Ads Top

Disqus Shortname

Rabu, 5 November 2014

Pembunuhan beramai-ramai berleluasa di Iraq

BAGHDAD - IRAQ. Kumpulan Negara Islam (IS) didakwa terus melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama di Iraq.

Aktivis mendakwa IS telah melakukan pembunuhan sistematik tanpa perikemanusiaan ke atas kesemua mangsanya lapor Press TV.

Seramai 67 pengikut Sunni termasuk wanita dan kanak-kanak dari puak Albu Nimr di wilayah Anbar dibunuh tanpa belas kasihan selepas mereka dituduh bekerjasama dengan kerajaan Iraq untuk memerangi IS di negara terbabit.

Pen Tekan Blog: http//pentekan.blogspot.com

Dalam perkembangan lain, tentera peshmerga dan kerajaan dilaporkan semakin mara selepas melancarkan operasi besar-besaran berhampiran bandar Sinjar yang kini ditawan kumpulan militan Takfiri.

"Ia telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa kerana IS semakin gentar dan mula meninggalkan pos kawalan mereka secara beransur-ansur," kata jurucakap kerajaan, Saad Mutalibi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan