Ads Top

Disqus Shortname

Sabtu, 6 Disember 2014

Bocey: Populariti Terus Meningkat

PEN TEKAN BLOG -> Bocey? Siapa Bocey? Bocey adalah salah satu kumpulan pelawak tanahair yang meningkat popularitinya. Kumpulan ini di anggotai oleh tiga orang anak muda iaitu Abam, Fard dan Acey.

Bakat mereka telah dicukil melalui program rialiti BMB (Bintang Mencari Bintang). Namum pada masa itu, populariti mereka kurang menyegat sehinggalah mereka menyertai MLM (Maharaja Lawak Mega) yang nama mereka terus meniti di bibir peminat yang menjadikan mereka sebaris pelawak terkenal tanahair.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

Semasa program rialiti BMB, mereka bukanlah satu kumpulan. Bocey pada asal di gabungkan dari kumpulan Bocik dan pelawak solo Achey. Mereka adalah anak didik Afdlin Syauki dan Harun Salim Bacik dalam BMB.

Namun di MLM mereka bergabung menjadi satu kumpulan. Akhirnya mereka berjaya ke peringkat akhir dan menduduki tempat ketiga di MLM. Baru-baru ini nama Abam telah diumumkan Men Of The Match oleh pengacara MLM Ac Mizal.

Saya percaya pada suatu hari mereka mampu menjadi pelawak nombor satu negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan