Ads Top

Disqus Shortname

Sabtu, 27 Disember 2014

Idea Untuk Menulis Blog

PEN TEKAN BLOG | MACAMANA agaknya penulis blog yang lain mendapat idea untuk menulis blog. Saya berhari-hari fikir untuk mendapatkan idea untuk menulis. Namun malangnya idea itu tak sampai. Bila tak sampai jadi saya tak tulis la.

Susah juga nak tulis blog. Bukan senang nak dapat idea. Bagi saya idea tu ada tapi saya nak kembangkan idea tu yang susah. Contoh macam sekarang Malaysia di landa banjir. Tapi saya tak tahu macamana nak tulis pasal banjir.

Banyak lagi perkara yang berlaku di sekeliling saya. Namun saya masih buntu untuk kembangkan idea.

Saya tengok blogger yang lain. Mereka banyak idea untuk menulis blog. Kadang satu hari dapat menulis sampai tiga hingga lima entry untuk sehari. Memang hebat mereka ini. Saya pula nak tulis satu entry satu minggu pun susah.

Apa yang dikatakan oleh blogger-blogger lama. Kita hendaklah berusaha menulis walaupun kadang-kadang ayat yang kita tulis tu lintang pukang. Kadang-kadang ada juga entry lari dari tajuk. Tatabahasa yang tak betul. Macam dalam entry ni. Kalau tak percaya cuba semak balik ayat-ayat yang saya tulis kat atas mesti ada yang tak betul.

Kalau kita berusaha pasti ada kejayaan. Kata-kata orang tua. Usaha tangga kejayaan. Kejayaan ada dimana-mana asalkan berusah.

Ini adalah permulaan saya nak jadi blogger berjaya. Bukan senang pun nak jadi blogger berjaya. Macam-macam rintangan kena hadapi. Masalah paling utama adalah idea. Idea ada tapi nak kembangkan tu yang susah.

Macam blogger yang lain. Mereka tulis nampak macam simple tapi isinya padat. Tapi saya pula tulis berjela. Isinya hampeh... Betul tak..



-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan