Ads Top

Disqus Shortname

Jumaat, 5 Disember 2014

Sebelum Wujudnya Pen Tekan Blog.

PEN TEKAN BLOG -> Pada entry kali saya nak berkongsi dengan pembaca bagaimana blog ini wujud dalam dunia blogging. Sebenarnya dah lama saya mengikuti dalam dunia blog. Sejak lima tahun lepas lagi.

Tapi itu hanya membaca atau melawat blog-blog yang wujud dalam dunia maya sahaja. Pada masa itu saya tidak mempunyai blog. Saya tidak mempunyai kepakaran untuk mewujud sebuah blog.

Untuk mencipta sebuah blog, ianya amat susah bagi yang belum pernah memiliki sebuah blog. Banyak perkara yang perlu di ambil kira untuk menjadikan sebuah blog yang hebat. Daripada pemilih alamat blog sehingga lah isi kandungan dan juga background atau template blog. SEO juga memainkan peranan paling utama dalam sebuah blog.

Sebelum Pen Tekan Blog wujud di dunia blog. Saya banyak melayari blog-blog hebat yang lain. Antaranya denaihati.com, redmummy.com dan banyak lagi. Isi kandungannya ringkas tapi padat. Sebab itu mereka menjadi blogger yang terhebat.

Sejak itu saya berfikir bagaimana mereka boleh berjaya menjadi blogger terhebat. Saya juga mahu menjadi seperti mereka pada suatu hari nanti. Namun adakah ia akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Saya tidak mempunyai kepakaran untuk mewujudkan sebuah blog apatah lagi dalam permasaalahan SEO.

PEN TEKAN BLOG -> http://pentekan.blogspot.com

Setelah mengkaji dan mempelajari dari blogwalking saya telah mendapat beberapa tip untuk mewujudkan sebuah blog. Tapi itu hanyalah dapat mewujudkan sahaja. Tiada isi kandungan. Ini kerana menulis entry bukanlah perkara mudah. Ia perlukan pengetahuan dalam penulisan seperti tatabahasa dan gaya penulisan.

Pada hari ini saya cuba beranikan diri untuk meceburi dunia blogging. Walaupun ia amat susah sekali saya akan jadikan ia sebagai cabaran. Kata orang cabaran akan menjadi pengalaman. Pengelaman pula akan menjadi orang itu lebih dewasa serta mematangkan fikiran.

Dengan itu saya mewujudkan satu blog iaitu Pen Tekan blog. Isi kandungan dari idea saya sendiri. Walaupun ia tak sebagus dari blogger hebat yang lain itulah kata suara hati sesuai dengan tagline blog ini.

Sampai disini yang saya kongsikan untuk pembaca blog. Pada masa akan datang saya akan kongsikan beberapa pengelaman saya dalam mewujudkan sebuah blog. Saya akan kongsikan satu step ke satu step.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan