaitu kalau orang boleh. Aku juga mesti boleh. Sama dengan blog. Kalau orang boleh buat blog aku juga mesti boleh buat blog. Zaman sekarang kita tak boleh leka. Nanti kita akan dipintas. Kalau mereka boleh berjaya dalam penulisan blog. Kenapa aku tidak boleh berjaya.

Aku masih baru lagi dalam dunia blogging. Aku start blogging pun dalam awal bulan november 2014. Namun pageview aku dah lebih 20000 pageview. Aku tak tahu la bro HH boleh terima tak aku join segmen dia.

Dalam penulisan blog. Aku masih kekurangan idea. Dalam entry aku ni banyak aku kongsikan gambar-gambar untuk dimuatkan dalam blog aku. Tak banyak aku tulis atas idea aku sendiri. Aku memerlukan tunjuk ajar dalam penulisan blog.

Entry dalam blog ni 100% menggunakan handphone nokia aku. Kalau nak edit tamplate baru la aku cari CC yang berdekatan. Dah ade komputer baru boleh edit template. Pakai handphone memang tak dapat pun. Huhu

Sekarang umur aku hampir masuk 31 tahun dan telah berkahwin. Sekarang mempunyai dua orang cahayamata yang di beri nama Mohamad Rayyan Badrisha dan Nur Qalisha Umairah masing berumur tiga dan satu tahun.

Sekarang aku menetap di flat Bukit Setongkol Perdana, kuantan pahang. Dulu aku menetap di Johor Bahru. Kampung halaman aku di Merchong, pekan pahang. Pekerjaan aku bukanlah pekerjaan profestional. Hanyalah pekerjaan yang bergaji tidak sampai 2k.


Pemilik Blog: Azhar Bin Awang
Username Untuk Blog : pentekanblog admin
URL Blog: http://pentekan.blogspot.com
EMAIL: pentekanblog@gmail.com



-

5 ulasan:

  1. jalan2 sambil follow sini :)

    http://www.kisahemasputih.com/

    BalasPadam
  2. dari segmen yg sama jugakk http://pentekan.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru-bro-hh.html

    BalasPadam
  3. salam perkenalan juga dari saya dan berterima kasih kerana sudi singgah

    BalasPadam
  4. As-Salam.
    Terima kasih kerana sudi join segmen saya. :)

    Hmm ... buat blog memang mudah, tetapi nak maintain ia supaya kekal relevan kepada pengunjung dan pembaca itu yang susah. Selama lebih daripada 5 tahun saya berblog, perkara paling mencabar ialah untuk mempengaruhi pengunjung menjadi pembaca blog.

    Selalunya teknik yang saya gunakan ialah dengan menulis satu entri yang biasanya ramai akan cari, guna tajuk yang ramai orang cari pastu cerita sesuatu mengenainya bersandarkan peristiwa yang pernah dilalui. Lepas tu di dalam entri itu pula, kaitkan dengan entri lama yang mungkin ada ... dari situ, pengunjung akan pergi ke satu entri ke satu entri yang lain.

    Jom Aktifkan MyKad

    BalasPadam