Ads Top

Disqus Shortname

Khamis, 12 Februari 2015

Cabaran Aku Dalam Menjaga Anak

PEN TEKAN BLOG | Dalam alam berumah tangga menjaga anak adalah satu cabaran bagi pasangan yang bergelar ibu bapa. Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga dan mendidik anak. Masa depan anak-anak kecil bermula dari ibu bapa. Jika betul mendidik anak pasti anak itu akan menjadi anak berguna dan berjaya. Oleh itu didik lah anak dengan sebaik-baiknya.

Hari ini aku nak bercerita tentang cabaran aku dalam menjaga dan jmendidik anak-anak aku. Aku sekarang ni boleh dikatakan juga sebagai bapa tunggal. Kenapa kata aku ni bapa tunggal? Panjang ceritanya.

Aku ada masalah dengan isteri aku. Bermula dengan masalah kecil dan akhirnya bertukar menjadi masalah paling serius. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk diri aku balik ke kampung dengan membawa anak-anak aku.  Aku tidak boleh mengharap isteri aku untuk menjaga anak. Sebab dia jenis suka enjoy. Kalau aku bagi dia jaga aku tak tahu apa akan jadi pada anak-anak aku.

Aku ada dua orang anak. Bongsu Nur Qalisya Umairah 1 tahun 5 bulan dan abangnya Mohamad Rayyan Badrisha 3 tahun 6 bulan. Dua-dua ni jenis hyperaktiv la juga. Buasya tak ingat dunia. Tapi kesian la kat anak-anak aku ni. Hidup jauh dari ummi dia. Tapi ummi dia buat dorang ni macam bukan anak dia. Selalu juga sebut nama ummi dia. Kita yang dah besar panjang pun terasa kalau kita jauh dari mak kita. Betul tak apa yang aku cakap.

Cabaran aku menjaga anak-anak aku ni paling susah adalah melayan anak aku yang hyperaktif. Penat jugala nak mengejar kesana sini. Nak elakkan dia dari main benda-benda yang bahaya. Buxak kecil bukan tahu pun apa yang dia main.  Penat juga nak larang dorang ni. Nak buat macamana. Dia ni anak-anak aku terpaksa la tahan. Kalau bukan kita siapa lagi.

Mak aku cakap kalau aku keluar pergi mana-mana dorang ni jadi baik sangat. Dengar apa yang orang larang. Tidur pun senang. Tapi kalau abah (aku) dia balik. MasyaAllah yang di puji baik tu terus hilang. Dah tak dengar kata. Lagi dia buat apa yang aku larang. Aku macam tak percaya apa yang mak aku cakap.

Keluarga aku bukan la orang senang. Aku tergamak nak duduk sekali dengan mak aku. Dah la mak aku sakit. Tak boleh jalan. Kesian kat mak aku. Mak aku pun adik aku yang jaga. Tapi aku nak buat macamana takkan nak duduk rumah sewa pulak. Kos rumah sewa dengan pembelanjaan semua adalah tinggi. Tak sepadan dengan gaji aku. Aku dah tak ada pilihan lagi. Terpaksa la aku menumpang kat rumah mak aku.

  Jadi untuk membesarkan anak-anak aku ni terpaksa la aku menumpang kat umah mak aku. Aku rasa tempat terbaik untuk membesarkan anak-anak aku adalah kat umah mak aku. Ada juga orang tengok-tengokkan anak-anak aku kalau aku pergi kerja. Kos pun tak mahal berbanding kat bandae sebelum ni aku tinggal.

Pesanan dari aku untuk pembaca blog PEN TEKAN BLOG . Walau apapun keadaan atau kelakuan anak-anak kita. Besarkan lah mereka dengan cara paling terbaik. Jangan abaikan mereka. Bagi bapa asuh lah mereka sebagaimana ibu yang mengasuh mereka. Kita bukan nak meminta tapi kalau la apa yang terjadi pada masa hadapan. Kita tahu apa yang kita perlu lakukan

.

4 ulasan:

  1. Bukan mudah nak jaga anak, apatah lagi kalau sangat nakal. Dah la tak boleh nak rehat, kadang-kadang tiada benda lain mampu dibuat selagi diorang tak tidur..huhu

    BalasPadam
  2. Saya rasa, anak pentekan tu sengaja buat perangai sebab nakkan perhatian.Itu adalah sifat semula jadi kanak-kanak.Bukan senang nak didik anak sendirian sebab memang itu adalah tugas berdua.Boleh berbahagi perhatian.

    Bila kita bekerja dan tinggalkan anak,anak-anak itu sangat merindui perhatian dari ibu bapa. Sebab tu dia buat perangai.Nak atasi masalah ni, pastikan kita tak terlalu berkeras dengan mereka.Walaupun nakal, kita kena buat 2 dalam 1.Kita tegas marahkan mereka buat sesuatu,tapi kita puji melambung sikit kalau dia buat kebaikan.Insyaallah...dia akan dapat bezakan ketegasan dengan marah.

    BalasPadam
  3. memang betul apa yang di katakan oleh salmiah awang. saya akan marah kalau mereka nakal. dan puji mereka bila mereka buat sesuatu yang baik.

    BalasPadam